Lepat Pisang
Sebelum kita berbicara berkenaan Kuih Lepat Pisang, sudikanlah kiranya pembaca blog Azie Kitchen dan kawan kawan semua sama sama mendoakan semoga anakanda kami, Juita dan semua anak anak yang akan menduduki peperiksaan SPM esok diberikan kemudahan untuk menjawab soalan dengan baik serta perolehi keputusan yang cemerlang. Ameen Ya Rabbal Aalameen. Esok kita semua yang mampu digalakkan berpuasa sunat 10 Muharram dan doa orang yang sedang berpuasa adalah sangat mustajab. Jadi sama sama ambil masa untuk mendoakan anak anak kita ya.
Sekarang sambung bab kuih pula. Satu hari dalam minggu lepas, sebelum keluar makan malam dengan Boy dan Aween, saya keluar menjenguk ke 'kebun pisang' untuk melihat sebatang pokok pisang nangka yang telah berbuah. Bila masuk ke dalam, baru terperasan rupanya ada sepohon lagi yang juga telah mengeluarkan buah. Pohonnya masih rendah, jadi saya boleh mencapai dengan tangan sahaja. Waah hati mula berbunga riang. Dalam hati ada taman, dalam taman ada pokok pisang. Keseronokan terbawa bawa sampai malam sehingga saya memarahi diri saya sendiri kerana merungut melihat ada kesan daun daun pokok pisang saya yang ditebang. Macam mana nak berbuat kebaikan kalau orang ambil daun pisang pun dah merungut. Ish sungguh tak patut bersikap begini...

Setelah menggoogle, barulah perasan yang ada pelbagai versi membuat lepat. Ada yang ditambah tepung beras, ada pulak yang meletakkan santan dsb. Kalau saya, memang suka lepat yang kosong tanpa kelapa pun di dalamnya. Tapi hari ini, saya meletakkan sedikit kelapa parut selepas bersembang dengan sahabat di surau Ad Dhuha bila dia mengatakan sedap diletak inti kelapa parut yang ditaburkan sedikit garam. Sejak itu, mula lah timbul keinginan untuk memyediakannya sendiri kuih lepat pisang. Selama ini, tak terfikir pun untuk membuatnya sendiri kerana beli seketul pun dah cukup untuk saya sebab anak anak memang tak suka kuih muih tradisional seperti ini.
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini...
Lepat Pisang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
13 biji pisang berangan/pisang emas
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut putih
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar gula merah - menaikkan warna
1 sudu kecil garam
Cara cara:
Potong pisang nipis nipis dan lenyek dengan menggunakan garpu sehingga hancur. Jangan terlalu hancur supaya dalam lepat, masih ada rasa ketulan pisang. Masukkan gula, gula merah dan garam. Kacau rata.
Masukkan tepung gandum dan kelapa parut dan gaul hingga sebati.
Potong daun pisang panjang 15cm x 15 cm dan layur atas dapur gas supaya ianya tidak terkoyak semasa dilipat.
Sudukan 2 sudu besar adunan ke atas daun pisang. Letak pula kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Lipat ke kiri dan kanan. Kemudian lipat pula hujungnya ke bawah, angkat tegak dan lipat pula di hujung satu lagi.
Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Susun kuih lepat dalam pengukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
Cucuk bahagian tengah kuih dengan pisau, jika tidak melekat, tandanya ia telah masak. Bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Cucuk bahagian tengah kuih dengan pisau, jika tidak melekat, tandanya ia telah masak. Bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Terima kasih kak azie. Resepi mudah. Saya pun suka lepat kosong. Hehe. Selamat berpuasa =)
BalasPadamVersi baru ni. Boleh saya cuba. Jemput jenggah2 blog saya juga ye. www.kasehmelur.blogspot.com
BalasPadamThanks azie. Nmpk sedap. Ptg ni nk try...
BalasPadamya Allah sedapnya lepat pisang.
BalasPadamthanks sis.. dh try buat.. sgt sedappp!!
BalasPadamTq utk resepi ni..saya suka
BalasPadamassalamualaikum.. nak tanya, resepi ni boleh dapat berapa lepat ya..?
BalasPadamAdunan Azie ni boleh dapar berapa biji lepat pisang?
BalasPadamSaya tak ingat. Buat utk makan sendiri. Jadi tak lah kira brp biji. Lahi pun ia bergantung pada saiz lepat
Padamape maksud layur?
BalasPadamLalukan daun pisang atas api dapur supaya lembut dan tidak mudah koyak. Jika tidak, daun pisang mudah terkoyak ketika kita bungkus kuih.
Padamsis.. klpe tu ltak atas ke letak dlm lepat ?
BalasPadamLetsk atas. Bila gulung masuk ke tengah.
PadamKalau xde daun pisang, ad alternatif lain tak nk balut ngn apa?
BalasPadam-nik
Terima kasih untuk resepi ini puan, sy memang minat lepat pisang....😍
BalasPadamdah try harini! dekat uk ni xde pisang emas. jadi, saya belasah je lah pisang apa pun. turned out to be delicious. boleh buat lagi nanti. saya buat gemuk2, n dapat 13 biji. husband kata sedap n makan 1 dah kenyang.. saya guna 6 pisang besar je.
BalasPadamTerima kasih kak azie for sharing recipe.. Senang je rupanya nak buat lepat pisang.
BalasPadamsedap nya lepat pisang. Lama tak makan.
BalasPadam