Chennai Yang Meninggalkan Seribu Kenangan
Seperti yang dijanjikan, hari ini saya mahu menyambung catatan perjalanan kami ke Chennai. Klik di SINI untuk entri sebelum ini. Hari ketiga di Chennai, saya dibawa melawat Reserve Bank India dan selepas itu dibawa makan malam di MGM Resort yang terletak kira kira satu jam perjalanan dari bandar Chennai.
Kami melalui sepanjang Marina Beach yang pernah ditimpa Tsunami besar tahun 2004 yang menyebabkan beribu ribu penduduk meninggal dunia. Pantainya sangat panjang dan yang kedua terpanjang selepas California Beach. Sayang sedikit kerana sepanjang pantai agak kotor kerana di diami oleh setinggan dan terdapat ramai peniaga yang menjual ikan segar. Walaubagaimana kami dimaklumkan bahawa kerajaan telah mengambil usaha merobohkan perumahan setinggan dan akan diberikan perumahan yang lebih selesa kepada mereka yang terlibat.

Oleh kerana saya hanya akan balik waktu malam, Juita dan Aween membuat pesanan room service untuk makan tengahari. Sebelah petangnya pula, mereka keluar ke Chennai City Centre dengan menaiki teksi dan balik dengan menaiki kenderaan beroda tiga yang juga dikenali sebagai tut tut. Saya merasa agak lega bila mendapat tahu yang mereka telah selamat sampai ke hotel.
Kami dibawa ke MGM Resort yang pantainya sangat cantik untuk makan malam. Terdapat seorang pekerja muslim di situ yang memberitahu makanan yang dihidangkan adalah halal. Namun seperti biasa, saya tak berapa lalu untuk makan makanan India yang berupa sayuran dan kekacang. Terasalah betapa beruntungnya berada di Malaysia kerana lauk pauk yang dihidangkan dalam majlis atau secara buffet sangat banyak pilihannya. Tinggal pilih sahaja apa yang disukai.
Hari terakhir di Chennai, saya dan anak anak keluar shopping lagi untuk membeli beberapa barang yang dipesan oleh kawan kawan hubby. Kali ini kami bercadang untuk menaiki teksi luar. Namun kerana susah untuk mendapatkan teksi, kami menaiki tut tut dengan bayaran Rp100 untuk ke T Nagar.
Aduhaai memang tak selesa kerana kenderaan tut tut yang terbuka menyebabkan bukan sahaja habuk berterbangan tetapi jua pelbagai bauan kurang enak dapat dihidu. Akhirnya, saya meminta tuan kedai untuk menelefon teksi dan mengambil kami dari kedainya. Lagipun dengan shopping bag yang berbondong bondong, memang tak boleh untuk naik tut tut.
Dari situ, kami ke Nalli untuk membeli lagi kain sari. Hajat hati nak meronda dan meredah sepanjang jalan di T Nagar untuk merasai suasana shopping di situ. Tapi saya merasa tak selesa kerana bimbang akan kejadian yang tidak diingini bila melihatkan ramai manusia berpusu pusu. Akhirnya kami balik ke teksi dan meminta dihantarkan ke Express Avennue Mall kerana kami menyewa teksi untuk selama 5 jam.
Di Express Avennue, memang banyak kedai kedai berjenama. Di sini, barulah kelihatan pelancung Mat Saleh dan Arab. Tak lama pun di sini, kami beredar dan minta singgah sekali lagi di Buhari Hotel untuk membeli makanan untuk dimakan di hotel. Memang murah berbanding dengan makanan yang dipesan dari room service. Jadi kalau sesiapa ke Chennai, bolehlah membuat pesanan dan penghantaran percuma dari Buhari Hotel. Sesampai di bilik kami, mula membuat packing.
Pagi pagi lagi kami telah turun bersarapan dan check out. Terharu kerana pihak hotel telah memberikan sepotong kek bertulis, Happy Journey buat kami. Memang layanan dari Chef terutama Chef Rama Lingam dan waiter di sini sangat sangat cemerlang.
Kami menaiki teksi dan terus menuju ke airport. Sementara menunggu waktu berlepas kami lepak dahulu di Travel Lounge Club. Sepanjang dalam penerbangan, saya menyiapkan tugasan pejabat yang sedang menunggu. Dengan itu, tamatlah sudah perjalanan kami ke Chennai.

Seperti yang saya tulis sebelum ini, ramai penduduk di sini yang tidak menpunyai rumah. Di waktu malam dan pagi, kelihatan mereka tidur di kaki lima jalan dan di atas bumbung. Mereka tidur berbumbungkan langit. Saya merasa sangat kasihan pada mereka.
Siapapun mereka pastinya tidak selesa tidur berembun di atas permukaan lantai yang keras membatu. Kerana ini jugalah, banyak tempat yang dicemari dengan bau apabila mereka membuang di merata tempat. Dari jauh saya mendoakan mereka diberi kesenangan dan keselesaan hidup.

Seronoknya kak azie jalan2 di negara orang...banyak pengalaman yang dapat kan...tengok memang kasihan dengan keadaan penduduk di sana...syukur Alhamdulillah dilahirkan dan tinggal di Malaysia...
BalasPadamkawan saya cakap kopi kat sini best...dan ada restoran mamak pelita kan kat chennai ni?
BalasPadamspnjng smggu di chennai, kami sewa mpv lebih kurang rm150 sehari..mmg xsanggup nak naik tut tut sbb dr nalli nk ke pooty nk ke kumaran silk nk ke cottan street nk ke shopping mall lg..perghhh byk hasil sopingan nak bawak....:)
BalasPadamHi sis nk tnya.
BalasPadamHotel apa yg menginap di chennai yu
Boleh baca di http://www.aziekitchen.com/2015/05/chennai-kami-datang.html
Padam