Daging Masak Merah Ala Thai Yang Sedap
Semalam ada kuliah bulanan Ustaz Abdullah Lutfi Al Fathani yang memang sentiasa saya nanti nantikan. Apa yang sangat merisaukan saya ialah berkenaan syirik tersembunyi. Malam sebelumnya Kuliah Ustaz Fauza juga menyentuh berkenaan syirik terkecil. Di mana Nabi Muhamad SAW memberitahu sahabat yang baginda paling takut akan berlaku pada kamu ialah penyakit syirik terkecil, iaitu syirik yang tersembunyi. Iaitu bila mana Allah tidak diletakkan sebagai matlamat.
Contoh, bila dapat gaji, kita akan mengatakan hasil usaha aku, maka aku dapat gaji lebih bulan ini. Atau kerana makan panadol, demam aku telah baik. Satu lagi ialah bila kita riak, juga termasuk dalam penyakit hati. Kita kena tahu penyakit hati mazmumah yang ada pada kita. Sangat merbahaya penyakit riak ini kerana Allah akan menyuruh orang yang riak dalam beramal supaya berambus pada orang seperti ini di akhirat kelak. Allah berfirman yang Aku hias orang ini dengan amalan dia, sedangkan dia adalah musuh Aku. Pergilah cari pada orang yang kamu mahu tunjukkan amalan kamu dulu semasa di dunia dulu. Apakah dia boleh bagi kebaikan kepada kamu? Jadi kenapa buat sesuatu kerana orang dan bukan kerana Allah.

Tiada orang yang boleh mengatakan dia ikhlas kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui hati seseorang. Allah lah yang menjaga hati. Ikhlas ialah bersih hati dari sebarang matlamat selain keredhaan Allah. Barang siapa lari dari riak adalah orang yang riak. Kita tetap dapat pahala asal hati tidak terusik dengan pujian, sebaliknya pulangkan kepada Allah kerana Allah sahaja yang layak dipuji. Berbalik kepada syirik tersembunyi, Ustaz Abdullah menghuraikan Surah Az Zumar ayat 53, berkenaan Allah yang Maha Pengampun dan Allah mengampunkan segala dosa kecuali dosa syirik.
Surah An Nisa ayat 48 menyebut bahawa kita hanya memohon pertolongan Allah, jangan cari pertolongan selain dariNya. Allah akan mengampunkan semua dosa pada orang yang Allah kehendaki, kecuali dosa syirik. Yang paling menakutkan ialah apabila orang yang syirik telah sedar dan bertaubat, semua pahala dahulu terhapus dan dikira semula dari mula ianya insaf dan bertaubat. Berbeza dengan kes orang yang membuat dosa besar dan bertaubat, di mana pahala lalu masih ada.
Cukup setakat ini dahulu, semoga ianya dapat menjadi peringatan kepada kita semua supaya meletakkan apa sahaja pada Allah. Sesungguhnya Allah lah yang Memiliki segalanya dan Allah lah yang Memberi rezeki kepada kita dan semua makhluk lain. Bayangkan betapa Allah memberi rezeki pada berapa ramai orang yang mendapat rezeki dalam satu masa, manusia, burung burung, ikan di lautan, tumbuhan dll. Semuanya menikmati rezeki dari Allah. Haa kita sekarang masuk pula sedikit bab masakan.
Syukur Alhamdulillah kerana rupanya masih ada lagi sisa daging qorban yang tersimpan di dalam freezer. Bila saya merebusnya, nampak dagingnya sangat lembuk dan senang dihiris. Fikir saya, ianya mungkin daging lembut seolah daging batang pinang. Saya pun terus menambahkan sedikit pewarna merah ke dalam air rebusan untuk dijadikan Daging Masak Merah. Lagi pulak, bahan bahannya sangat ringkas dan memasaknya sangat mudah dan pasti rasanya sangat sangat sedap. Haaa apa lagi, jom layan resepi di bawah ini. Kalau pesan di restoran, pasti sepinggan RM15 sedangkan dagingnya sangat sedikit sahaja.

Daging Masak Merah Ala Thai
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
1/2 kg daging lembu - rebus empuk dg pewarna merah
2 ulas bawang putih - ketuk
1 labu bawang besar - hiris
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan thai
1/4 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Kacang panjang - jika suka
Daun sup/daun bawang
1 biji cili capsicum
1 cili merah
Cara-cara:
Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk. Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga kuning sedikit. Ketepikan.
Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili giling. Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan pula daging tadi, cili capsicum, bawang besar serta cili merah yang di hiris dan kacau. Perasakan dengan garam dan gula. Tabur daun sup di atas dan hidangkan dengan nasi putih.
Nota:
Kalau inginkan lebih kuah, masukkan sedikit air dan sos tomato.
asssalamualaikum azie, baru tau daging merah thai letak pewarna merah, boleh copy resepi ni nanti.
BalasPadamWslm. Silakan Kak Noor
PadamSalam. Akk , nk tnye bleh ?? Cili capsicum tu mcm mne??? (Bru nk blja)
PadamCili yang bulat besar. Ads warna merah hijau dsn kuning. Tengok dalam gambar. Saya guna warna hijau
Padamsedapnyaa...inilah makanan paling best semasa belajar dulu..daging masak merah bersama nasi putih..
BalasPadamMemang best. Buat basah basah sikit
PadamSame la. Cm sy. Time blaja ske sgt daging merah
PadamYa Allah..sedapnya!! sy suka masak guna resipi dari blog akak..memang menjadi dan lazat!..tq kak for sharing this~hehe..nak buat la yg ni nnti~
BalasPadamSama sama Emma
PadamAssalam kak.Saya peminat setia blog akak,cuma x pernah bg comment je.Saya suka blog akak,bukan je resepi,tp tazkirah yg akak kongsikan.Byk resepi akak yg saya copy,semunye menjadi,tq kak...
BalasPadamKite geng π
PadamSalam kak azie ni guna pewarna merah yg mcm guna utk kek tu ye? Nampak sedap nak try petang ni la..saya tk pernah miss try recipe2 dari blog akak ni...semua sedap2...��
BalasPadamNur
Guna jer apa apa pewarna. Saya guna yg buat kek atau buat pulut merah makan dg lompat tikam
Padamsedapnyaa. memang kegemaran saya daging masak merah ni. sy selalu memasak dgn mencuba resepi dri blog kak azie. smuanya sedap dan menjadi. terima kasih kak. :)
BalasPadamTq for the tazkirah & recipe. Ingat nak buat utk dinner mlm nnt, insyaAllah
BalasPadamakak thanks sgt besh resepi resepi akak ni.. thank u sgt sgt.. saya takde org nak ajar masak, sebab mak dah takde.. saya blaja dri blog akak je.. thanks kak...
BalasPadamTq kak,atas perkongsian Ilmu Tazkirah dan resepi yang best ni...
BalasPadamBaru tahu daging masak merah kat kedai tu letak pewarna, patutlah cantik je warna dia..
First time nk cuba resepi2 puan
BalasPadamThank you sis Azie...saya mmg byk gunakan resepi dr blog sis Azie..anak2 saya gemar daging masak merah ni...n utk berbuka ni dua resepi jadi rujukan saya donat gebu n daging masak merah.
BalasPadamThanks for the resepi feveret suami nii then first time msak ntuk suami kelmarin alhamdulillah suami suka sngat2 and sruh msak lg lepas nii .. thanks sngat2
BalasPadamsalam kak azie..
BalasPadamsaya dah cuba beberapa resepi akak dan semuanya sedap2 belaka.
nak mencuba menu ini pula untuk juadah berbuka puasa.
tq kak azie..website akk sngt membantu untuk pengantin2 baru yang baru nk belajar memasak seperti saya. he he
saida
Ada tak sos ikan buatan Muslim Malaysia?
BalasPadamTerbaik..saya yang tak khwin lgi pon sll try masak ikut resepi akak .. Ringkas!
BalasPadamRaya haji dah tiba.. Nk mkn dging mask merah.. Kne try nie resepi sis azie.. Tq.. Hihi..
BalasPadamTerima ksih tuk resepi ni . Sdap sangat .. Selere tkak org mngidam kne cite rase . Hehe..
BalasPadamSguh lazat n enak tq kak zie
BalasPadamMohon share resepi utk dinner.. hehheeeee.. takdak sos ikan,, moga jadi :) heheheh
BalasPadamtq kak azie
minta maaf dh cuba resepi ni bnyk kali
BalasPadamminta halalkan yer
izinkan sy cuba resepi yg lain jugak
memang sedap dn menyelerakan...
Salam kak...terima ksh resepi... :-) cuma saya rs ada sikit kesalahan dlm tazkirah akk...bab dosa besar..akk ckp dosa terdahulu masih ada...saya rs akak nak tulis pahala terdahulu msh ada..cuma tkt nnt org confuse sj..tq ak
BalasPadamWslm. Terima kasih atas teguran.
PadamHari ni sy nak masak resipi ni.. harap2 menjadi..tq for sharing kak azie
BalasPadamAssalamualaikum. Kak azie klu sya gnti pewrna merah tu dgn sirap perwrna merah ok x?? Atau akn ada effect mcm manis dekat daging tu??
BalasPadamPewarna merah tu pakai ap
BalasPadambaru tahu npe daging tu kaler merah.. tq akak atas resipi.. mmg selalu blog akak klu nak cr resipi..
BalasPadamguna sirap boleh ? n klaw x letak sos ikan ,x org je?
BalasPadamSaya guna kan sirap, sbb pewarna tkda, bau Harum tambah pula dgn daun limau purut
Padamnyam.. sedap. feveret anak bujang saya ni.. tq kak azie
BalasPadamkalau kuahnya masukkan sos cili instead of sos tomato sedap tak
BalasPadamresepi akak semua menjadi. tq ya. malam ni nak try this dish.
BalasPadamsedapnya kak zie... blog akak mmg TERBAIK!!!
BalasPadamAzie....Alhamdulillah for your blog. Akak dok check tiap2 hari untuk cari idea/resepi dalam bulan puasa ni. Thank you again
BalasPadamΨ§ΩΨ³ΩΨ§Ω ΨΉΩΩΩΩ ΩΨ±ΨΩ Ψ©Ψ§ΩΩΩ ΩΨ¨Ψ±ΩΨ§ΨͺΩ
BalasPadamTrima kash kak azie.. Sy klu nk msk apa2 blog akk sy cari dl..
terima kasih kak azie.... resepi dari Azie kitchen selalu saya follow sebab semuanya alhamdulillah menjadi...semalam dah buat soto hari ni daging masak merah pulak lah kite :)
BalasPadamterima kasih..terima kasih daun keladi.
BalasPadamKali kedua mencuba resepi ni.. Sedap sgt.. Kali pertama x guna pewarna merah.. Kali kedua ni sy ltk pewarna merah...
BalasPadamSoalan sy...
1. Air rebusan yg dah bertukar warna merah tu bole guna utk masakan lain x? Sayang pulak nk buang..
Harap ada yg sudi jwp atau bg idea
Sekian. TK
Saya mmg tak guna sebab rebus smp air kerinb
PadamWaktu rebus daging ngan pewarna merah, ada letak garam sikit tak?
BalasPadamNak letak pun ok, tak letak pun ok. Tapi kalau bubuh sedikit, daging lebih mesra
PadamTerima kasih. Saya tak bubuh sos ikan
PadamWaktu rebus daging ngan pewarna merah, ada letak garam sikit tak?
BalasPadamSatu lagi, sos ikan tu, boleh cadangkan brand apa yg elok?
BalasPadamKami dah cuba masak ikut resipi tadi. Terbaik! Terima kasih
Rasanya mgu ni nk cuba resepi ni. Anak suka sangat mkn daging masak merah
BalasPadamNk lg sedap..letak budu sesudu besar..akan ada rasa lain keunikan dia
BalasPadamWah nnt boleh cuba ni. Terima kasih
PadamKalau x pakai sos ikan ..dan pewarna..bole ke?
BalasPadamOpsyenal shj sos ikan. Tp klu tk letak pewarna merah, tk lah jd daging masak merah. Hahaha. Tapi boleh jer. Rasa tetap sedap wp tk berwarna merah
PadamHaah la.. Baru tau kena letak pewarna merah. Sblm ni makan nasi daging merah loqstaq, trpikir cili apa dia guna smpi merah gitu.. Hehe. Terima kasih kak.. Slalu follow blog ni.. Best..
BalasPadamSepanjang Ramadhan ni.. kebanyakan menu berbuka semua dr blog kak azie.. hehehe.. jatuh hati dgn blog kak azie sbb setakat ni semua menjadi.. thanks kak.. teruskan share resepi² menarik..
BalasPadamI love all your recipes... Thanks for sharing..
BalasPadamTerima kasih atas resepi.. semoga Allah melimpahkan rezeki dan kebahagiaan buat kak azie
BalasPadamSalam Kak Azie. TQ 4 all the recepies. me and my mum in law always use your recipe 4 homecook. always satisfy n husband likes it too.. Tqvm.. Semoga kak dilimpahkan rezeki.. Amin
BalasPadamSalam sis Azie...Rebus daging sebelum potong ker potong dulu daging tu... Tq sis
BalasPadamWslm. Mana mana pun boleh. Saya hiris dulu baru rebus. Kedai biasanya rebus daging seketul besar dan hiris bila ada order dari pelanggan
PadamDh Cuba,,mmg sedap,, Trima Kasih kak azieππ
BalasPadamSalam kak azie,
BalasPadamSy dah cuba resepi kak ni. Tapi xletak pewarna merah dgn sos ikan. Tp masih sedap sgt2! Thank you very much for the recipe! Suami cakap sedap sgt!
Assalam kak azie,
BalasPadamT.kasih atas perkongsian..
Ana dh byak cuba resepi akk dan alhamdulillah semuanya menjadi dan sedap sgat...kek akk pun ana dh cube byak...mmg akk ni first rujukan ana bab masakkan tauππ..semoga akk dimuragkan rezki dan sentiasa diberkati hidupnye ye..π€π€