Ikan Patin Buah Goreng Pun Soodaap
Semasa kami ke rumah sepupu saya Cik gu Wan Faizah baru baru ini, saya diberitahu yang ikan patin juga sangat sedap digoreng dengan garam kunyit. Katanya mereka makan ikan patin goreng dengan nasi putih sahaja, tapi sedapnya sehingga makan menambah nambah. Hmm tak pernah pulak saya goreng ikan patin. Maklum ikan ni kan mahal, jadi kalau ada tu, pasti dimasak dengan tempoyak ke atau asam pedas ke. Sejak mendengar cerita itu, saya semacam mengidam pulak kerana teringin sangat hendak merasa ikan patin goreng garam kunyit. Jadi saya menggunakan sebahagian dari isi ikan Patin Buah yang ditangkap di kolam kami untuk digoreng garam kunyit.
Saya menggoreng ikan yang dipotong nipis garing garing. Tapi terus terang, bila ikan dah terhidang di depan mata, secubit pun saya tak ambil. Entah kenapa jadi macam tak lalu pula nak memakannya.
Saya menggoreng ikan yang dipotong nipis garing garing. Tapi terus terang, bila ikan dah terhidang di depan mata, secubit pun saya tak ambil. Entah kenapa jadi macam tak lalu pula nak memakannya.
Apa kata anda mencubanya sendiri. Kadang kadang kita perlukan sedikit percubaan di sana sini untuk mengetahui kalau sesuatu cara masakan sedap atau tidak. Kalau tak dicuba, mana nak tahu kan? Selamat mencuba...
SALAM K.Zie..suke sy nk ckp..sy ni pembaca setia blog k.zie..n byk menu yg sy da buat .. plg best skali nasi arab..sampaikan da jd sebutan sanak saudara..mintak halal ye setiap resepi yg digunakan..teruskanlah dengan perkongsian keagamaan tu... sambil2 bace resepi boleh tambah rohani...
BalasPadamSedap k.azie.sy plg suke lps goreng tu siram dgn sambal berlada.
BalasPadamIkàn patin goreng ni febret!saya lahir di kuala lipis,bile nenek masak gulai masam,dia suka masukkan bhagian kepala,ekor,sedikit potongan ikan patin..n potongan ikan patin lain dia lebih suka goreñg sbb xmuak sgt!sedap bile mkn ikan patin goreng bkuahkan gulai masam.
BalasPadam