Sambal Tumis Udang Sedap
Mengenai pemakanan kita di bulan Ramadhan. Kita akan penuhkan perut kita bila kita makan. Dengan makan sikit sahaja, ianya boleh menguatkan badan kita. Pastikan kantung perut kita 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara pernafasan. Jadi jangan makan banyak sampai tak boleh bernafas. Cara pemakanan terbaik ialah makan atau minum tidak melebihi 3 unsur seperti air, limau dan madu.
Selain itu disebutkan bahawa apabila kita menunaikan solat bersama imam sehingga imam selesai ditulis mereka mendirikan malam. Digambarkan oleh Rasulullah seolah olah mendirikan malam itu dengan qiamullail penuh. Itulah kelebihannya selesaikan solat dengan imam. Persoalannya adakah kita akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan. Sihat tidak menjanjikan yang kita akan bertemu Ramadhan. Pintu syurga akan terbuka dan pintu neraka tertutup sepanjang bulan Ramadhan. Di akhir bulan Ramadhan pula, ada pembebasan dari api neraka.
Sebelum melihat resepi, kita bercerita sedikit bab Sambal Tumis Udang yang merupakan antara lauk feveret di rumah kami kerana hubby dan anak anak memang menggemarinya sejak dulu. Walaupun telah biasa memasaknya tetapi kali ini saya cuba membuat sambal mengikut petua petua yang dikongsikan oleh Azlita dari blog Masam Manis setelah tertarik membaca penerangan yang panjang lebar oleh Ita. Ita memang sangat ikhlas dalam setiap perkongsian yang dibuat di dalam blog beliau. Kita boleh merasakannya. Semoga Allah sahaja yang boleh membalas keikhlasan Ita mengajar ramai orang resepi dengan pelbagai petua. Terima kasih Ita. Saya sangat kagum dengan bakat yang ada pada Ita.
Jom layan resepi yang dikongsikan di bawah ini. Layaaann...
Selain itu disebutkan bahawa apabila kita menunaikan solat bersama imam sehingga imam selesai ditulis mereka mendirikan malam. Digambarkan oleh Rasulullah seolah olah mendirikan malam itu dengan qiamullail penuh. Itulah kelebihannya selesaikan solat dengan imam. Persoalannya adakah kita akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan. Sihat tidak menjanjikan yang kita akan bertemu Ramadhan. Pintu syurga akan terbuka dan pintu neraka tertutup sepanjang bulan Ramadhan. Di akhir bulan Ramadhan pula, ada pembebasan dari api neraka.
Sebelum melihat resepi, kita bercerita sedikit bab Sambal Tumis Udang yang merupakan antara lauk feveret di rumah kami kerana hubby dan anak anak memang menggemarinya sejak dulu. Walaupun telah biasa memasaknya tetapi kali ini saya cuba membuat sambal mengikut petua petua yang dikongsikan oleh Azlita dari blog Masam Manis setelah tertarik membaca penerangan yang panjang lebar oleh Ita. Ita memang sangat ikhlas dalam setiap perkongsian yang dibuat di dalam blog beliau. Kita boleh merasakannya. Semoga Allah sahaja yang boleh membalas keikhlasan Ita mengajar ramai orang resepi dengan pelbagai petua. Terima kasih Ita. Saya sangat kagum dengan bakat yang ada pada Ita.
Jom layan resepi yang dikongsikan di bawah ini. Layaaann...
Sambal Tumis Udang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 kg udang ~ gunting separuh dari kepala
2 sudu besar asam jawa campur air & jadikan jus - guna 1 sudu kecil pes asam jawa
1 - 2 sudu kecil garam halus
6 ~ 7 sudu besar gula - guna 7
Bahan Kisar:
100 gm cili kering ~ pilih jenis pedas
Sebesar 50 sen belacan - kisar dengan cili - tak guna
10 ~ 15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Cara cara:
Udang digaul dengan sedikit garam kemudian digoreng hingga merah, jangan goreng lama nanti udang kecut dan keras. Bila dah merah angkat. Ketepikan.
Kisar cili dan belacan. Kemudian kisar pula bawang merah dan bawang putih.
Panaskan minyak. Bila buat sambal minyak kena banyak supaya bahan tumis dapat ditumis garing supaya sambal tahan lama. Boleh guna minyak lebihan mengoreng udang tadi, tapi panaskan dahulu minyak tu semula hingga hilang air udang.
Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis hingga garing. Kemudian masukkan cili dan belacan yang dikisar sekali dan masak lagi hingga cili betul-betul garing dan terbit minyak.
Bila cili dah garing masukkan air asam jawa. Lepas tu perasakan dengan garam. Kemudian masukkan gula. Gula ni letak banyak sebab sambal kalau manis-manis pedas sedap! Bila dah letak gula warnanya akan bertukar kemerah-merahan berkilat.
Biar merenih kejap kemudian barulah masukkan udang yang dah digoreng tadi. Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar manis airnya baru tutup api dan sedia di hidangkan.
sedapnya nanti boleh try..
BalasPadamsy memang selalu baca resepi2 akak..
memang mantap..terima kasih kak kerana berkongsi.
- adindasurie.blogspot.com -
best lah...dah try jadi emmmsdap
BalasPadamAssalam nk tnya akak guna bawang merah kecik ke bsar? Tq
BalasPadamUtk kuah byk leh guna Bawang besar
PadamLol..name pon bwg merah..mestilaa kecik..yg besar org panggil bwg besar je..tade panggil bwg merah besar pon..hehee
BalasPadamhehhehehe
PadamLelaki pn tau ��
PadamDkt india, xde bawang merah style malaysia. Yg besar2 mcm bawang besar dkt malaysia je yg available. So kalau org tnye, ada la sbb knpe org tnye. Kang kalau guna bawang merah besar mcm bwg besar malaysia tu, xke lain jadinya. Terlebih bawang. xsalah pon soalan dia.
PadamBetul tu sis dia bertanya sbb dia xtahu. Lebih baik tnya dari yg xtahu tapi buat2 tau. Hehehehe...
PadamBwg merah yg bsr org pnggil bwg bombay.. Hihihi
PadamTQS A LOT FOR YOUR OSOM INFOS...SIS
BalasPadamYuk Kakak Kunjungi Pusat Oleh-Oleh Makanan Lampung | www.makananlampung.com
BalasPadamMenyediakan: Kerupuk Lampung, Kerupuk Cumi, Kerupuk Ikan, Keripik Pisang Aneka, Lempok, Lele Asap, Kopi Lampung, Kopi Luwak, Kopi Durian, Sambal Ikan Peda, Sambal Lampung, Sambal Ijo, Sambal Lingkung dll.
Kirim Keseluruh Indonesia - Alamat: Jl. B. Manti 03, Kedaton Bandar Lampung - 35143
Kak sambal udang ni kalau simpan dalam peti ais tahan berapa lama yek?
BalasPadamKalau simpan dlm freezer, boleh tahan lebih seminggu
Padamkak azie maaf tanya apa beza asam jawa dan pes asam jawa ?
BalasPadamAsam jawa biasanya merujuk pada asam jawa yang masih berbiji biji. Kena masukkan sedikit air dan ramas ramas. Kalau pes, asam jawa yang sedia tanpa biji. Cuma perlu ambik sahaja menggunakan sudu
PadamMaaf kak... duit 50sen baru ke yg lame nk ikut saiz tu..
BalasPadamhahahahahha
Padamhahahhahaha
BalasPadamAzie I'm Sumi here...Ur recipes was awesome Babe tq so much...mgbu
BalasPadamMmg sedappp menjadi...thanks share resepi
BalasPadamSis kalau udang tu goreng dulu, lagi sedap la ye sambal? Biasa sy tak goreng terus masuk je.
BalasPadamIni cara keluarga mertua. Tak hanyir. Baru ni saya masukkan terus udang, terasa hanyir sambalnya. Tak tahu mana silapnya.
PadamKalau seposen2 untuk cukupkan jadi 50 sen boleh tak kak kalau takda syiling 50 sen? Ataupun 20 sen dua campur seposen?
PadamKihkih..soklan lawak tol..
PadamMain agak2 je la..kak azie nk buh sebesar 50 sen..lau nk letak sebesar 5sen pun xsalah..kita masak kita rasa
PadamSila beri tunjuk ajar.baru nak berjinak belajar masak.
BalasPadamSaya dah try resepi akak...sedap sgt2... tp sy derhaka sikit..sebab guna cili giling..xguna cili kering.. hehe tq kak..
BalasPadamDear you guna cili giling apa? Cili hidup? Kalau cili hidup, lagi sedap
PadamAlhamdulillah..kebanyakan resepi Kak azie telah saya buat dan mjadi.ia sgt mudah,simple dan sdap.tq Kak for sharing!saya peminat setia blog akak.halalkan dan izinkan saya terus guna resepi akak.mohon maaf jika lmbt meminta izin utk mengunakan resepi akak.harap Allah permudahkan urusan akak dan akak berjaya ddunia Dan akhirat.
BalasPadamResepi kak azie mmng semua meletop..saya yg laki x pndai masak nih dpt pujian dri rakan2 serumah..simple,sedap..mmng sempoi resepi kak azie..thnx sis
BalasPadamWahhh sdap nye nmpk.. Pndapat sy la kan.. Xyah goreng udang tu.. Dh siap tumis tu msukkan udang terus.. Masak udang dlm tumus tu.. Buar air udang kluar cmpur dgn sambal tumis.. Huhuhu.. Tq
BalasPadamItu cara keluarga saya. Saya lebih suka macam ni. Air udang tetap ada dlam minyak. Dan kurang hanyir terutama udang besar.
PadamSudah try.. Memang kesedapan yang saya cari-cari... Terbaikla puan azie...
BalasPadamSedap sgt resepi nie sy bru cuba td
BalasPadamTrma kseh kak...sya suka tngox rsepi akak tau..snang jea...pntg sdp
BalasPadamBole ke guna asam keping kalau tade asam jawa
BalasPadamBoleh. Ada ketika saya suka guna asam keping. Warna sambal pun lebih cantik
PadamSaya sering mencuba resepi dari blog Azie.. Semuanya mabeles! Sambal udang ni pun dah try.. Umphhhh mmg power.. Dap dap dap. Hihi
BalasPadamresepi puan azie mmg mabeless!thank q puan azie atas sume resepi..
BalasPadamMemang menjadi resepi ni.. terima kasih. Moga Allah mudahkan urusan akak..
BalasPadamSaya dah cuba bnyk resipi pn azie.... semuanya menjadi dan sedap.... tq kak for sharing
BalasPadamTq kak bg resepi ni...jap lg nak trey masak....
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamIsteri saya tak tahu saya masak ikut resepi azie kitchen.. Kekekeke.. Rahsia kita berdua ye..
BalasPadamKalau x taruk belacan xpe ke,saya alah bau belacan
BalasPadamResepi sambal udang ni sedap.. suami puji...
BalasPadamNak repeat masak lagi...
Teringat2 kesedapan sambal udang ni..
Terima kasih share resepi.