Terung Balado Padang
Alhamdulillah di bulan Ramadhan ini pengunjung blog Azie Kitchen meningkat kepada 200,000 setiap hari. Hari ini adalah hari ke3 semua umat Islam telah berpuasa di bulan Ramadhan. Bagaimana dengan prestasi setakat ini? Pastikan ianya meningkat dan jadikan Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita. Jika selama ini, Ramadhan telah saya tidak gunakan sepenuhnya. Alangkah ruginya. Pahala puasa akan bermula dengan 100% di awal dan markah akan berkurang sedikit demi sedikit bila kita melakukan perkara perkara yang ditegah Allah.
Puasa adalah bermaksud menahan. Ianya bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara perkara yang dilarang. Pendek kata semua anggota badan kena berpuasa. Berpuasa dari melihat perkara yang tak sepatutnya, puasa dari mendengar kata kata yang tak sepatutnya, puasa dari berkata kata perkara yang tidak memberi manafaat. Semua ini akan kita fahami jika kita menuntut ilmu. Itulah juga sebabnya kita diberi ganjaran besar bila berada di majlis ilmu dengan dinaungi oleh para malaikat yang melebarkan sayap sayapnya. Pentingnya untuk kita berilmu dalam beramal. Beramal tanpa ilmu mungkin tidak memberi apa apa manafaat. Berilmu tapi tak beramal, lagi lah besar ruginya.

Saya memang suka terung lebih lebih lagi terung yang tiada biji. Saya boleh makan begitu sahaja terung celur, terung pajeri atau terung balado. Semua pun ok pada selera saya. Boleh klik di SINI untuk resepi yang saya belajar dari sahabat saya yang juga merupakan resepi Minang. Yang berbeza ialah ianya dimasukkan bawang besar ala ala aksesori.
Jom layan resepi yang saya salin dari youtube. Seronok lak tengok lesung batu mereka yang leper. Ianya seumpama batu giling di mana bahan bahan bukan ditumbuk seperti kebiasaan masyarakat kita, sebaliknya ditenyeh tenyeh dengan menggunakan batu lesung. Alaa macam digiling lah jugak.

Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan;
Terung - belah 2
1-2 helai daun limau purut
Bahan kisar:
10 tangkai cili hidup
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji buah tomato - boleh ganti dg asam keping
Garam
Gula
Cara cara:
Semua bahan di atas ditumbuk kasar. Mula mula tumbuk semua bahan di atas. Akhir sekali, baru dimasukkan tomato.
Goreng terung sehingga layu. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk. Masukkan terung. Masukkan daun limau purut, jika suka. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.
kak, boleh tak bahan ni kite blender
BalasPadamBoleh. Tapi biar kasar, baru sedap.
PadamKan bang
Padam