Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Realiti Kehidupan





Hari ini memang saya berada dalam mood kesedihan dek beberapa perkara. Kesedihan memberi ruang untuk saya melakukan muhasabah diri. Kata kata yang selalu Nana ucapkan kadang kadang menyedarkan saya untuk mengubah haluan dan kembali melangkah ke jalan yang betul. Nana selalu mengingatkan saya dengan kata kata, kita ni orang biasa, Mama. Buat apa nak ikut orang lain. Hmm memang kami orang biasa yang bermula dari bawah. Berasal dari kampung, hanya dibekalkan oleh ibubapa kami dengan pelajaran. Tiada harta atau wang ringgit, hanya sokongan dan kasih sayang. Dengan sekeping ijazah di genggaman, saya menjalani kehidupan di ibukota dengan penuh kepayahan. Hanya cita cita tinggi untuk mengubah kehidupan yang membuatkan saya sentiasa berusaha keras supaya anak anak tidak merasai kepayahan yang telah dilalui. Demi anak anak, kami akan cuba memberi yang terbaik. Alhamdulillah walaupun tidak mampu memberi kehidupan mewah namun mereka dapat menikmati hidup selesa dan seadanya seperti anak anak orang lain. 

Yang pasti, saya selesa menjadi orang biasa kerana ianya lebih mendekatkan saya dengan Illahi. Kadang kadang saya berbicara sendirian, nasib baik saya tidak jadi seperti si polan si polan kerana jika saya berada di tempatnya, mungkin saya tidak berada di tahap sekarang. Sesungguhnya Allah menguji manusia dengan 2 jenis ujian iaitu kesusahan dan kesenangan. Kebiasaannya ujian kesusahan akan lebih mendekatkan diri manusia dengan si Penciptanya. Pasti ada hikmahnya bila Allah memberikan kita dengan kekurangan kerana pasti ada bersamanya satu kekuatan yang lain. 

Nana juga selalu memberitahu yang beliau mahu berkawan dengan orang yang tidak banyak karenah dan boleh menerima kami seadanya. Inilah keputusan terhebat yang telah Nana  ambil. Inilah pengorbanan besar yang telah Nana lakukan demi mempertahankan keluarganya sendiri. Secara jujur saya menangis tat kala menulis ini kerana saya tidak mampu berpandangan sejauh dia. Itulah Nana yang bercita cita dan bercitarasa tinggi tapi pada masa yang sama melangkah dengan penuh kerendahan diri. 



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

7 ulasan for "Realiti Kehidupan"

  1. salam kak azie... tersentuh saya baca nukilan akak kali ni..
    Insyaallah ada yg lebih baik menanti utk kita. sabar yer kak.
    *teringin nak kenal akak dgn lebih dekat. kagum sgt dgn kak azie.
    saya pun org kelate.

    BalasPadam
  2. Azie...kenapa ada link yg lain kat blog ni? memang saja letak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ita link lain apa ya. Bole email tak. Nak tahu juga

      Padam
  3. betul tu...kadang2 kata2 orang yang muda contohnya anak memberi sedar dlm diri kita.

    BalasPadam
  4. Betul tu kak azie..ujian kesusahan lebih mendidik kita menjadi hamba Nya yg lebih redho dan ikhlas menerima qada' & qadar. Tapi kalau ujian kesenangan, kita mudah lupa diri dan asal usul hingga mengabaikan tanggungjawab sebagai hambaNya. Wallahualam.

    BalasPadam
  5. sedih saya baca k.zie punya post kali ni... sabarlah yer ....

    BalasPadam
  6. Terbaik..saya suka posting ni...kadangkala .kita perlu luahkan kata hati di medan ini..supaya mereka di luar lebih memahami dan mungkin mengambil ini sebagai teladan....Apa ada kehidupan ini jika kita tidak pernah mengenal nikmat Bersyukur......

    BalasPadam