Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kerabu Jantung Pisang Sedap Diratah Begitu Sahaja


Kerabu Jantung Pisang Sedap Diratah Begitu Sahaja

Hari ini saya ingin selitkan satu perkongsian menarik sebagai peringatan diri saya yang bak istilah geng whatsApp rakan universiti, ialah masih menpunyai CPU masih baik. Dengan kata lain, saya boleh mengingati apa apa yang berlaku di masa lampau dengan kata kata dan visual yang jelas. Dari youtube Ustaz Idris Sulaiman dikatakan bahawa perbuatan mengingati masa silam adalah sifat orang kafir yang menganggap dunia adalah syurga untuk berseronok. Perbuatan menyambut hari lahir dan juga penubuhan ALUMNI juga adalah antara contoh dari perbuatan mengingati masa silam. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana apa dia masa silam kita? Masa kanak kanak, atau masa remaja atau masa muda yang penuh dengan main main dan berseronok serta leka. Ini zaman jahiliah dalam hidup seseorang. Hidup tanpa ilmu, hidup dengan maksiat. 

Sifat seorang Islam ialah harus memikirkan masa depan, apa yang menunggu di hadapan iaitu kehidupan selepas kematian. Antara ciri ciri orang yang mengenang masa silam ialah orang yang suka melihat gambar gambar dan menyimpan album. Pastinya album menyimpan gambar lama, bukan gambar masa depan. Dikatakan mereka yang suka melihat album boleh membawa sakit jiwa kerana melihat keadaan dahulu yang cantik, hensem, muda tapi sekarang melihat diri yang telah tua, telah sakit sakit dan tak lama lagi akan mati dsb. Sifat orang beriman ialah berlaku perubahan dalam hidupnya dari hidup jahil kepada berilmu, dari maksiat kepada banyak membuat ketaatan dsb. 




Kerabu Jantung Pisang Sedap Diratah Begitu Sahaja

Youtube Ustaz Idris di atas sangat berkait dengan diri saya. Saya mengingati masa silam umpama menonton tayangan video. Semua masih segar di ingatan seolah baru semalam terjadi. Selepas beberapa hari meletakkan entri ini di SINI, saya mengalami peristiwa yang tak disangka sangka. Saya terlelap semasa mendengar kuliah Jumaat, bila terjaga di dapati icon whatsApp dalam hp yang dipegang telah hilang. Saya panik mencari cari tapi tidak di temui. Saya terpaksa instal semula dan setelah ianya berfungsi didapati semua chatting history serta media telah hilang. Innalillahi wainnaa ilaihirojiuun. Mungkin Allah ingin membuang segala kesakitan dan keperitan yang hadir bersamanya. Kini "Dia" telah hilang buat selamanya. Ia juga seolah memberi titik tolak dan kehidupan baru buat saya untuk tidak lagi mengenang masa silam. Apa yang lepas, biarkan berlalu. Saya berazam untuk berubah dan delete masa silam yang menyakitkan dengan hanya memikirkan masa sekarang dan masa hadapan. Mudahan mudahan. Sekarang kita masuk bab masakan pula.

Sekarang ini saya hanya sempat memasak di hari cuti atau hujung minggu sahaja. Entah kenapa terasa masa yang bergerak pantas. Setiap hari balik kerja pada waktu yang sama setiap hari tapi masa yang ada untuk memasak sangat singkat. Baru tiba di rumah, sudah hampir masuk waktu Maghrib. 

Sempena cuti hari Thaipusam baru baru ini, saya memasak Masak Lemak Tenggiri bersama Perai dan Belimbing Buluh yang diberi Kak Yan. Sambil menyelongkar peti ais, terpandang ada sebiji lagi jantung pisang yang belum dimasak. Juga yang diberi Kak Yan beberapa minggu sebelumnya. Dibalut dalam surat khabar dan simpan dalam peri ais. Masih elok. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Kerabu jantung pusang ini sedap dimakan begitu sahaja. Ratah ratah jer. Boleh klik di SINI untuk kerabu jantung pisang yang saya sediakan sebelum ini. 



Kerabu Jantung Pisang Sedap Diratah Begitu Sahaja

Kerabu Jantung Pisang

Bahan bahan:
1 ketul jantung pisang
1 ekor ikan kembung - rebus & ambil isi
1 biji cili merah - hiris
4 biji cili padi - hiris
1 cawan santan pekat
1 biji bawang besar - hiris dan tumbuk
Segenggam kelapa goreng
Garam
Gula
Asam perahan limau nipis

Cara cara:
Jantung pisang yang dikopek kulit luar di belah empat dan celur dalam air mendidih bersama 1 keping asam sehingga lembut. Angkat dan di tos sebelum dihiris nipis. Masukkan ke dalam kuali. 



Kerabu Jantung Pisang Sedap Diratah Begitu Sahaja

Kerabu Jantung Pisang Sedap Diratah Begitu Sahaja

Tumbuk bawang besar dan masukkan isi ikan. Tumbuk lagi. Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali. 



Kerabu Jantung Pisang Sedap Diratah Begitu Sahaja

Masukkan juga cili merah dan cili padi yang dihiris, garam, gula serta kelapa goreng ke dalam kuali. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan kacau rata. Panaskan kuali di atas dapur dan masukkan air limau nipis. 



Kerabu Jantung Pisang Sedap Diratah Begitu Sahaja


Masak sehingga santan kering. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan. 



Kerabu Jantung Pisang Sedap Diratah Begitu Sahaja

Nota:
Boleh juga jika tidak mahu dimasakkan santan tapi kena simpan di dalam peti ais untuk mengelakkan cepat basi. 



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

7 ulasan for "Kerabu Jantung Pisang Sedap Diratah Begitu Sahaja"

  1. salam hari minggu utk Azie, sedap nya tengok jantung pisang tu, nampaknya nak kena cari jantung jugak lepas ni Azie akak pun suka meratahh kalau buat kerabu

    BalasPadam
  2. AllahuAkbar! Membaca kisah K Azie sama spt kisah sy bru2 ni yg hilang icon WA di tablet. Mulanya saya sedih juga tp slps tu saya ok saja. Surprisingly slps kejadian tu saya jd hilang minat nk berlama2 melayan group chatting di WA. Sblknya, saya lbh fokus bekerja & lbh sabar melayan anak2. Mungkin Allah nk ingatkan saya spy jgn terleka. Semua yg berlaku ada hikmahnya. Peace!

    BalasPadam
  3. Salam kak Azie...nak tanya kak, apa tujuan bubuh asam keping waktu merbus jantung pisang tu?

    BalasPadam
  4. oh. sedapnya. dh lama mak x buat ni hah. :)

    BalasPadam