Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Goreng Basah Dia Isteri Luar Biasa


Mee Goreng Basah Azie Kitchen


Telah lama saya tidak menjadi seorang yang sentimental dan jiwang jiwang. Tetapi kemunculan watak Raden Amzar dalam drama Dia Isteri Luar Biasa yang diadaptasi dari novel benar benar mengubah mood saya. Saya tiba tiba menjadi sangat sensitif dan penyedih. Setiap kali mendengar lagu Potret, lagu tema drama ini boleh membuatkan airmata saya bergenang. 


Jauh terbawa lukisan hatimu,
Hilang mencari di mana kau pergi,
Tinggal aku menahan luka ini,
Sampai harus ku pergi...

Ada persamaan sedikit sebanyak watak itu dengan apa yang saya alami. Saya harus mengakui Raden Amzar menyamai suami saya sendiri yang menatang saya bak minyak yang penuh sehingga dikatakan sebagai terlalu sayangkan isteri. Bila saya tidak mahu makan, dia akan mengangkat dan mendukung saya ke meja makan serta memujuk supaya saya menjamah sedikit makanan. Itu adalah antara saat yang tetap segar di ingatan. Tiada masa dan batasan untuk dia menunjukkan cintanya. Setiap masa akan bertanya khabar jika saya telah makan dsb. Hmmm hensem seperti mana hensemnya Shukri Yahaya membuatkan dia sentiasa bertakhta di hati. Watak saya pula ala ala mengada ngada macam Dewi Yusra bila mengetahui diri disayangi. Hahaha aambiik. 


Mee Goreng Basah Azie Kitchen

Kini saya masih di sini, masih mengulit cinta yang indah dan merindu detik detik yang telah berlalu. Terima kasih Encik Hubby kerana menyayangi dan melayan diri ini umpama seorang permaisuri. Disebalik keindahan pasti juga terselit ujian dan liku liku. Tiada manusia yang sempurna dan tidak melakukan kesilapan. Saya tidak mahu lagi menoleh ke belakang kerana yang ada hanyalah hari ini, sedang esok juga masih belum pasti. Serasa seperti ingin terbang jauh dari sini untuk mencari diri sendiri, jika ianya boleh membebaskan celaru dan belengu di hati. Mungkinkah Saya juga Isteri Luar Biasa...

Hari ini saya ingin kongsikan resepi dan cara memasak mee goreng. Saya memang sangat sangat menggemari mee goreng. Jadi saya agak memilih bila makan mee goreng. Bila rasa tak sedap di tekak, memang saya tak akan habiskan. Kebanyakan mee yang dimakan di kedai, nampak macam sedap tapi bila dijamah terasa mee nya seperti tidak cukup masak, atau terlebih lembik atau tiada secukup rasa. Satu kemestian bila makan mee goreng, saya mesti ada hirisan asam limau nipis yang akan diperah di atas mee sebelum dimakan. Tak ada asam limau ni pun, boleh penyebab saya merajuk. Hahaha sensitif bangat. Masam masam limau nipis yang sangat sedap di tekak saya. Lain orang lain citarasanya kan.



Mee Goreng Basah Azie Kitchen

Kali ini saya menyediakan mee goreng mengikut cara yang dibuat di youtube yang sebenarnya sama dengan cara saya menyediakan mee goreng di SINI. Cuma saya tidak merebus ayam sebaliknya selepas ditumis, masukkan ayam dan ditumis seketika sehingga ianya kecut sebelum dimasukkan air untuk memasakkan isi ayam. Hahaha malas nak membasuh banyak banyak periuk. Selain itu, ianya dimasukkan telur. Tapi sebab saya takut mee saya berbau hanyir, saya pecahkan telur di tepi mee dan biarkan agak masak, baru digaul telur dengan mee. Berbeza dengan mee hoon, saya memang akan memasukkan telur dalam mee hoon goreng. Apa apa seni memasak ni bergantung kepada kreativiti masing masing. Sebab mee goreng sangat sangat dekat di hati saya, maka saya memasak mengikut apa yang saya rasa friendly di tekak saya.

Jom layan resepi


Mee Goreng Basah Azie Kitchen

Mee Goreng Basah

Bahan bahan:
500 gram mee kuning
100 gram isi ayam/daging - potong kecil
2 biji telur - pukul rata
1 biji buah tomato - potong kasar
3-4 ulas bawang putih - diketuk
1 ulas bawang merah - hiris halus
1 sudu besar cili kisar - guna 2 jika suka pedas
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap pekat
Garam
1 sudu besar gula - letak 1/2 sudu jer
Minyak

Bahan tabur:
1 biji cili merah - hiris
Daun bawang
Limau nipis
Bawang goreng

Cara cara:
Tumis bawang putih yang diketuk sehingga wangi. Diikuti bawang merah. Masuk cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.

Masukkan isi ayam dan kacau sehingga ayam kecut sebelum dimasukkan 1 mangkuk air untuk memasakkan ayam.

Masukkan sos cili, sos tomato, kicap pekat dan buah tomato serta gula. Masukkan sawi dan kacau sehingga sedikit layu. Masukkan mee dan gaul sebati.






Ketepikan mee, tuangkan telur dan bila hampir masak, kacau rata telur sebelum dikacau bergaul rata dengan mee.


Mee Goreng Basah Azie Kitchen


Mee sedia dihidangkan dengan limau nipis, daun bawang dan cili merah hiris serta bawang goreng.


Mee Goreng Basah Azie Kitchen



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

16 ulasan for "Mee Goreng Basah Dia Isteri Luar Biasa"

  1. nampak sedap aje cik jelly ni, boleh cubelah kalau gitu. tengok juge ye recipe saye di resep bolu kukus

    BalasPadam
  2. As-Salam Kak Azie..saya juga sama macam Kak Azie,tak leh dengar lagu potret tu walaupun saya tidak ikuti cerita isteri luar biasa.mulut akan ikut sama menyanyi...jiwaaaang!

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah sngt simple blh try. Terima kasih puan.

    BalasPadam
  4. Kita memerlukan Mee goreng 4kg from mon to Friday morning ..we will collect ..u name the price

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lokasi mana ya ? Saya boleh masak mee goreng dalam portion yang banyak ni no saya 0186684634

      Padam
  5. ni untuk brape org mkn?

    BalasPadam
  6. Salam cik azie. Dah bertahun sy google resepi2 mesti cr yg dr blog cik azie. Sbb sy suka menu2 yg bjaya dihasikn. Mdh fhm. Terima kasih ye. Apa fb cik azie.

    BalasPadam
  7. Tq kak azie..sy dah cuba byk resepi dr blog ni.mmg menjadi..sedap sgt.

    BalasPadam
  8. Boleh la cuba buat..terima kasih akak share resepi ni ;)

    BalasPadam
  9. Lagi ringkas ada tak ?... maklumlah org bujang hahaha

    BalasPadam
  10. Kak azie..saya selalu follow blog akak bila kering idea menu nk masak. Nampak gaya kita ada sikit kimia sebab suka makan mee dengan perahan limau. Mmg ngam

    BalasPadam