Biskut Cornflakes Rangup
Petang semalam saya dikejutkan dengan mesej bahawa blog saya di block kerana "offending code" yang dikatakan melanggar terms and service. Saya panik juga kerana memikirkan saya perlu mencari satu persatu add on widget yang telah saya letakkan dalam blog termasuklah advertisement. Saya sangat terharu kerana ramai pembaca blog memberi sokongan dan mendoakan agar urusan saya dipermudahkan. Update yang dibuat dalam facebook Azie Kitchen mencatatkan capaian lebih dari 5000 viewer. Alhamdulillah pagi ini blog saya telah dibuka semula untuk tatapan umum. Ianya adalah berkat doa dan sokongan dari semua. Saya menganggap ianya sebagai ujian untuk memberi lebih peringatan kepada saya. Umpama hidup kita juga yang tidak lepas diuji dari masa ke semasa.
Hari ini saya ingin kongsikan sedikit topik menarik dari majalah Solusi yang telah lama bermain di minda. Tajuknya ialah mengapa diharap pahala amalan orang lain. Ya sementara kita masih bernafas dan masih diberi peluang untuk beramal, mengapa kita tidak mengambil kesempatan tersebut. Kerana kita tidak pasti jika pahala yang dibuat orang hidup sampai kepada si mati. Yang lebih penting adalah amalan diri sendiri, bukan amalan yang dihadiahkan oleh orang lain. Sebagai contoh, membaca Al Quran ketika masih hidup adalah amalan kita sendiri. Sebaliknya bacaan Al Quran oleh orang lain selepas kita meninggal adalah amalan orang lain.
Jadi bacalah Al Quran semasa hidup, jangan sekadar mengharap sedekah pahala bacaan Al Quran daripada orang hidup kepada kita yang berada di alam kubur. Semasa hidup, kita dapat memperbetulkan niat agar lebih ikhlas kerana Allah. Namun kita tidak mengetahui niat orang yang membacakan Al Quran untuk kita. Boleh jadi niatnya kerana Allah atau mungkin tidak. Jika tidak, ianya adalah amalan yang tidak berpahala. Ketika hidup kita boleh melakukannya secara istiqamah dalam bacaan Al Quran. Sebaliknya jika mengharapkan orang lain, berapa lama mereka akan berterusan membaca Al Quran untuk kita?
Begitu juga dalam bab bersedekah, di mana kita hendaklah bersedekah semasa hidup. Bukan mengharap pahala sedekah dari anak anak. Secara kesimpulannya, lakukanlah amalan untuk diri sendiri sementara masih diberi peluang hidup di dunia. Kerana hanya dunia sahaja tempat untuk melakukan amalan ibadah. Manakala di akhirat pula adalah tempat untuk menerima pembalasan. Semoga perkongsian ini dapat memberi manafaat kepada kita semua.
Jom layan resepi biskut mudah untuk hidangan petang atau sebagai kudapan semasa menonton dsb. Jom layan....

Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
250 gram mentega
180 gram gula kaster
2 sudu kecil esen vanilla
2 biji kuning telur
180 gram Nestle Cornflakes - ramas kasar
50 gram badam cincang
Bahan Ayak:
210 gram tepung jagung
150 gram tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik

Cara cara:
Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan esen. Kacau sebati.
Masukkan cornflakes, badam serta bahan ayak. Kaup balikkan.
Ambik sesudu adunan, bulatkan dan atas dulang pembakar yang telah dilenser mentega.
Bakar pada suhu 180C selama 25 minit sehingga berwarna keemasan.

Wah... bila la nak start buat biskut/kek ni... Mcmana Kak Azie ada byk masa nak masak then blogging? So jealous!
BalasPadamkesian corn flakes dlm peti ais sy xde org entertain...nak buat sekut cm ni la..thanks kak azie..
BalasPadamMcm dua hari juga sy x dpt buka blog akak...sy panik...hihihi..sbb setiap hari sy buka nk tgk resepi...n skrg sy happy dh bolh baca blog akak
BalasPadamBlog ni dah jadi macam rumah ke dua. Bila tak dapat masuk rasa panik sekejap. Takpe, insyaallah setiap ujian ada hikmahnya.
BalasPadamsalam kak azie.... tekejut saya dgr blog akak kena blog.. abis la saya takda guidance nak masak sedap sedap kalau blog akak blocked.. alhamdulillah kami sentiasa doakan blog ini sentiasa aktif dan kakak dipanjangkan umur dan diberi ilham oleh Allah utk sentiasa kongsi resipi yg cukup mudah diikuti dan rasanya langsung tak lari kerna dari blog akak la saya masaka rendang daging dan trus menjadi . thanks to you sis.
BalasPadamAssalamualaikum kak Azie terima kasih krn berkongsi resepi.
BalasPadamTq sis sy try resepini ye
BalasPadamHye kak azie...thanks 4 the recipes..akk one of my fev blogger bila sy referred utk cari resepi yg simple tp sedap..kipidap!!!
BalasPadamHye kak..sgt seronon bile google resipi msti akn kluar blog akk..yq so much..tp kn kak sy nk tnye..sy br try resipi biakut cornflakes yg ni...adunan bile letak atas dulang dijadi membesar(mencair)..camne ye kak
BalasPadamI tried this recipe and it was so good! I actually was looking for one that's most similar to my former neighbour's and I guess adding more butter and less flour did the magic. Thanks a lot, Kak Azie. Magical, really
BalasPadamsalam kak azie..kalau sy tukar tepung gandum ke tepung ros bole tak?
BalasPadamWslm. Tak pasti sebab saya tak pernah buat begitu. Boleh lah cuba
Padammacam sedap.. nak try lah cuti ni.. tq kak azie. resepi akak seme sedap2!
BalasPadamSaya dah cuba resepi tapi tak tahu kat mana silap. Biskut saya jadi kembang dan keras. Betul ke guna kastor..atau kena guna icing sugar? Maaf saya yg kurang arif.
BalasPadamsama lah kita
PadamJangan bentukkan besar sgt sbb nanti dia akan kembang lg masa bakar.
PadamDah cuba best sedap
BalasPadammemang minat sngt dgn akak, resepi semua menjadi, terima kasih kak azie ❤️
BalasPadamSy pun selalu cr blog kak azie..semua resepi mudah dan menjadi sy buat..sbb sy tk pandai masak..
BalasPadamSy tgh try...sekali termasuk kan 2 biji telur sekaligus...hahahaa..nebess tunggu biskut siap...😅
BalasPadamDah try...berjaya..sedap! tq Azie kitchen
BalasPadamKlu x pukul kembang butter dgn gula..juz kacau sebati je bleh tak k.azie..
BalasPadamI used to do this every chinese new year. My family and friends said very crispy and nice. Thanks Azie. 😁
BalasPadam