Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Tempoyak Ikan Patin Buah


Masak Tempoyak Ikan Patin Buah


Hari ni tak mau citer banyak banyak bab masakan tapi nak kongsi intipati Kuliah Zohor Ustaz Najhan Shahir Halim berhubung amalan yang patut diutamakan dalam 10 malam terakhir Ramadhan. Dalam 10 malam terakhir, adanya malam Lailatul Qadar yang sangat hebat. Bayangkan kalau seorang hidup selama 50 tahun dan telah menemui 30 kali malam lailatul qadar, amalan beliau adalah seolah hidup selama 2500 tahun. Itu hanya amalan di malam lailatul Qadar. Belum lagi dikira amalan di hari hari lain dalam bulan Ramadhan. Ini perkiraan yang mudah. 30 kali Ramadhan x 83 tahun. Bagaimana caranya untuk kita mendapat habuan yang banyak di 10 akhir Ramadhan ini dengan keadaan masa dan ruang yang terhad serta  keadaan kudrat terbatas. Tips dan kaedahnya adalah:


Masak Tempoyak Ikan Patin Buah

1. Melakukan amalan sunat mengikut kadar kemampuan sendiri. Allah tak melihat kuantiti tapi kualiti amalan yang kita persembahkan. Lakukan amalan sunat yang kita termampu dan fokus padanya. Contoh kalau kita mampu solat terawih 8 rakaat, fokus pada 8 sahaja supaya boleh kusyuk dan melakukannya yang terbaik. Kalau mengejar kuantiti tapi tak ada kualiti, yang dapat adalah kepenatan semata mata. Ada orang yang bersungguh sungguh mahu melakukan solat terawih berjemaah tapi tidak bersungguh untuk berjemaah untuk solat fardhu. Bila melakukan yang fardhu, dituntut untuk melakukan sesempurna mungkin. Kalau yang sunat, biarlah secara sederhana. Persembahkan dengan terbaik. Mungkin mereka yang melakukan 8 rakaat lebih baik nilainya dari orang yang melakukan 20 rakaat. Di samping melakukan amalan sunat mengikut kemampuan, seseorang juga mestilah tidak melakukan maksiat dengan sengaja kerana menjauhkan diri dari maksiat adalah lebih utama dari melakukan amalan sunat. Hadis Nabi dalam Kitab 40 Hadis oleh Imam Nawawi, Rasulullah bersabda, apa yang aku tegah kamu melakukannya hendaklah kamu menjauhinya. Apa sahaja yang aku suruh dalam amalan sunat, lakukan ikut kemampuan. Amalan sunat boleh menghapus dosa kecil. Jadi usahakan supaya tidak melakukan dosa adalah lebih utama. Antara perkara yang berdosa juga ialah seperti membazir masa, duit dan tenaga. Jadi kalau dalam tempoh berbaki beberapa hari lagi ini, kita tak mampu melakukan amalan sunat yang banyak, kenalah usaha menjauhkan diri dari melakukan maksiat. 

2. Melakukan ibadah yang mendapat impak pahala yang besar yang kesannya meliputi masyarakat. Kalau seseorang hanya melakukan qiamullail, hanya dia sahaja yang mendapat pahala. Tapi kalau dia juga mengajak 10 orang lain untuk melakukan qiamullail, dia juga akan dapat pahala dari amalan yang dibuat oleh 10 orang tadi atas nasihat dan seruan yang diberi. Bayangkan jika kita ajak ramai orang. Kita dapat pahala sama dari ibadah mereka. Cth usaha AJK surau mengajak masyarakat supaya sedar akan ganjaran pahala solat berjemaah. Sesiapa yang menunjukkan jalan, akan dapat ganjaran juga. Itulah kelebihan orang yang buat kerja begini yang memberi impak besar. 

3.  Hendaklah pilih amalan yang memberi kesan jangka panjang dan kesan berterusan. Contoh, memberi sedekah jariah. Kalaulah ia kena pada malam lailatul Qadar, ianya seolah bersedekah 1000 bulan. Sedekah jariah ada 7, iaitu a) ilmu di mana apa sahaja yang diajar adalah dikira sedekah, b) usaha mendidik anak yang soleh adalah juga sedekah, c) apa sahaja melibat Al Quran seperti mengajar membaca atau menyebar adalah sedekah. Al Quran dijamin kekal sehingga hari kiamat. Siapa terlibat dengan elemen Al Quran akan kekal sehingga hari kiamat. d) memberi infak atau wakaf pada surau atau masjid. Selagi masjid atau surau diguna, kita tetap mendapat pahala. Begitu juga e) mengalir air sungai f) jalan dan g) membina rumah tempat persinggahan musafir.

4. Kena melakukan amalan yang kita benar benar ikhlas dalam melakukannya. Contoh melakukan solat terawih setiap malam. Tetapi jangan terganggu dengan faktor luar seperti pergi ke masjid atau surau kerana malam tersebut ada moreh sedap atau imam suara sedap. Contoh amalan yang kita betul betul ikhlas ialah bangun tengah malam dalam bilik kita sendiri di mana ianya tiada faktor habuan atau pujian. Walaupun sedikit tapi besar di sisi Allah. Allah utamakan niat dari amalan itu sendiri. Inilah pahala paling besar kerana ianya adalah amalan yang sangat ikhlas. 

Sekarang jom kita layan resepi pulak....


Masak Tempoyak Ikan Patin Buah

Masak Tempoyak Ikan Patin Buah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 keping ikan patin
2 senduk sederhana tempoyak
4 biji cili merah
Sedikit serbuk kunyit
1 batang serai - ketuk
Garam
Sedikit gula
3-4 mug air

Cara cara:
Tumbuk kasar cili merah dan satukan semua bahan termasuk ikan dan kemudian tuangkan air secukupnya.

Renih di atas dapur dengan api perlahan sehingga ikan masak. Sesuaikan rasa.


Masak Tempoyak Ikan Patin Buah




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Masak Tempoyak Ikan Patin Buah "

  1. Nampak sedap betul. Boleh ganti dengan ikan lain tak?

    BalasPadam
  2. SA baru je pandai masak asam tempoyak...selalu guna ikan keli or ikan patin...ni nak cuba guna ikan tilapia plak....

    BalasPadam