Masak Lemak Cili Padi Ikan Tenggiri dan Petai
Entah mengapa kombinasi ikan tenggiri dengan petai yang dimasak lemak cili padi sangat serasi, sangat sedap. Serius sedap, kalau tak percaya, cuba sendiri. Memang sangat kena kombinasi ikan tenggiri dan petai.
Saya belum pernah mencuba dengan ikan lain, jadi jangan tanya kalau ianya boleh juga digunakan ikan lain. Ini adalah kerana saya diajar menggunakan ikan tenggiri sahaja. Tapi kalau yang pernah mencuba dengan ikan lain, bolehlah share di sini. Mana tahu kot kalau ianya juga sedap. Seperti mana kita tahu, masak lemak asli nogori hanya menggunakan 3 bahan sahaja iaitu cili padi dan kunyit hidup serta garam. Asam keping hanya dimasukkan jika memasak ikan. Kalau menggunakan udang atau ketam, tak perlu masukkan asam keping kerana santan itu sendiri memberi rasa manis semulajadi.
Sebelum masuk bab resepi, nak kongsikan sedikit petikan Kuliah Zohor Ustaz Syarhan hari ini berkenaan perlunya istiqamah selepas keluar dari bulan Ramadhan. Dalam surah Fussilat ayat 30, Allah SWT berfirman "Sesungguhnya orang orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata, Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari masa ke semasa dengan memberi ilham, dan jangan lah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang dijanjikan kepada kamu." Allah janjikan syurga kerana kesenangan di dunia akan pasti kita tinggalkan. Tempat yang kekal ialah di akhirat samada kekal di syurga atau kekal di neraka. Siapa mereka itu? Mereka ialah orang yang mengakui bahawa Tuhan itu Allah dengan penuh keyakinan dan pelaksanaan dari segi amal ibadah. Bukan sekadar di bibir. Kedua, mereka yang istiqamah selepas Ramadhan. Allah tak akan jemu sehingga kamu yang merasa jemu. Perlunya untuk kita beristiqamah, tetaplah membaca Al Quran walaupun selepas keluar dari bulan Ramadhan. Bacalah walaupun hanya satu muka Al Quran sehari. Kena bawa bacaan Al Quran keluar dari bulan Ramadhan. Begitu juga dengan lain lain ibadah seperti qiamullail dsb. Semua perlu diteruskan selepas kita keluar dari universiti Ramadhan yang telah mendidik jiwa kita dan membekalkan kita dengan taqwa.

Jom layan resepi mudah ini...
Masak Lemak Cili Padi Ikan Tenggiri dan Petai
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
3 keping ikan tenggiri
6-8 tangkai cili padi - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Santan secukupnya
Garam
1/2 keping asam keping
Cara cara:
Tumbuk atau kisar cili padi dan kunyit hidup. Masakkan ikan dengan bahan tumbuk seketika sebelum dimasukkan santan. Sentiasa dikacau dengan menggunakan api perlahan.
Masukkan asam keping dan garam. Setelah mendidih, bolehlah disesuaikan rasa dan tutup api.

First time ni ada petai, nk try buat lah
BalasPadambetul, jarang nampak masakan petai dgn masak lemak
BalasPadamMemang sedap tengiri msk lemak dgn petai. Saya mkn di Bagan Datoh lepas ambil anak di SABDA. G
BalasPadamKak, petai masuk masa bila ye?
BalasPadamSy suka resepi dr blog aziejaya.. thanks a lot bantu sy yg x pandai masak ni
Masuk akhir supaya petai tidak terlalu masak.
PadamTerbaik semua resepi akk.. Klau sy bleerrr.. Memang sy akan cr akk 😂
BalasPadam