Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Puding Batik Mudah dan Sedap


Puding Batik Mudah dan Sedap


Resepi puding Batik ini saya pelajari dari sahabat baik saya, Datin Fauziah. Pada mulanya beliau memberi sukatan agak agak, tapi akhirnya setelah beberapa kali mencuba, saya telah memperolehi sukatan yang betul betul ngam ngam dengan citarasa saya. Datin Gee adalah sahabat lama saya yang dikenali sejak di minggu haluan siswa di kampus lagi. Kami bukan sahaja tinggal di kolej yang sama tetapi juga fakulti yang sama. Saya sediakan puding ini untuk jamuan makan makan di pejabat sempena meraikan harijadi boss lama dulu. Dah terperap sehingga terlupa untuk di publish....

Dulu saya pernah menyediakan Puding Batik ini tetapi dalam versi berwarna warna. Cantik juga kejadiannya. Boleh klik di SINI. Kadang kadang dengan mengubah warna sedikit sahaja telah menghasilkan kuih yang berlainan penampilannya. Klik di SINI untuk versi biasa yang telah disediakan sebelum ini.

Jom kita tengok resepi yang mudah dan sedap ini. Sesuai untuk hidangan pagi, petang atau bila bila masa sahaja.....

Puding Batik Mudah dan Sedap

Puding Batik

Bahan bahan:
20 - 25 gram agar agar
4 mug air - sukatan 1 mug=350 ml
1 1/2 cawan gula - kurangkan jika tak suka manis
1 tin susu cair
1 sudu besar butter
2 sudu besar tepung kastard
2 biji telur
1/4 cawan serbuk koko

Cara cara:
Masak agar agar dengan air sehingga hancur, sebelum dimasukkan gula. Masak hingga gula hancur.

Blend semua bahan lain kecuali serbuk koko. Masuk bahan di blend dalam agar agar dan kacau hingga agak pekat.





Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko yang dibancuh dengan air suam. Manakala satu bahagian lagi biarkan dalam warna asal.





Tuang adunan dalam loyang secara berselang seli hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk kerana ianya sedap dimakan sejuk sejuk.




Puding Batik Mudah dan Sedap



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

36 ulasan for "Puding Batik Mudah dan Sedap"

  1. look yummy to me..bleh la rietta cuba esok...hujung mggu hari berkampung di dapur...

    BalasPadam
  2. assalamualaikum...mohon share resepi ye kak...nk try buat la plak..hihi semoga sye terer mcm akak masak2! haha dh 3 ari jadi suri sepenuh masa..masak jek la best kot :D

    BalasPadam
  3. boleh cuba nie..tq kak Azie..

    BalasPadam
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  5. Sangat menarik... akan saya cuba apabila ada klpangan nnti.. t.kasih atas prkongsian resepi ini..

    BalasPadam
  6. Nampak simple tapi menggiurkan.. hehehe.. mesti akan cuba satu hari nanti.. tq for sharing!

    BalasPadam
  7. Nampak sedap..mcm nak cuba. Kak Azie, berapa sukatan air dlm liter? terima kasih

    BalasPadam
  8. Saya dah Cuba dua kali. Sgt sgt yummy. Thanks kak azie untuk resepi yg mudah dan ringkas

    BalasPadam
  9. Kami dh cuba waktu jamuan hari raya .ramai kata sdap mamang terbaik

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum,saya mau tanya resepnya kan pakai telur nah yang digunakan putih telur/kuning telurnya/kedua2 nya kan amis tuh dan 1tin susu cair itu seberapa yah?? Tin itu apa?
    Trimakasih apabila kk mau menjawab 😊😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Pakai kedua dua jika resepi tidak sebut guna kuning atau putih telur sahaja. Susu cair adalah menggunakan 1 tin kalau di malaysia.

      Padam
  11. 4 mug tu berapa ml ya aunty?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooh tak pernah sukat in ml. Selalu guna mug yg minum kopi tu

      Padam
    2. Boleh tunjuk mug yg k.azie guna x? Sbb mug ad byk saiz. Takot terlebih air atau terkurang air plak. Nk try buat ni. 😊

      Padam
    3. Ada IG tak. Kalau ada, DM me. Senang nak share gambar

      Padam
  12. Saya pun nak tengok saiz mug dan cawan yang Puan Azie gunakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah update dlm resepi. satu mug lebih kurang 350 ml sukatan air

      Padam
  13. Blend tu maksudnya guna yg mixer atau mmg blend pengisar tu?hahaha..kompius jap...tq kalau sudi menjawab budak yg baru belajar..hihi

    BalasPadam
  14. Salam azie.. 1 1/2 cawan gula tu guna cawan standard atau guna mug? Tq

    BalasPadam
  15. Salam k.azie..klu gantikan serbuk coklat dengan milo boleh x?

    BalasPadam
  16. As salam kak azie.. nak tnya, butter tu guna salted butter @ unsalted butter?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Mana mana pun boleh. Tak ada vexa dari segi rasa. Saya guna mengikut stock apa yang ada di dalam peti

      Padam
  17. Salam Azie, thank you so much for sharing your recipes. Your recipes are really trustworthy and definitely delicious. Everytime I want to search for recipes azie kitchen is always my number one reference because the outcome turns out how I want it to be. May Allah shower Azie and family with prosperity and joy. Amin ya rabbal alamin.

    BalasPadam
  18. Akak,guna serbuk agar2 atau agar2 strip

    BalasPadam
  19. Mohon halal resepinya...saya guna yer...semoga sis sihat selalu dan dimurahkan rezeki

    BalasPadam
  20. Nmpk nyummm sdp blh cuba nie kk azie kongsi resepi ye

    BalasPadam
  21. Sgt suka resepi2 yg ada dlm blog kak azie..tq.

    BalasPadam
  22. Mohon halal resepinya...pasti akan dcuba

    BalasPadam
  23. Tqvm pn.azie..dah byk saya cuba resepi pn. Semoga pn & keluarga dibls dgn sebaik2 ganjaran. Aaamiin

    BalasPadam
  24. Memang sedap puding ni...

    BalasPadam
  25. Mohon halal resepinya tq.

    BalasPadam
  26. Trima kasih atas tunjuk ajar dalam apa jua resepi...

    BalasPadam
  27. Susu cair kalau di indonesia apa ya? Susu uht? Kental manis? Evaporasi? Trimakasii cikgu ❤

    BalasPadam