Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Daging Sedap Giler

Rendang Daging Sedap Giler

Ramadhan Kareem buat semua pembaca blog Azie Kitchen. Hari ini ialah hari ke4, kita semua berada di Akademi Ramadhan, jadi pastikan kita berjaya hingga ke akhirnya dan menamatkan akademi Ramadhan dengan kejayaan. Hari ini saya ingin berkongsikan resepi Rendang Daging Sedap giler. 

Melihat tajuk resepi jer dah membuat hati teruja untuk mencuba. Klik blog Baked By Che Ta di SINI. Untuk menghasilkan rendang Asmah Manjalara yang sedap dan tahan lama, disarankan supaya kita hanya menggunakan bahan bahan asli dan segar. Resepi ini yang digunakan untuk mengambil tempahan dan juga pernah tempat pertama dalam pertandingan masakan. 

Ohh kalau tak teruja lagi dengan keterangan resepi ini tak tahu lah nak kata apa lagi. Serius harum semerbak dapur semasa ianya sedang disediakan. Saya ada jugalah tidak mengikut resepi sedikit sebanyak iaitu menggunakan serbuk ketumbar dan jintan yang telah siap dikisar. Tapi kalau di sangai dan kisar sendiri, pasti lebih lagi lah wanginya. Satu cara nak menghasilkan rendang yang sedap ialah dengan menggunakan bawang yang banyak serta santan yang banyak, terutamanya santan segar. Pasti sedap.

Rendang Daging Sedap Giler

Saya suka rendang yang sedikit berkuah dan basah. Jika suka rendang yang sedikit basah, bolehlah ditambah sedikit air, jika ianya terlebih kering. Kuah rendang boleh di adjust adjust dengan menambah air. 

Kalau suka rendang seperti rendang Minang atau rendang Tok yang lebih kering, ianya dikacau atas api perlahan sehingga ianya menjadi kering dan berwarna gelap. Apa pun pilihan dan kesukaan kita, buat aje kerana kita yang membuatnya kan? Gambar rendang yang sedikit basah seperti di dalam gambar di bawah ini...

Rendang Daging Sedap Giler

Jom layan resepi dan petua petuanya yang diberikan Che Ta di bawah resepi ini. Terima kasih banyak banyak kepada Che Ta kerana telah sudi berkongsikan resepi serta memberi pula tips yang sangat berguna untuk menghasilkan rendang yang sedap dan tahan lama. 

Bolehlah sama sama kita cuba menyediakan rendang ini di bulan Ramadhan sebagai hidangan berbuka atau bersahur dan boleh menyediakannya sekali lagi untuk hidangan di pagi Raya Aidil Fitri nanti. Selamat mencuba....

Rendang Daging Sedap Giler

Rendang Daging Sedap Giler

Bahan bahan
1 kg daging 
3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar
1 kg santan pekat
4 sudu besar kerisik - guna 1 1/2 pek
2-4 helai daun kunyit-carik
Garam, asam jawa dan  gula

Bahan A
8 ulas bawang merah - saya tambah 1 biji bawang besar sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan B
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
2 sudu besar ketumbar (rata) - sangai wangi
1 sudu besar jintan manis - sangai
1 sudu besar jintan putih - sangai

Cara cara:
Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B.

Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. 

Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak banyak sesuai dengan kuantiti bahan yang ditumis. Jika kurang, bahan bahan tumis tidak cukup masak.




Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk.


Rendang Daging Sedap Giler

Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya.

Rendang Daging Sedap Giler

Cara memasak menggunakan periuk Noxxa:
Tekan butang stir fry dan masukkan minyak. Bila sudah panas masukkan bahan A. Kacau hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Off kan butang stir fry. Masukkan daging, santan, kerisik dan daun kunyit. 

Untuk sekilo daging santan pekat lebih kurang 1/2 bahagian periuk dan jangan terlalu kurang cecair (santan) untuk mengelakkan bahagian bawah dasar periuk berkerak. Gaul rata. Tutup periuk dan tekan butang high pressure selama 30-40 minit. 

Bila sudah cukup masa keluarkan angin dari periuk dan buka tutup periuk. Tekan butang stir fry untuk mengeringkan rendang. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Suaikan rasa ikut selera. Kacau kacau selalu dan masak hingga kering. 

Cara lain untuk mengeringkan rendang ialah aku alihkan rendang dari periuk Pressure Cooker ke dalam kuali dan keringkan dalam kuali besar. Lebih mudah untuk mengacau hingga kering.

***Tips.
1) Pastikan bahan bahan yang ditumis benar benar masak supaya rendang tahan lama.
2) Bila rendang telah agak agak kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak.
3) Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu.
4) Untuk membuang minyak yang berlebihan - kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah tengah kuali. Bila telah sejuk ambil rendang ditepi tepi kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya.
5) Jika menggunakan periuk PC set masa 20-30 minit untuk daging batang pinang dan daging biasa selama 30-40 minit. Proses mengering rendang akan menjadikan daging lebih lembut.
6) Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung saji yang besar (bulat).
7) Gunakan rempah2 yang masih baru dan disangai hingga wangi. Rempah rempah ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap. Percayalah...jika rendang anda sedang menggelegak dan bau harumnya mula terhidu dan buatkan anda berasa lapar atau terasa nak makan maknanya rendang itu pasti sedap. Suaikan rasa masam, manis dan masin.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

84 ulasan for "Rendang Daging Sedap Giler"

  1. dah lama tak makan daging huuu sedapnya :D

    BalasPadam
  2. resepi akak takde guna apa2 rempah rendang pun...
    sure sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kak rendang akk ape resepi nye...

      Padam

  3. Aslmkm Azie.

    Slmt bpuasa. Terima kasih sebab sudi mencuba rendang tu. Harap dapat memenuhi selera.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,

    Hari ini tengok resipi, hari ni juga cuba. Memang sedap. Saya guna santan kotak aja. Kena cuba lagi sehingga mencapai rasa yang mengikut naluri rasa saya. Terima kasih.

    BalasPadam
  5. salam kak azie

    cili kisar guna 3 cawan atau 6 sudu besar shj?
    nak cuba buat
    nampk sgt sedap :)

    thank you.

    BalasPadam
  6. Memang sedap sngt..tq untuk resepi

    BalasPadam
  7. Daging kena rebus dulu tak kak

    BalasPadam
  8. Terimakasih dear atas resepi yg best..tengah struggle nk siapkan kuah kacang n rendang time demam ni huhu..selamat hr raya haji..maaf zahir batin :)

    BalasPadam
  9. Tksh..sy dah Buat. Sangat2 sedap :)

    BalasPadam
  10. Menu utk harini...mekasih n halalkan resepinya yea pn azie...sedap sgttt...

    BalasPadam
  11. Bahan yg d sangai d kisar basah or kisar kering?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kisar kering atau tumbuk. Saya guna yang serbuk sahaja. Nak sedap sangai dan tumbuk sendiri

      Padam
  12. Tq dan halalkan resepi ni & yg lain2 ye...
    Terbaek

    BalasPadam
  13. Puan azie, sesungguhnya resipi you semua saya dah cuba dan memang menjadi dan sedap. Ini yang buat saya lebih bersemangat. Terima kasih atas sharing resipi seikhlasnya.

    BalasPadam
  14. Terima kasih krn berkongsi. Selamat hari raya!

    BalasPadam
  15. Salam aunty. Nak tanya, resipi ni untuk berapa orang makan ya? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Ianya agak subjektif. Kalau Anesh beli daging sekilo, berapa orang boleh makan di rumah Anesh. Jadi sama lah dg daging ini, cuma ianya dimasak rendang.

      Padam
  16. Salam akak nak tanya kalau guna kuali biasa boleh kan ? sy baru belajar nak masak takut tak menjadi..���� hana*

    BalasPadam
  17. Nk msak utk raya esok, tq azie

    BalasPadam
  18. Salam Azie
    Boleh guna untuk ayam tak resipi ni?

    BalasPadam
  19. Cili kisar tu yg dah siap atau yg baru dikisar ya...

    BalasPadam
  20. Sedang merendang..yup..mmg mabeles..baunya sahaja dh memikat sukma..salam aidilfitri drp saya utk azie kitchen..

    BalasPadam
  21. Assalam,
    Tengah memasak rendang resepi kak Azie, memang sedap, membangkitkan nostalgia rendang kerang tok di kampung, macam ni lah bau dan rasanya...Thanks kak..nak bawak balik utk mak & mak mertua :):)

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum
    Sedang masak rendang dagin rusa..bau pun dah menyengat..tgh tgu rendg kering ja

    BalasPadam
  23. Daging kena rebus dulu x ek?

    BalasPadam
  24. Resipi ini yang saya buat untuk hari raya tahun ni..bahkan bulan puasa kelmarin 3 kali ayah request masakkan rendang sedap ni..terima kasih atas perkongsian yang bermanafaat ini puan

    BalasPadam
  25. salam
    Saya try masa raya haji tahun ni (2016). sedap :) . time kasih.

    BalasPadam
  26. Salam Pn. Azie
    Sy dah cuba resepi rendang pg tadi.Terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  27. Salam pn.azie saya suka semua resepi pn sedap semua.daya teringin nak msk group whatssap noxxa macamana ye?

    BalasPadam
  28. Terimakasih azie...tgh masak rendang ikut resepi azie...bau dia belum mkn da tau sedap...hihi..halalkan resepinya yea dik...mekasih

    BalasPadam
  29. Blog pertama jika nak cari resepi... pasti menjadi. Terima kasih. Semoga murah rezeki amen.

    BalasPadam
  30. Terima kasih puan. Semoga murah rezeki. Persinggahan saya jika saya nak cuba sebarang resepi.

    BalasPadam
  31. Balasan
    1. Bila daging dah kecut dan keluar air, masuk santan

      Padam
  32. The best recipe ever..saya suka sangat resepi puan azie ni..

    BalasPadam
  33. Adoi, x sabarnya nak buat rendang Azie Kitchen ni dgn pulut kuning utk disantap sabtu niiii

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum...tumpang tanye akak2 skalian,,sy ni amatur dalam memasak...
    Apa maksud sangai tu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Goreng dalam kuali tanpa menggunakan minyak

      Padam
  35. Terima kasih kongsi resepi nie Kak Azie.. anak-anak pun suka.. bertambah tambah mkn dlm musim sejuk2 nie .Bob Hamid

    BalasPadam
  36. Assalam kak.tq resepi.tgh merendang guna resepi akak.hari ni nak try msk pulut kuning&rendang daging rusa.guna noxxa,pulut kuning terlembik sikit

    BalasPadam
  37. Saya men blasah jer.. anggap jer serepi ni basic ..pastu apa lg.. semua bhn saya masuk.. siap combine lg dgn cara resipi masala mamak marriiii... ermm sodap jugak ni..chef midified ..

    BalasPadam
  38. Kalau daging tu 2 kg bahan2 die kne tambah byk mana puan..sy ingatkan nk buat rendang rusa guna resepi puan.

    BalasPadam
  39. Salam semua... 1kg santan bersamaan ngan brape ml santan kotak ye?

    BalasPadam
  40. Tgh masak..belum rasa lagi. Tggu bukak puasa. Tp bau mmg mengancam.
    Terima kasih atas resepi. 1st time buat ni.

    BalasPadam
  41. kunyit hidup tak perlu letak ye sis?

    BalasPadam
  42. I'm writing this in 2017 Di pagi raya..selalu try resepi2 di blog ni.mmg semua sedap!tp rendang ni paling terbaik!highly recommend kepada semua utk try.buat rendang ni kt kampung.pastu ada sedare beli tempah jgk rendang.tp mmg xleh lawan rendang resepi ni.mmg sedap sgt!! Banyaknya pahala pn Blogger. MasyaAllah.thank you sgt..

    BalasPadam
  43. Saya pun selalu refer resepi kak Azie . Memang tak pernah menghampakan . Tengah buat rendang daging guna resepi yang ni . Bau semerbak satu rumah . Terima kasih kak Azie .

    BalasPadam
  44. X sabar nak cuba nnt..setakat ni resepi azie's kitchen sentiasa menjadi bila buat..semangat nak masak utk famili..terima kasih kak azie share semua resepi yg best ni..

    BalasPadam
  45. Alhamdulillah..ari ni sy try buat..mjadi..sedap rasanya..resepi yg baik..tq akk azie..hepi ase.hihi

    BalasPadam
  46. Saya pun nak cuba laa resepi ni..hihi

    BalasPadam
  47. Salam auntie... alhamdulillah terima kasih atas perkongsian resepi2 auntie.. rendang ni dah 3x saya buat... dan juga beberapa resepi lain semuanya menjadi dah x payah mesej mak nak tanya resepi... hehe terima kasih ye...semoga auntie dan family murah rezeki..

    BalasPadam
  48. Resepi rendang daging paling sedap saya pernah buat..memang ikut resepi Azie Kitchen.

    BalasPadam
  49. Assalam..nk tanya...nk buat rendang yg banyak kuah mcmn?

    BalasPadam
  50. Sedapnya....sedapnya....nak cubalah...aunty ...thanks aunty..

    BalasPadam
  51. Salam kak azie nak tanya,akak guna bwg merah yg besar tu ke?resepi ni mmg x pki kunyit ke?sbb kdg sy keliru nk guna bwg merah yg besar or kecik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Bawang merah yg kecil. Yang besar, saya panggil bawang besar.

      Padam
  52. Guna rempah rendang lagi best. Kalau guna periuk noxxa cukup set 25 minit sahaja.

    BalasPadam
  53. kalau tk nk guna rempah2 tu lari rasa

    BalasPadam
  54. Salam Pn Azie.. Nk tnye, santan tu kena sama bnyk daging ke? Klau daging 2kg,santan pun 2kg jgak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Formula mudah utk hasilkan rendang yg sedap dan cukup lemaknya

      Padam
  55. First time tiru resepi ni alhamdulillah menjadi..selalu sy follow resepi kak azie sedap2😘 tapi sy guna kerisek paket sikit cmpur kelapa yg dh sangai kering, fuhh mantap😁

    BalasPadam
  56. Assalamualaikum semua,

    Memula memang takut gak nak cuba resepi ni tapi semangat tu kuat nak hidangkan pada Hari Raya pertama sebagai hidangan raya keluarga.

    Inilah resepi rendang saya yg pertama buat keluarga dan di Hari Raya, amat berpuas hati dan tak sangka saya boleh hasilkan satu hidangan yang sedap dan hebat!

    "Sedapnyaaa.. Kat mana beli ni uda?"

    Saya sekadar tersenyum dengan pujian dan pertanyaan anak saudara yang hadir pada hari tu!

    Terima kasih buat Azie Kitchen.

    BalasPadam
  57. Terima kasih Azie's Kitchen. Menjadi & Osem. Eid Mubarak!

    BalasPadam
  58. Assalammualaikum sis Azie..klu guna jintan manis yg serbuk ...kena sangai dulu x?

    BalasPadam
  59. salam Aidilfitri 2019...puan azie..tgk pic rendang tu..ke hitaman sedikit..sy buat kaler merah..perlu letak kicap ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. Masak lama lama dg api kecil

      Padam
  60. resipi azie kitchen memang terbaik

    BalasPadam
  61. alhamdulillah dh cuba resepi ni mmg sedap.. daging 1kg sesuai mkn 5-6 org..

    BalasPadam
  62. Salam...cik azie
    Saya dah cuba resepi rendang ni. Memang sedap giler. Keluarga saya jatuh cinta ngan rendang ni.
    Sekarang saya buat niaga rendang ni lagi2 musim raya ni...malah kaum cina pun suka order rendang ni ngan saya. Minta halalkan ye resepi ni...
    Terima kasih bebanyak....

    BalasPadam
  63. Tq Azie atas resepi yg sedap ni....
    Moga murah rezeki....

    BalasPadam
  64. terima kasih aziekitchen atas resepi...owsome

    BalasPadam
  65. Salam..nk tya, klu sy guna jintan manis saje blh ke? Klu blh sukatan msih 1 sudu besar @ Lena tambah lg?

    BalasPadam
  66. Salam kak azie,nak tanya ni.saya terguna bawang besar,ingtkan kak azie guna bawang besar.kuah dia jadi banyak pulak😂.lagi satu,terpebih cili boh.jadi pedas sangat..buat rendang utk raya esok.macam mana nak hilangkan pedas ni huhh😫

    BalasPadam
  67. Salam kak azie,saya dah terguna bawang besar jadi kuahnya banyak pulak.lagi satu terlebih cili boh tu..jadi pedas sgt plak.dahla nak masak utk raya esok,hahaha sedih plak.macam mana nak eh.nak hilangkan pedas dia tu

    BalasPadam
  68. KAK AZIE, saya selalu makan rendang yang kawan saya buat. Lama teringin nak buat sendiri. Saya nampak resepi kak azie dan mencuba. Terima kasih sebab anak saya kata sedap.

    BalasPadam
  69. Sal dah try raya tahun ni Kak Azie..memang jadi . Tq sangat Kak dan Sal mohon izin share di blog Sal sendiri kak untuk rujukan akan datang .

    BalasPadam
  70. Alhamdulillah....saya buat guna daging kambing sedap sgt....x pedas makan dgn ketupat pulut memang sedap..tq kak atas perkongsian resepi ni

    BalasPadam
  71. Sangai tu ape.. Ketumban tu.. Daun ke bijik kak..

    BalasPadam
  72. Suka resepi puan azie. Tksh share resepi. Sedg merendang utk raya sok. Bau maa shaa allah sampai depan rumah❤👍🏻

    BalasPadam