Roti Kentang Sedap
Saya mula menggemari Roti Kentang sejak menikmati Roti Kentang yang disediakan panas panas di Carrefour Subang Jaya suatu ketika dulu. Boleh dikatakan setiap petang saya akan mengajak hubby ke sana. Selepas dibayar, saya makan roti yang masih panas panas. Hmm sangat sedap.
Resepi ini saya ambik dari blog blogger terkenal, siapa lagi kalau bukan Che Mat Gebu. Saya juga kongsikan sekali resepi kastard yang diambil dari blog izah Daut. Yang bezanya ialah penggunaan telur, tepung gandum dan garam.
Hari ini saya ingin kongsikan sedikit petikan kuliah Ustaz Dr Mohd Shafie, penulis buku Kamu Umat Terbaik. Al Quran adalah sebagai panduan, iaitu cara mengendali kehidupan. Jadi dikongsikan adab sebelum memulakan sesuatu pekerjaan yang elok diamalkan.
Pertama, membaca Bismillaahirrahmaanirrahiim setiap kali sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Idea dan kekuatan untuk membuat sesuatu kerja adalah di luar kawalan kita. Kalau kita buat kerana Allah, pasti Allah akan cover untuk kita. Kedua, membaca istighfar untuk memberi kekuatan hati yang lemah.
Ketiga membaca Laa Hawla Walaa Quwwata Illaa Billahi Aliyil Adziim di kala kita merasa sangat stress dan terasa sesuatu pekerjaan sangat berat untuk kita lakukan. Keempat, minta petunjuk Allah dengan membaca Ihdinassiro Thalmustaqiim. Minta Allah pandu supaya kita membuat keputusan yang betul. Supaya Allah tunjukkan jalan lurus supaya kita membuat benda betul.
Kelima baca kalimah, Bismillahi tawakkal tu Alallaah jika kita merasa ada perkara yang menghalang urusan kerja kita, contoh seperti kesesakan jalanraya yang menyebabkan kita lambat. Jika benda baik, minta dipermudahkan lah. Atau apa apa kerja yang kita rasa bimbang. Jangan rasa bimbang, kerana kita ada Allah. Contoh dalam kisah di mana Rasulullah dengan Abu Bakar bersembunyi di dalam gua dalam surah At tawbah 9:40. Rasulullah bersabda pada Abu Bakar supaya jangan sedih dan bimbang kerana kita ada Allah. Maka Allah turunkan rasa tenang dalam hati Baginda. Keenam, baca kalimah Subhanaka la 'ilma lana 'illa maa 'allamtana 'innaka 'antal-'Alimul Hakim pada tiap tiap kali mula kerja. Kita kena rendah diri dengan Allah. Al Baqarah ayat 30. Para malaikat pun baca ayat ni.
Jangan sesekali keluar rumah dengan meletakkan diri kita pada pangkat yang kita sandang di dunia ini supaya kita tak rasa diri tinggi. Allah suruh keluar di muka bumi sebagai hamba Allah yang merendah diri. Bukan pangkat yang manusia letak. Ketujuh, ucapkan kalimah Alhamdulillah bila ada orang yang tak suka pada kita kerana merekalah orang yang memberi pahala pada kita. Jangan stress dengan orang yang tak suka pada kita. Musuh kita yang akan tunjuk kesalahan kita. Hamba Allah tak perlu pujian dari manusia. Akhir sekali, jangan lupa bacakan selawat ke atas baginda Rasulullah dengan kalimah Allahumma Sholli `ala Muhammadin wa`ala Aali Muhammad sebelum memulakan sesuatu pekerjaan.
Jangan sesekali keluar rumah dengan meletakkan diri kita pada pangkat yang kita sandang di dunia ini supaya kita tak rasa diri tinggi. Allah suruh keluar di muka bumi sebagai hamba Allah yang merendah diri. Bukan pangkat yang manusia letak. Ketujuh, ucapkan kalimah Alhamdulillah bila ada orang yang tak suka pada kita kerana merekalah orang yang memberi pahala pada kita. Jangan stress dengan orang yang tak suka pada kita. Musuh kita yang akan tunjuk kesalahan kita. Hamba Allah tak perlu pujian dari manusia. Akhir sekali, jangan lupa bacakan selawat ke atas baginda Rasulullah dengan kalimah Allahumma Sholli `ala Muhammadin wa`ala Aali Muhammad sebelum memulakan sesuatu pekerjaan.
Sekarang kita tengok resepi dulu. Saya syorkan supaya sediakan Roti Kentang untuk hidangan petang keluarga kita. Sangat sedap dimakan panas panas. Lembut dan gebu....
Roti Kentang Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan Doh:
300 gram tepung roti - hi protein flour
¾ sudu besar susu tepung
50 gram gula kaster
¾ sudu kecil garam
2 sudu kecil yis
½ biji telur - kurang lebih 30 gram
60 gram ubi kentang yg telah dilecek - rebus dulu
135 ml air sejuk dari peti ais
30 gram mentega
Cara cara:
Satukan semua bahan bahan kering dan kacau rata. Satu dan dikacau rata telur dan kentang lenyek dan masukkan ke dalam tepung. Putar perlahan lahan sambil dimasukkan air dan mentega. Putar rata sehingga menjadi doh yang licin, lembut dan kenyal.
Perap doh dengan ditutup dengan plastik sehingga naik 2 kali ganda. Setelah naik, tumbuk doh untuk mengeluarkan udara di dalamnya. Lapkan tangan dengan sedikit minyak. Bulat bulatkan menjadi bebola saiz 56-57 gram. Susun ke dalam loyang saiz 10"x10" yang telah digris.
Tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. Sementara itu, bolehlah sediakan adunan kastard dan setelah suam, bolehlah dipaip cream castard di tengah tengah roti mengikut kreativiti masing masing.
Nota:
Buat 1 ½ adunan untuk mendapatkan 16 biji buku roti.
Bahan Kastard 1
¾ cawan susu segar
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula halus
1 sudu kecil mentega
½ sudu kecil esen vanilla
Cara cara:
Satukan gula dan tepung kastard. Kemudian masukkan susu sedikit sedikit sambil dikacau dengan whisk supaya tidak berketul hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
Isikan cream custard dalam beg plastik yang baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti.
Buat sehingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang.
Bahan Kastard 2
1 sudu besar tepung kastard atau tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
2 biji kuning telur - kacau sedikit
1 cawan susu segar
Secubit garam
4 sudu besar gula
1 sudu besar mentega
Bancuh tepung, gula, garam dan tuang susu sedikit sedikit sambil kacau agar tidak berketul. Masukkan telur dan kacau lagi.
Masak diatas api sederhana sehingga pekat. Sentiasa kacau agar tidak berketul. Apabila sudah pekat angkat dan masukkan mentega dan dikacau sebati. Sejukkan dulu sebelum dimasukkan ke dalam piping bag dan digunting hujungnya. Sedia untuk dipaip atas roti mengikut kreativiti masing masing.
bestnye roti kentang ni...sy pon suke teringat masa kecik (takde la kecik sgt, ada 10 tahun lepas) ayah belikan dari giant kat plentong rasenya....tp nak buat sendiri tak pandaiiii :D
BalasPadamKalau tak ada susu tepung, boleh ganti dengan apa ya?
BalasPadam