Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuah Kacang Dengan Daging Istimewa Azie Kitchen


Kuah Kacang Daging Istimewa Azie Kitchen

Masih setia dengan resepi yang telah saya gunakan berpuluh tahun lamanya ini. Selain dari dimasukkan ayam, boleh juga dimasukkan daging. Untuk melihat resepi menggunakan ayam, boleh klik di SINI. Entri untuk daging sebelum ini, boleh klik di SINI

Memasak masakan begini memang sangat memudahkan kerana ianya umpama dua dalam satu. Tak perlu nak sediakan sate lagi. Ada nasi impit, kuah kacang dan sate. Kiranya hidangan lengkap. Saya memutuskan untuk menyediakan kuah kacang ini kerana ada banyak nasi impit yang Nana sediakan untuk dimakan dengan lontong dan kuah lodeh.

Kuah Kacang Daging Istimewa Azie Kitchen

Kali ini kerja saya lebih mudah kerana Nana telah membelikan kacang tanah yang telah siap dikupas kulitnya. Selamat satu hal yang saya tak suka lakukannya selama ini, iaitu membuang kulit kacang tanah. 

Saya juga hanya membakar di dalam oven sehingga kacangnya berbau wangi. Jimat tenaga, tak payah nak mengacau dalam kuali ketika disangai. Tapi dah terlebih rajin pula, di mana kacangnya saya tumbuk guna lesung batu. Ntah kenapa lak terlebih rajin, biasanya saya hanya masuk dalam blender dan kisar sahaja.  

Jom layan resepi kuah kacang istimewa dari Azie Kitchen buat hidangan raya kami...


Kuah Kacang Daging Istimewa Azie Kitchen

Kuah Kacang dengan Daging Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 kg daging - potong kecil dan rebus
½ kg kacang tanah
1 cawan cili kisar - 25 tangkai cili kering
1 gelas air asam jawa - dari 1 kepal asam jawa
¾ cawan gula pasir
1 keping gula Melaka
2 sudu besar garam halus
¾ - 1 cawan minyak mazola

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai

Cara cara:
Kacang tanah disangai tanpa minyak atau dibakar di dalam oven. Buangkan kulit dan dikisar serta sedikit ditumbuk supaya tidak terlalu hancur. Jangan kisar terlalu hancur. 


Kuah Kacang Daging Istimewa Azie Kitchen


Masukkan kacang kisar ke dalam periuk dan tuang sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga kacang kembang. Ianya bertujuan supaya kacang tanah tidak menyerap perisa kuah kacang dan kuah tidak menjadi cepat kering.

Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing dengan minyak mazola, setelah garing, masukkan cili giling, goreng lagi hingga cili benar benar masak.

Masukkan daging dan kacau rata. Setelah keluar minyak, masukkan sedikit air rebusan daging, air asam jawa, gula, gula Melaka, garam dan masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.


Akhir sekali, masukkan kacang tanah yang telah direbus. Masak dengan api perlahan. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Kalau pekat, tambah air panas. Kuah kacang mesti ada rasa manis, baru sedap. Jika kurang manis, tambah gula sedikit demi sedikit.


Kuah Kacang Daging Istimewa Azie Kitchen

Bolehlah angkat dan dihidangkan dengan nasi impit dan hirisan timun serta bawang.

Nota:
Boleh masukkan dalam bekas bertutup kecil dan simpan dalam freezer untuk kegunaan akan datang. 



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

10 ulasan for "Kuah Kacang Dengan Daging Istimewa Azie Kitchen"

  1. kalau mak sy, masukkan daging tetel.. ya ampunnnn... makan sampai tak ingat orang belakang, hehehe..

    BalasPadam
  2. Tgk gambar pun dah nampak sedap...

    BalasPadam
  3. Salam Azie, semalam saya jumpa sorang perempuan kat Malaysia Hall London yg wajahnya betul2 mirip azie. Saya tegur dan tanya adakah dia you... tapi katanya bukan. Serius, rupanya sama betul mcm you.

    BalasPadam
  4. Sedapnye! Ni memg feveret sy! arwah opah selalu masukkan juga belimbing buluh yg dihiris2 :)

    BalasPadam
  5. Hi Sis Azie. My family love this peanut sauce. May I hv yr permission to share this recipe in my blog, please? Thanks again

    BalasPadam
  6. Sis, klu letak daging kisar blh ke??

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum.. Puan Azie boleh sy tahu berapa lama Kuah Kacang Dengan Daging Istimewa Azie Kitchen boleh bertahan jika disimpan dalam freezer atau tidak disimpan dalam freezer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. Jika dalam reezer, tahan berbulan.

      Padam
  8. jzkk atas resepi, dah byk kali dah buat, mmg marbeles, memenuhi citarasa tekak

    BalasPadam