Daging Masak Hitam Manis
![Daging Masak Hitam Manis Daging Masak Hitam Manis](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGpyfMuvV5GQNfSvi9WcF43M9VWxCkfJNug9Ji3JUSCvC04KLG2yyphFRw6Zub8V-0MYMze2SijS7GqnbayWp8cDGQdb71G6qF18k9bYunzZXAbZlHNqRiXPFjsexsDnrfNbnKXuB8Vmk/s640/IMG_0213.jpg)
Intipati tazkirah Ustaz Abu Jihad hari ini adalah peringatan yang bagus setiap kali bulan Ramadhan. Walaupun ianya bukan perkara baru tapi masih ramai yang tidak tahu. Sebagai contoh, mengorek hidung di bulan Ramadhan, batal puasa atau tidak. Sepatutnya persoalan seperti ini tidak lagi ditanya oleh mereka yang telah dewasa tetapi jangan terkejut bila ianya masih ditanya. Maknanya kena sentiasa menuntut ilmu dan diberi peringatan dari masa ke semasa. Untuk melalui bulan Ramadhan juga kena ada ilmu. Kalau manusia tahu apa kelebihan yang ada dalam Ramadhan pasti mereka berangan angan supaya setiap bulan adalah bulan Ramadhan. Ianya umpama kita membeli motor kapcai tetapi diberi motor Harley Davidson. Para salafus soleh berdoa 6 bulan sebelum Ramadhan supaya dipanjangkan umur untuk masuk bulan Ramadhan untuk menikmati kelebihan ini. Bagi orang yang berilmu, dua perkara yang pasti tidak ditinggalkan ialah membaca Al Quran. Orang yang baik di kalangan kamu ialah mereka yang belajar tentang Al Quran dan mengajar pada orang lain. Mereka lah sebaik baik manusia di kalangan kamu. Al Quran akan memberi syafaat kepada pembacanya. Kita kena rapat dengan Al Quran. Al Quran tidak akan lupa mereka yang rapat dengannya. Bacalah walaupun hanya satu ayat.
Kedua ialah bersedekah. Bila ada ilmu tentang kelebihan sedekah, baru ada rasa hendak bersedekah. Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang sangat pemurah bila dalam bulan Ramadhan terutama selepas berjumpa dengan malaikat Jibril. Memberi makan orang berbuka puasa. Maka dia akan dapat pahala orang berpuasa tanpa mengurangkan sedikit pahala orang berkenaan. Hatta dengan memberi makan dengan sebiji kurma atau air. Kesimpulannya, nak membuat amalan, kena ada ilmu. Bila ada ilmu, baru lah kita hidup di jalan Allah. Allah pelihara orang yang duduk dalam majlis ilmu dengan dihantar malaikat untuk membuka sayap menaungi orang yang berada dalam majlis ilmu. Ilmu jadi pembenteng dari perkara yang sepatut dibuat.
Sekarang masuk bab resepi pula, saya pernah menggunakan resepi yang sama untuk memasak Tulang Rusuk Masak Masam Manis di SINI. Tapi hari ini entah kenapa daging tetel yang saya beli penuh dengan lemak. Jadi agak tak best lah bulan bulan puasa ni banyak makan lemak. Jadi kalau lain kali, saya akan pastikan daging yang dibeli adalah bahagian yang kurang berlemak. Jom layan resepi mudah dan sedap ini. Tapi pastikan anda menggunakan bahagian daging yang sedap seperti daging tetel yang sedikit berurat atau menggunakan daging tulang rusuk. Selamat mencuba....
Daging Tetel Masak Hitam Manis
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-Bahan:
Bahan A:
500 gram daging/tulang rusuk
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan gula
Garam & perasa secukupnya
Sedikit lada hitam - ditumbuk
Bahan B:
2 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
1 batang leek - hiris
Sedikit air asam jawa
Bahan tumbuk:
Halia (sebesar ibu jari)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Cara cara:
Bahan A digaulkan sehingga sebati dan perapkan bersama daging selama 1 jam. Kalau mempunyai pressure cooker, boleh direbus dalam pressure cooker daging yang diperap.
Tumiskan bahan tumbuk/blend sehingga garing, masukkan cili giling dan tumis sehingga naik minyak.
Masukkan air asam jawa dan daging yang telah diperap. Masak sehingga daging empuk (air perlu ditambah sekiranya perlu). Setelah daging empuk, masukkan bawang besar & cili merah dihiris.
Masukkan serbuk perasa dan sesuaikan rasa. Siap untuk dihidangkan. Boleh juga dimakan bersama nasi putih panas panas atau dengan roti.
Sedapnya... meleleh air liur.. hehehe
BalasPadamsedapnyeee...nak cube tapi selalunya bila
BalasPadammasak daging mesti fail xempuk..
Pn Azie,
BalasPadamFarah happy baca intipati kuliah yg Pn Azie kongsikan..kadangtu bukan nk tgk resepi, saja bukak ur website just utk gain the knowledge and strengthen our emotional needs. Thank you Pn Azie, semoga ramadhan ni barakah pada kita..Ramadhan Kareeem..
Farah