Masak Lemak Cili Padi Ikan Merah
Hari ini saya ingin kongsikan resepi yang masih menggunakan stok ikan Merah segar yang hubby beli di Tawau. Kali ini saya memasak Masak Lemak Cili Padi. Ini bukan entri baru tapi entri yang lama tertunggak. Bayangkan telah lama hubby ke sana, baru hari ini saya berkesempatan untuk menyiarkan entri ini. Tak adalah apa yang istimewa atau luar biasa dengan resepi ini, cuma untuk memanaskan sedikit blog yang dah mulai suam kuku sahaja, maka saya menulis entri ini. Gambar pun hanya menggunakan handphone dan memang tak berapa sharp atau sebab saya yang tak reti menggunakannya. Kamera hari ini bercuti mengikut Nana ke Melaka bersama kawan kawan ketika itu.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengikut setia blog saya kerana masih sudi singgah walaupun sejak kebelakangan ini saya agak kurang mengemaskini blog. Saya memang agak sibuk dengan tugas di pejabat yang menyebabkan saya tidak berkesempatan atau tiada mood untuk menulis apa apa. Saya agak terkejut dan dalam masa sama terharu apabila Suharto, rakan sepejabat memberi komen yang saya telah lama tidak membuat entri baru di blog. Ini bermakna dia mengikuti blog saya. Seperti yang saya beritahu pada hubby, andai saya tidak lagi mempunyai baki pinjaman perumahan, sudah pasti saya akan memilih untuk bersara pilihan. Bukan jumlah kerja yang menjadi ukuran tetapi persekitaran kerja yang kadang kadang menjengkelkan. Namun begitu saya masih bersabar kerana bekerja juga adalah satu ibadah. Manusia dilahirkan untuk memeriahkan mukabumi, bukan hanya duduk di atas sejadah semata mata. Malahan saya amat yakin yang setiap perbuatan baik atau buruk pasti akan diberi dengan balasan yang setimpal kerana Allah Yang Maha Adil kepada semua makhluknya. Hmm bak tajuk kitab yang dikupas Ustaz Syarhan, Apa Ertinya Saya Beragama Islam. Bagi orang Islam, doa adalah penghubung dengan Allah. Allah memintakan kita berdoa dan meminta apa sahaja dari Nya. Hanya masa yang akan menentukannya... bila doa saya diMakbulkan...
Masak Lemak Cili Padi Ikan Merah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
3 keping ikan merah
5 biji cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
Santan secukupnya
Garam
Asam keping
Cara cara:
Kisar cili padi dan kunyit hidup dengan menggunakan sedikit santan sehingga hancur. Panaskan bahan kisar dengan santan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga hampir mendidih.
Masukkan ikan dan terus kacau sehingga ikan masak dan masukkan garam serta asam keping. Sesuaikan rasa dan boleh lah ditutup api.
Slm K Azie, saya terpanggil hendak memberi comment bila K Azie buka topik environment kerja yg x conducive...Hmm, minggu ni saja saya dgr 3 kenalan saya berhenti kerja. Mmg cabaran kerja sgt berat lbh2 lg utk insan bergelar ibu. Saya byk adopt sifat lelaki di tmpt kerja krn mrk lbh tough & berjaya. Antaranya, belajar menyerap tekanan & juga elakkan berfikir perkara remeh. Saya hrp K Azie success & tenang2 selalu
BalasPadamSaya Salini Dari Kedah ingin tanya puan kenapa butter kek saya berlerai bila dipotong...saya ikut semua bahan dan step puan beri tapi masih tidak berhasil. Tapi rasa kek itu memang sedap cuma berlerai.Pohon bantuan. tq.
BalasPadamSalam
BalasPadamSis nak tanya kenapa ada sesetengah org msk lemak letak bawang ada org x letak ye?
owg n.9 mmg xletak bawang..nak kn sedap dan wangi serai kena lebih
BalasPadamBetul tu.. Klu ade bwg lain sikit rasenye..
PadamMasak mlca ikan mmg x perlu letak serai ke?
BalasPadamBoleh tak tambah accesories mcm kentang or else?
BalasPadamBoleh tambah kentang. Tapi biasanya tambah kentang kalau masak lemak ayam atau daging. Tidak ikan takut kentang menyerap hanyir ikan.
Padam