Kuih Tepung Pelita Asli Sedap
Kuih tepung pelita adalah antara kuih yang sangat dekat dengan diri saya kerana sejak kecil gemar memakan kuih tepung pelita samada yang dibeli di Pekan Jelawat atau yang dibeli di kedai kopi di kampung kami.
Memang sedap, terutama bila dapat menceduk sekali air gula di bahagian bawah bekas daun pisang. Oleh kerana ianya dikukus dalam bekas yang dibuat dari daun pisang, maka kewangiannya tak boleh dipertikaikan lagi.
Hubby dan anak anak pun suka membeli kuih ini bila ke Bazar Ramadhan untuk dimakan ketika berbuka puasa. Sekarang banyak resepi tepung pelita yang telah diubahsuai dengan dimasukkan tepung jagung la, tepung kwan hoe lah dan macam macam lagi.
Memang sedap, terutama bila dapat menceduk sekali air gula di bahagian bawah bekas daun pisang. Oleh kerana ianya dikukus dalam bekas yang dibuat dari daun pisang, maka kewangiannya tak boleh dipertikaikan lagi.
Hubby dan anak anak pun suka membeli kuih ini bila ke Bazar Ramadhan untuk dimakan ketika berbuka puasa. Sekarang banyak resepi tepung pelita yang telah diubahsuai dengan dimasukkan tepung jagung la, tepung kwan hoe lah dan macam macam lagi.
Saya teringat untuk membuat kuih tepung pelita selepas menikmati kuih tepung pelita di pejabat dalam satu majlis makan makan yang sangat sedap.
Tapi kalau kuih tepung pelita untuk berjualan, mudah jika dikukus dalam bekas plastik. Boleh ditutup dan senang dibuat penghantaran. Kalau untuk makan sendiri, sedap lagi jika menggunakan daun pisang.
Tapi kalau kuih tepung pelita untuk berjualan, mudah jika dikukus dalam bekas plastik. Boleh ditutup dan senang dibuat penghantaran. Kalau untuk makan sendiri, sedap lagi jika menggunakan daun pisang.
Untuk hari ini saya memberanikan diri menyediakan bekas tepung pelita dari daun pisang selain menggunakan bekas plastik. Hahaha tapi bekas saya dah gagal berfungsi dengan baik bila saya hanya menggunakan selapis sahaja daun pisang. Bekas nya tidak berdiri dengan kukuh. Jadi seganlah nak kongsikan gambarnya di sini.
Namun, resepi tepung pelita asli ini sangat sedap walaupun kejadian tepung pelita saya hari ini pun tak berapa elok kerana periuk pengukus saya menitiskan air yang banyak. Hmm minta ditukarlah tu...
Namun, resepi tepung pelita asli ini sangat sedap walaupun kejadian tepung pelita saya hari ini pun tak berapa elok kerana periuk pengukus saya menitiskan air yang banyak. Hmm minta ditukarlah tu...
Jom layan resepi tepung pelita asli di bawah ini yang sangat sedap. Mungkin lain kali kena dilebihkan adunan lapisan hijau kerana ternipis sedikit berbanding dengan lapisan putih. Silakan share resepi ini jika ianya menepati apa yang anda cari...
Kuih Tepung Pelita Asli
Oleh: Azie Kitchen
Lapisan Hijau:
½ cawan tepung beras
Secubit kapur makan
2 cawan air daun pandan
Cara cara:
Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.
Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh.
Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas di atasnya.
Lapisan Santan
½ cawan tepung beras
2 ½ cawan santan
Secubit garam
Cara cara;
Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit.
Nota;
Boleh juga jika mahu terus tuang lapisan santan tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.
Sedapnya.. Bulan2 puasa kalau dapat mkn nie memang best..
BalasPadamMakan sejuk sejuk lagi nyaman
PadamSalam kak. santan tu kna pkai santan pati ke?
PadamAdda tak pernah buat ... Biasa makan samada org bagi atau beli
BalasPadamsedapnye akak.. sy pon suke.. nanti nak cuba buat
BalasPadamSedap ya puan.. Teringat arwah nenek yg suka buat kuih ni bila ramadhan
BalasPadamSy nk cuba jg la, tq
Sedap snghotie....
BalasPadamSalam kak... nk tanya.. kalau pkai bekas daun pandan.. xnk kukus blh x? Pengukus xde la kak... :-D
BalasPadamkak nak tanya la. saya dekat oversea tak ada daun pandan. kalau pakai pes pandan boleh tak? and berapa amount dia ye? Please help me.
BalasPadamBoleh juga. Gunalah 1-2 sudu kecil. Letak sikit sikit dulu
PadamTerima kasih kak. Saya dah buat byk resipi2 akak. Semuanya menjadi. Terima kasih sgt3. :))
Padamsaya berjaya buat hari ni...tq for the recipe sis
BalasPadamKlw x pakai pengukus pakai apa ya ? Heee
BalasPadamAssalamualaikum. Alhamdulillah. Memang nak sangat belajar buat kuih ni suami & anak2 suka sangat. Mmg selalunya beli je, tapi time2 bulan puasa je mudah nak dapat. Tu pun nak kena pilih betul2. Kadang sedap, dmkadang xsedap. InsyaAllah nak try buat & harap2 sedap. Tgk resepi sedap, mudah je. Terima kasih
BalasPadamAnak nak makn kuih ni utk berbuka hari ni
BalasPadamnak try buat hari ni..wish me luck
BalasPadamapa kegunaan air kapur? kalau tak pakai air kapur boleh tak?
BalasPadamSaya pun nak tahu apa fungsi air kapaur?apa kelebihannya...dan apa akan jadi kalau tak ade..so far kak azie sangat membantu saya merialsasikan resepi yg hebat...terima kasih kak azie...
BalasPadamResepi tradisional banyak menggunakan kapur utk menjadikan adunan lebih kenyal. Kalau tk ada, tak letak pun tak apa
PadamTerima kasih resepi..sy nak cuba buat hari ni untuk juadah berbuka..
BalasPadamsalam nk tanya, tepung beras blh ke diganti dgn tepung gandum
BalasPadamtq
Tepung beras tak sama dengan tepung gandum. Pasti hasilnya tak sama
PadamSukatan cik pakai ni boleh dapat berapa ye kalau pakai bekas bulat kecil tu. Dan 21/2 santan tu berpa banyak ye. Saya nak buat assignment. Harap puan dapat balas.
BalasPadamSaya tak catat hari tu. Boleh cuba buat dan dpt kan bilangannya
PadamIngat tepung pelita,ingat Jelawat kampung saya juga.Sava bersekolah disitu ketika darjah Lima.Mohon share resipi,tq
BalasPadamKlu xguna kapur xpe ke kak?
BalasPadamBoleh jer tp lebih sedap jika ads kapur
Padamsalam akak, nk tny kalau kita masak ptg ni, dan smpan dlm pti ais lebihan tu untuk makan esok, boleh tahan x ?
BalasPadamTerima kasih 😊
BalasPadampilihan kueh bulan ramadan
BalasPadamNanti saya cuba buat ye puan.Minta izin resepi.
BalasPadamMohon halal kan resepi ya..suka sangat kuih ni.
BalasPadamSaya selalu rujuk resipi-resipi Azie Kitchen. Terima kasih membantu.
BalasPadamGula kena letak banyak mana d dalam bekas tu ya ? 1 sudu kcik ?
BalasPadamSalam puan azie..terimakasih ya share resepi.paling sy suka agar2 milo oreo..siap ditempah kwn2 bila ada mkn2...nak tnya juga klu guna santan kotak tu 1 kotak atau 2 kotak..ke 1 kotak campur air jadikn 21/2 cawan..boleh tolong jelask tak..terimakasih.
BalasPadamSaya xpandai masak. Tp itu bukan alasan untuk tidak mencuba. Setiap masakan yg sy xberapa tahu saya akan rujuk di blog k azie. Memang semua menjadi n resepi x merapu. Dari xpandai jd semua pandai. Dari masak lauk pauk hingga ke kuih muih😊. Kuih limas resepi k azie sm mcm resepi opah😘Tq
BalasPadamSaya buat x jadi.. sad. Lapisan bawah cair sangat... sampai bercampur dengan gula pasir nya... sedih betul... x tau mana silap... lapisan bawah tu x perlu basak dulu kan.
BalasPadamKalau ikut resepi, saya masak sampai keluar wap.
Padam2 kali saya buat ikut recipe yg masak atas dapur, kali ni saya nak cuba yg kukus pula. nak confirmkan dgn Pn Azie, lapisan hijau tu kita dah mix air pandan, tepung beras dan kapur, perlu panaskan sekejap atas dapur tak? atau boleh terus tuang je dlm bekas yg dah di isi gula. kalau terus tuang ke tak bercampur ke yg hijau dan gula (mcm mana nak dptkan ada air gula bahagian bawah?)
BalasPadamSaya tulis dalam resepi, lapisan hijau dimasak sekadar keluar wap dan kukus. Boleh juga dimasak sehingga agak pekat pun, tak jadi hal. Cuma kalau pekat, permukaan hijau tak rata sbeelum dituang lapisan atas.
PadamMohon halal kan resepi, izin share pn azie.
BalasPadamsy tgh buat kuih ni pagi ni.. kawasan sy kena PKPD..jadi try buat juih tepung pelita ni., setakat ni lapisan hijau belum betul2 kenyal, bahagian tgh berair lagi... sdg tunggu mengeras sikit sebelum nak tuang lapisan atas... tq resepinya
BalasPadam