Tahniah Hafez
Tahniah buat anakanda Muhamad Hafez atas penganugerahan Diploma di majlis Konvokesyen yang ke81 UiTM Shah Alam pada 25 November seminggu selepas beliau menyambut hari jadi yang ke21. Perjalanan masih panjang kerana Hafez atau dipanggil Boy akan mengikuti pengajian peringkat ijazah pula.
Saya dan Nelly telah memohon cuti tapi sayang kerana Nana tidak dapat bersama meraikan hari gembira ini kerana tidak dapat mengambil cuti. Tiada yang mengembira dan membanggakan bagi ibubapa selain melihat anak anak berjaya dalam pengajian. Dan pastinya juga cemerlang di akhirat. Di zaman yang serba kompetitif ini, anak anak berhadapan dengan pelbagai halangan dan cabaran.
Tahniah dan semoga terus menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Bangga melihat anak di atas stage menerima diploma dari Pro Canselor. Saya rasa semua ibubapa akan berkongsi perasaan yang sama dengan apa yang saya alami hari ini. Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Illahi atas apa jua kurniaanNya.
Tahniah untuk bujang anak akak dan tahniah untuk akak dan abang juga.....
BalasPadamtahnniah buat akak sefamili..juga tahnniah buat boy...semoga mendapat pekerjaan yang terbaik selepas ini..
BalasPadamTAHNIAH!
BalasPadam