Ikan Tenggiri Masak Cuka
Bersedekahlah semasa kita masih hidup. Kalau dah mati, hanya 3 perkara yang akan mengikuti ke kubur tapi 2 daripadanya akan balik iaitu harta dan anak isteri. Yang tinggal bersama di dalam kubur, hanyalah amalan kita. Ahli neraka menangisi untuk balik ke dunia untuk beramal. Mereka tak berani mengangkat muka di hadapan Allah. Mereka membuat pengakuan, bahawa hari ini kami yakin dan kami nampak apa yang telah kami dustakan. Namun tiada guna lagi keyakinan ketika itu. Dosa dosa besar kena bertaubat pada Allah. Keampunan adalah hak Allah. Hak kita adalah untuk terus menerus beristighfar. Allah suruh kita berlumba lumba mencari keampunan Allah. Bersegeralah kamu pada keampunan Tuhan mu. Syurga sangat luas seluas langit dan bumi.
Allah bagi keampunan pada umat Nabi Muhammad SAW dengan bertaubat. Syariat sebelum Nabi Muhammad kena bunuh diri baru diampun. Ingatkan lah kebaikan Allah pada kita, pasti akan mengalir air mata mengenang nikmat Allah yang tidak terhingga. Sabda Nabi Muhammad, kalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan menangis lebih banyak dari ketawa. Ini adalah kerana baginda telah melihat neraka semasa perjalanan Israk Mikraj.
Jadi kita kena perbanyak beristighfar sekurang kurangnya 70 kali hari semalam. Allah bersihkan titik hitam dalam hati kita kerana bagi satu dosa menjadi satu titik. Jika buat dosa, cepat cepat istigfar supaya tiada titik hitam. Kita nak bersihkan diri kita dalam bulan Ramadhan. Ambik peluang basuh diri kita. Kalau kita tak mengaku, kita akan disiksa dan gelisah. Untuk hilang gelisah kena mengaku dengan Allah semua salah dan silap kita. Pada tiap tiap malam Ramadhan, Allah akan mengeluarkan sebahagian nama mereka yang di neraka. Jadi perbanyakkan berdoa supaya memasukkan nama kita dan keluarga ke dalam senarai nama mereka yang diberi keampunan.
Jadi kita kena perbanyak beristighfar sekurang kurangnya 70 kali hari semalam. Allah bersihkan titik hitam dalam hati kita kerana bagi satu dosa menjadi satu titik. Jika buat dosa, cepat cepat istigfar supaya tiada titik hitam. Kita nak bersihkan diri kita dalam bulan Ramadhan. Ambik peluang basuh diri kita. Kalau kita tak mengaku, kita akan disiksa dan gelisah. Untuk hilang gelisah kena mengaku dengan Allah semua salah dan silap kita. Pada tiap tiap malam Ramadhan, Allah akan mengeluarkan sebahagian nama mereka yang di neraka. Jadi perbanyakkan berdoa supaya memasukkan nama kita dan keluarga ke dalam senarai nama mereka yang diberi keampunan.
Kali ini saya hendak share resepi Ikan Tenggiri Masak Cuka yang sangat sedap di kala selera dah mula menurun dan kepala mula pening memikirkan lauk apa yang hendak dimasak untuk berbuka. Cara memasaknya sama dengan memasak Acar Timun Masak kecuali saya tidak memasukkan halia. Jadi masakan ini adalah ala ala Acar Ikan lah kot. Acar Timun Masak biasa saya sediakan untuk dimakan dengan nasi minyak. Cuma kalau memasak Acar Timun, saya suka memasukkan beberapa ulas bawang merah sebiji sebiji yang tidak dipotong.
Jom kita layan resepi mudah dan sedap ini.
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 keping ikan tenggiri – lumur garam kunyit
1 - 1 1/2 sudu besar cuka
1 sudu kecil biji sawi
Garam
Gula
Sedikit serbuk kunyit - opsyenal
Bahan Hiris:
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 biji cili merah dan cili hijau
1 labu bawang besar - potong bulat
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 biji cili merah dan cili hijau
1 labu bawang besar - potong bulat
Cara cara:
Ikan digoreng garing. Angkat dan ketepikan.
Ikan digoreng garing. Angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan hiris sehingga layu. Masukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih. Saya masukkan sedikit sahaja air kerana tidak suka berkuah.
Masukkan cuka, garam dan gula secukupnya. Akhir sekali, masukkan ikan goreng tadi dan biar mendidih sebentar. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Mudah. Kalau ada sisa ikan goreng yang tidak habis semalam, mungkin boleh cuba resepi ni..
BalasPadamKebetulan sangat ptg ni ada ikan tenggiri.masak mcm puan ni mcm sedap je
BalasPadamsedapnya...segar je tgk ikan tu...
BalasPadamtq kak for d resepi ..nanti boleh cuba...
sy ni tau mkn je ..suka resepi ni...hihihi
dah lama tak buat masak cuka...boleh try nanti..
BalasPadamfollow blog sy di http://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com/...tq
Tq kak for d resipi.
BalasPadamTq... Sedap....
BalasPadamTq kak...arini boleh try masak utk suami dan anak2
BalasPadamsedapnye
BalasPadamkalau guna ikan lain sdp x kak? ikan kembung ke misalnyer
BalasPadamBoleh guna ikan lain pun. Seperti kembung kerisi besar, selar, senangin
PadamTerima ksih Kak Azie atas resepi2 yg dikongsi. Selama ni dh banyak resepi Kak Azie sy cuba. Keluarga sy suka 😍
BalasPadam