Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Donut Gebu dan Lembut


Donut Gebu dan Lembut


Saya ingin kongsikan Petikan dari buku Mengenal Sifat 20 Allah SWT sebagai peringatan untuk diri saya sendiri di saat saya diuji dan ditimpa musibah. Saya mahu berpegang dengan seyakin yakinnya. Kalaulah kita sedar betapa azab di dalam neraka itu kekal abadi selama lamanya, tidaklah kita berkeluh kesah dan rasa menderita dengan kesusahan di dunia yang hanya sementara ini. Sepatutnya azab di neraka yang kekal abadi itu menjadikan kita gerun dan gentar dan berusaha bersungguh sungguh untuk mengelakkan diri dari terjerumus ke dalamnya. 



Donut Gebu dan Lembut


Tidaklah kita merasa satu beban yang berat dengan kesusahan dan ujian di dunia yang tidak kekal ini. Malangnya kesusahan di dunia ini yang sangat dibimbangi hingga sanggup berjuang berhabisan untuk mencari kesenangan dunia yang tidak kekal sehingga melupakan perintah Allah. Sedangkan kesenangan hidup yang dicari tidak seberapa kerana kalau dapat dinikmati, paling lama pun mungkin selama 50 tahun atau 60 tahun atau 70 tahun. Jadi tidak padanlah nikmat dunia yang dirasakan dalam masa yang sangat singkat itu dikejar bersungguh sungguh sedangkan di akhirat akan berhadapan dengan azab yang kekal abadi kerana menderhakai Allah. 



Donut Gebu dan Lembut

Saya menggunakan adunan yang sama dengan penyediaan Pau Goreng di SINI. Sangat gebu donut ini. Bayangkan semasa direhat, ianya naik tinggi seolah kosong sahaja di dalamnya. Walaupun saya suka donut gebu tapi saya lebih suka jika ianya sedikit padat. Hari ini saya guna gula kaster dan sedikit serbuk kayu manis untuk menyalut donut. Hmm memang sedap bau kulit kayu manis ni. Kebelakangan ini saya mula mengamalkan pengambilan madu yang ditabur sedikit serbuk kayu manis kerana dikatakan memberi banyak khasiat kepada kesihatan tubuh badan. Haa cukup setakat ini dulu. Hingga berjumpa lagi di coretan akan datang, jom layan resepinya di bawah ini...



Donut Gebu dan Lembut

Donut Gebu

Bahan-bahan:
250 gram  tepung roti 
250 gram tepung gandum
100 gram gula
11 gram yis kering
2 biji telur
200 ml air
100 gram mentega 
50 gram susu tepung

Cara cara;
Masukkan semua bahan ke dalam mesin penguli dan uli selama 8-10 minit untuk menjadikan doh lembut dan tidak melekat di tangan serta elastik. Tutup doh dengan kain dan biarkan sehingga doh naik dalam ½ jam.

Keluarkan doh, tumbuk dan canai. Kemudian tekap dengan acuan donut. Rehatkan selama 30 minit sehingga doh naik lagi sekali sebelum digoreng.





Goreng donut dalam kuantiti yang sedikit sahaja di dalam satu masa. Goreng sehingga berwarna kekuningan dengan api yang perlahan. Angkat dan tos. 

Bila sejuk, masukkan ke dalam plastik dan letakkan beberapa sudu gula kaster dan serbuk kayu manis. Goncang supaya ianya bersalut rata. 



Donut Gebu dan Lembut


Nota:
Jika ingin disejukbeku, goreng separuh masak terlebih dahulu, sejukkan dan simpan di dalam bekas dan masukkan ke dalam freezer. Jika ingin membuat pau kukus, kukus terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam freezer.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

12 ulasan for "Donut Gebu dan Lembut"

  1. Sedapnyee..dh lama xmkn donut mcm ni..(^_^)

    BalasPadam
  2. Hampir setiap hari saya membaca blog Azie..walaupun saya kurang berminat utk memberi komen tetapi percayalah..saya sentiasa membaca dan insyaAllah akan terus membaca segala pesanan yg dititipkan yg pastinya amat berguna utk mencari kebahagiaan di akhirat nnti..saya harap Azie dpt menyampaikan dakwah ini selagi diberi kesempatan oleh Allah taala..saya juga percaya terdapat ramai silent reader seperti saya..semoga Azie tidak jemu meneruskan usaha murni ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kerana akhirnya terbuka hati Jeni Umi untuk meninggalkan komen di sini. Hanya Allah yg mengetahui betapa saya sangat gembira membaca komen yg Jeni Umi tinggalkan. Semoga kita sama sama meraih masa yg ada dg amalan yg bermanafaat.

      Padam
  3. Salam Azie... rasa nya dari dulu saya ikuti blog ni kalau nak memasak... tapi kali ni bagi komen...

    terima kasih atas resepi donat tapi saya memang tak pandai nak buat.. makan je pandai

    BalasPadam
  4. sedap nyer..sekali ngap jer nih..hihi

    BalasPadam
  5. Sy nak share resepi boleh..sbb anak² suka makan donut terima kasih bahi resepi...

    BalasPadam
  6. Salam kak azie...kalau guna mixer boleh tak?-sal-

    BalasPadam
  7. Salam kak..boleh pakai normal tepung jugak tak? Ada additional apa2 tak if guna tepung biasa?

    BalasPadam