Sambal Ikan Bilis Dan Petai
Saya menyediakan lauk ini kerana dalam peti sejuk terdapat banyak ikan ikan bilis yang dibeli di Kota Kinabalu. Di samping itu, masih ada petai yang saya frozenkan dulu di SINI. Memang masih segar petainya seolah baru sahaja dikopek dari kulitnya. Haaa tidaklah membazir kerana harga petai bolehlah tahan mahalnya. Lauk seperti ini boleh dimasak dan sebahagian disimpan di dalam freezer. Sangat sesuai jika dimakan untuk berbuka atau bersahur kerana tinggal dipanaskan sahaja.
Saya ingin kongsikan sedikit petikan dari Kuliah Ustaz Ibrahim Muhammad berkenaan empat perkara yang memberi dosa besar dan hukumnya haram dari amalan jahiliah tetapi masih dilakukan iaitu:
1. Berbangga bangga dengan keturunan. Sebagai contoh, aku keturunan Arab, Bugis dsb. Tak payahlah dibangga kerana ianya adalah haram dan berdosa besar.
2. Mencela keturunan orang lain. Walau macam mana marah sekali pun, jangan sesekali mencela keturunan orang lain. Allah jadikan manusia berbangsa bangsa dan berpuak puak bukan untuk dibangga atau dicela.
3. Menisbahkan turunnya hujan dengan bintang. Contoh, ohh hujan turun sebab pembenihan awan dsb. Sepatutnya sandarkan pada Allah. Alhamdulillah Allah telah menurunkan hujan dengan usaha pembenihan hujan.
4. Wanita yang meratapi kematian. Boleh mengeluarkan airmata jer tapi jangan keluar suara tangisan. Jangan sekali sekali membuatnya. Kelak akan dipakai baju dari tar panas.
Jom kita layan resepi mudah ini. Sedap juga dimakan dengan mee hoon atau nasi goreng selain dimakan dengan nasi putih. Jom layan resepi...

Sambal Ikan Bilis dan Petai
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
200 gm petai
80 gm ikan bilis
15 biji cili padi hijau dan merah
1 1/2 biji bawang besar
Asam jawa
Garam, gula dan bahan perasa
1/2 biji bawang besar - hiris
Cara cara:
Kisar ikan bilis bersama cili padi dan bawang besar hingga hancur. Lagi elok kalau tidak terlalu hancur.
Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga agak masak. Masukkan petai dan biarkan masak seketika.
Perasakan dengan garam, gula, bahan perasa dan juga sedikit air asam jawa. Kacau rata sebelum dimasukkan bawang besar yang dihiris. Gunakan api perlahan dan biarkan masak hingga kering dan bawang besar menjadi layu.
Sedapnya kalau makan ngn nasi putih panas-panas.. Memang x pandang kiri kanan dah..
BalasPadamnampak senang dan menyelerakan. :)
BalasPadamthanx kak azie for sharing resepi sambal ikan bilis petai ni.... mmg byk petai kat umah tu... lps beli borong kat ulu yam ari tuh..
BalasPadamSedapnya. Petai walaupun baunya kuat tapi sedap di makan buat ulam, sambal atau di masak lemak cili padi.
BalasPadamklu gantikan Asam jawa dgn belacan blh x
BalasPadamFungsi asam jawa supaya ada rasa masam. Blh ganti dg asam keping.
PadamKak azie.. Ada buat resipi sambal bilis rangup yang boleh bawak travel.. Rangup boleh tahan sampai bulan2? Share la tips plssss
BalasPadamTak pasti pula ada atau tidak. Tapi tips untuk ikan bilis kekal rangup ialah. Ikan bilis yang digoreng rangup hanya dimasukkan setelah sambal benar benar sejuk. Keduanya, ceduk keluar minyak berlebihan dalam sambal selepas siap masak. Minyak akan menyebabkan ikan bilis cepat lembik.
PadamKlau ganti ngn asam keping buleh
BalasPadam