Daging Rusa Goreng Garam Kunyit
Hari ini saya ingin kongsikan sedikit petikan dari Kuliah Maghrib Ustaz Zaid Hamzah yang memang agak sukar kerana beliau hanya datang pada minggu kelima sahaja. Tajuknya ialah bagaimana untuk mencintai Rasulullah. Kerana orang yang mencintai Rasulullah sahaja yang akan dicintai Allah dan seterusnya Allah akan mengampunkan dosa dosa. Caranya ialah dengan menjadi seorang mukmin professional. Apa makna mukmin? Ianya adalah merujuk kepada orang yang baik. Manakala bila disebut professional pula adalah bermakna orang yang cerdik. Hari ini ramai yang baik tapi tak cerdik, ada pula cerdik tapi tak baik dan paling teruk tak baik dan tak cerdik. Manakala yang terbaik adalah baik hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia, iaitu baik dan cerdik. Kita mesti kasih pada Rasulullah lebih dari ibubapa atau keluarga, barulah sempurna iman kita. Syarat mencinta Allah ialah mencintai Rasulullah. Rasul adalah role model. Ali Imran ayat 31.
Bila kita cinta pada Rasul, Allah cintakan kita dan Allah hapuskan dosa dosa kita. Orang bercinta akan selalu ingat orang yang kita cintai. Kalau tak ingat, bukan cinta namanya. Jika ini yang berlaku, kita perlukan penjenamaan semula. Matlamat kita mesti jelas iaitu untuk menjadi mukmin profesional. Al Quran menyebut kita pasti dihina kecuali orang yang menjadi hamba Allah yang baik dan orang yang baik hubungan dengan manusia. Marilah sama sama membuat perubahan agar kita dapat menjadi mukmin yang baik dan profesional. Rasulullah bukan sahaja idola yang dipuja tapi adalah role model. Role model maknanya kita mesti ikut apa contoh yang dibuat Rasulullah. Telah ada pada Rasulullah, contoh tauladan. Terdapat 3 sebab mengapa orang tidak dapat mengikut Rasulullah sebagai contoh. Pertama kerana mereka tidak benar benar beriman kepada Allah. Kedua mereka tidak beriman pada hari akhirat. Mereka tidak yakin dengan hari kiamat. Manakala sebab terakhir ialah mereka tidak berterusan mengingati Allah. Allah menegas dalam Al Quran bahawa dengan zikir mengingat Allah, hati akan tenang. Caranya ialah ingat Allah dalam keadaan duduk berdiri tidur dsb. Orang kalau ingat Allah tak akan mencuri masa dalam bekerja. Tak akan melakukan perbuatan rasuah dsb.
Ustaz menyarankan supaya kita menjelajah mukabumi seperti yang Allah firmankan untuk kita melihat akibat dari perbuatan orang yang yang menderhaka kepada Allah. Kata ustaz bukan hanya perlu ke Mekah dan Madinah sahaja setiap tahun. Terdapat pelbagai cara berzikir iaitu dalam ucapan, hati dan dengan tindakan dan perbuatan.
Rasulullah ialah seorang model mukmin profesional dalam perniagaan, kepimpinan, peperangan dan dakwah. Sehingga orang kafir meletakkan Rasulullah di tempat pertama dalam senarai orang yang terhebat. Rasul pakar strategi perang. Contoh dalam perang Uhud. Sebelum perang, baginda melakukan survey dulu. Baginda menawan Bukit Uhud untuk memudahkan melihat musuh yang datang. Dalam Perang Badar, baginda menawan kawasan yang mempunyai lopak air kerana air sangat penting. Dalam konteks dakwah, bagaimana bijaksana Rasulullah seperti dalam perjanjian Hudaibiah. Contoh bila mana Abu Jahal menetapkan syara yang mana mana orang Mekah yang masuk ke Madinah mesti dipulangkan dan orang Madinah yang masuk ke Mekah tak boleh balik semula ke Madinah. Sedang ramai sahabat merasakan ianya adalah syarat yang tidak adil tapi Rasulullah bersetuju dengan syarat tersebut kerana baginda sangat bijaksana. Baginda menerangkan bahawa orang Mekah yang masuk ke Madinah akan diislamkan dan dihantar balik ke Mekah untuk mereka mengislamkan pula keluarga mereka di Mekah. Orang Madinah yang memang Islam di Mekah, biarkan terus berada di Mekah untuk mengembangkan Islam di sana. Tujuan Abu Jahal membuat syarat tidak adil itu adalah untuk membuat Rasulullah marah tapi sebaliknya yang berlaku. Sesungguhnya kepimpinan Rasulullah adalah sangat ideal. Menjadi mukmin profesional adalah perintah Allah.
Manusia yang cemerlang. Kena berfikir di luar kotak. Kotak itu adalah dunia. Ertinya kita kena berfikir dari dunia sehingga akhirat. Cemerlang dalam Islam adalah mesti bersepadu. Di dunia kita mahu mendapat kemudahan dan kesenangan dan seterusnya tenang dan bahagia.
Di akhirat kita mahu mendapat keredhaan Allah dan syurga. Jangan beria ia cari duit tapi tak sempat guna duit. Tak sempat menikmati duit. Ada kereta besar tapi naik motor kapcai ke masjid. Itu namanya kufur nikmat. Dunia tempat tanaman dan di akhirat tempat tuaian. Kalau di dunia tak tanam, apa yang nak dituai di akhirat kelak. Allah nak kita cari akhirat tapi tak lupa keperluan kita di dunia. Cari dunia untuk akhirat. Kalau mampu bina istana, bina lah.
Zuhud bukan maknanya mesti hidup miskin. Zuhud terletak pada hati. Ertinya tidak tercalar hati dengan apa yang berlaku dalam kehidupan. Cth, kalau hilang barang, tak apalah. Tak ada terkesan di hati seperti rasa sedih dan marah atas apa yang berlaku. Kenapa perlu cemerlang di dunia? Mesti cemerlang kerana hidup di dunia sekali sahaja. Alangkah malangnya jika kita tidak menikmati hidup di dunia ini. Ciri ciri individu cemerlang ialah yang mantap imamnya. Punya kewibawaan dan harga diri yang tinggi. Misi hidup yang tepat dan jelas. Formula Kecemerlangan dunia dan akhirat ialah memiliki misi dan visi hidup yang tepat dan jelas. Apa visinya? Iaitu mahukan syurga. Kedua membangunkan potensi diri ke tahap maksimum. Allah tak terima kerja kita jika tak cekap. Gaji kita dapat tapi pahala tak dapat. Akhir sekali memberi kebaikan pada orang lain yang dikatakan amal soleh. Allah akan beri syurga pada orang yang beramal soleh. Amal soleh ialah apa apa yang memberi manafaat. Cukuplah dulu setakat ini. Jom tengok resepi.
Daging Rusa Goreng Garam Kunyit
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Daging rusa\- lumur garam dan kunyit
Bawang besar - mayang
2 biji cili merah - hiris
Halia - hiris
Minyak untuk menggoreng
Daun bawang - hiasan
Cara cara:
Lumurkan garam dan serbuk kunyit pada daging. Masak sehingga daging empuk dengan sedikit air. Saya guna pressure cooker.
Setelah air kering, masukkan minyak dan digoreng sambil dikacau rata. Akhir sekali, masukkan halia, bawang besar dan cili merah yang dihiris. Kacau rata. Bolehlah ditutup api.
Tabur daun bawang sebelum dihidangkan.
perkongsian kuliah yg sangat terkesan di hati sy puan esp perenggan akhir..
BalasPadamrusa..lama dah xmakan..kalo g sarawak suka cari sup payau..
lama tak makan daging rusa....
BalasPadamtq for sharing ye Azie... saya tertarik dengan ' zuhud tidak semestinya hidup miskin '.... alhamdulillah, dapat lagi ilmu.
terima kasih kerana berkongi ilmu....syukur
BalasPadam