Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cara Memotong Buah Mangga



Cara Memotong Buah Mangga



Telah berpuluh tahun saya teringin untuk menikmati Mangga Harum Manis dari Perlis. Di awal tahun 1990an, ada rakan sepejabat membawa mangga harum manis. Saya cuma dapat membeli 1 kilogram sahaja ketika itu. Sejak itu, sentiasa teringin hendak makan tetapi asyik tiada rezeki. Minggu lepas terpandang sahabat kami menayangkan mangga harum manis di facebook. Saya terus menghantar message jika ianya boleh diposkan pada saya. Alhamdulillah kerana hasrat untuk menikmati mangga harum manis akhirnya tercapai. Memang sangat sedap mangga ini, sangat manis dan sesuai sekali dengan namanya. Tapi yang hairannya pokok ini hanya berbuah dan menghasilkan buah yang manis jika ditanam di Perlis sahaja. Jika di tempat lain, hasilnya tidak sebegitu. Itulah keistimewaan Perlis yang juga terkenal dengan penanaman tebu. Agaknya kandungan gula dalam tanah di Perlis tinggi seperti juga tanah di Mekah dan Madinah.

Hari ini, jom saya nak kongsikan cara memotong mangga yang juga saya baru belajar dari sahabat saya dan juga selepas melihat di Youtube untuk melihatnya dengan lebih jelas. Ambil gambar guna hp jer, asal boleh nampak kira OK lah. Mula mula kenalah ada buah mangga, sebab yang ditunjukkan pun cara memotong buah mangga kan. Lepas itu, kena ada pisaulah. Potong sedikit bahagian tangkai bagi memudahkan buahnya diletakkan berdiri seperti gambar di bawah ini.





Kemudian hiris bahagian pipi yang kembung itu di kiri dan kanan. Bahagian yang kecil itu dihiris akhir sekali kerana masih terdapat banyak isinya.





Selepas itu, ambil bahagian yang dihiris tadi dan mulalah menghiris secara memanjang dan kemudian melebar pula bagi menghasilkan kiub mangga. Letak atas tapak tangan tapi jangan sampai terhiris tangan pula. Saya nak ambil gambar, jadi terpaksalah diletakkan atas papan. 


Cara Memotong Buah Mangga


Akhir sekali pegang hujung mangga dan tolak ke luar supaya menjadi seperti dalam gambar di bawah. Bolehlah ditolak keluar kiub mangga dengan menggunakan pisau atau menggunakan sudu atau boleh juga dimakan terus. Haa sedap rupanya makan mangga yang dipotong seperti ini. Apa kata anda mencubanya sendiri untuk mengetahui jika ianya benar seperti apa yang saya tulis. Inilah cara yang kita guna kalau makan buah buah yang belum dipotong yang dihidangkan di restoran hotel. Kalau tak mahu hiris seperti ini, boleh sahaja di scoop menggunakan sudu.





Selamat mencuba...
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Cara Memotong Buah Mangga"

  1. sedapnya.. nanti akakn ku cuba. tkasih kerana share resepi ini
    sudi2kan melawat blog saya pula

    http://syliezwithsupplimenthebat.blogspot.com

    BalasPadam