Sekuali Nasi Goreng Ikan Bilis Untuk Makan Malam
Saya memang
dah lama teringin nak menikmati nasi goreng kampung yang didalamnya dimasukkan sayur kacang
panjang. Entah kenapa macam kemaruk sangat nak makan nasi goreng yang di
dalamnya di hiris kacang panjang kecil kecil. Bila susah sangat nak mencari
nasi goreng sebegini, saya pun beli kacang panjang sebagai
persediaan untuk menyediakannya sendiri di rumah.
Sementara saya menyediakan bahan bahan untuk nasi goreng, saya meminta Boy memasakkan nasi. Dan kesemua nasi seperiuk itu, saya jadikan nasi goreng. Haaa sekuali besar nasi goreng untuk makan malam giteww. Kira macam melepaskan geram kerana dah lama tak makan nasi goreng yang kena dengan selera sendiri. Ingatkan kalau tak habis, bolehlah dimakan semasa bersahur keesokannya. Tapi bila saya masuk ke dapur, tengok dah tinggal sedikit sahaja lagi kerana ada yang dah mengulang makan. Serius saya rasa nasi goreng yang digoreng sendirilah yang paling sedap. Sangat sangat ngam dengan selera saya. Tak perlu nak komplen. Tak kiralah apa jenis nasi goreng sekalipun, nasi goreng kampung, nasi goreng China atau apa apa jer.

Kali ini saya menyediakan nasi goreng Ikan bilis yang memang merupakan feveret saya antara banyak banyak jenis nasi goreng. Nasi goreng seperti ini sedap di makan dengan keropok, keropok lekor, ikan kering keropok ataupun dengan ayam goreng. Pendek kata dengan memasak nasi goreng ni sangat ringkas, cukup hanya menyediakan satu lauk tadi sahaja. Atau kalau paling paling pun, sediakan telur dadar atau telur mata kerbau. Aduhaaai terbaeek lah. Nasi goreng dan saya, huhuhu tak kan terpisah.
Nasi Goreng
Ikan Bilis
Oleh: Azie
Kitchen
Bahan bahan:
Bahan bahan:
1 biji
bawang besar
3 ulas
bawang merah
5 ulas
bawang putih
10 tangkai
cili kering - ikut pedas disukai
Semangkuk ikan bilis – lagi banyak lagi sedap

Secekak
kacang panjang – hiris kecil
2-3 biji
telur – ikut suka
Garam
Cili merah, Daun bawang
– hiasan
Bawang
goreng - tabur
Cara cara:
Kisar cili
dan bawang bawang sehingga hancur. Saya lebih suka kalau ianya agak kasar
supaya nampak cili kering di dalam nasi goreng. Tumbuk kasar ikan bilis yang telah dibasuh.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan ikan bilis ke dalam kuali dan terus menumis sehingga cili benar benar garing dan masak. Kemudian masukkan sedikit air.
Masukkan kacang panjang seketika dan terus masukkan nasi. Kacau rata. Ketepikan sedikit nasi dan tuangkan telur yang telah dikocak dengan garfu. Biarkan seketika sebelum dikacau rata supaya bergaul rata dengan nasi.
Masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan daun bawang, cili merah, bawang goreng sebelum dihidangkan.
Hidangkan sekali dengan ikan kering keropok atau keropok atau keropok lekor.

auntie..sy pon suka makan nasi goreng ngan ikan kering..sedapnya =)
BalasPadamFavourite family saya ni...sedappp
BalasPadam