Asyura Utara Di Surau Ad Dhuha
Sambungan dari entri berkenaan projek asyura di SINI di Surau Ad Dhuha. Kali ini saya ingin kongsikan resepi bubur asyura sunnah ala utara. Bubur ini diolah dan disediakan di bawah penyeliaan Dato Seri Dr Mohammad Isa sebagai ketua dengan menggunakan bahan bahan sunnah demi kesihatan dan kesucian tubuh badan. Ianya menggunakan bahan bahan kesukaan Rasulullah, isteri isteri, para sahabat dan kaum keluarga Rasulullah. Di samping itu, kita mencari keredhaan Allah dan meneruskan Sunnah Rasulullah. Semoga pahala menjadi milik kita di setiap pemakanan kita halalantoiiba....
Ini adalah kali kedua saya makan asyura versi luar dari Kelantan. Asyuranya kelihatan dan rasa seperti kuih koleh sahaja kerana ianya menggunakan tepung beras dan dimasukkan santan serta pelbagai buahan, sayuran dan juga kacang kacang mengikut pilihan dan kesukaan masing masing. Ianya amat berbeza dengan asyura Kelantan yang menggunakan rempah asyura khas di ke dalam beras yang dimasak dan dikacau hampir setengah hari. Ia dikacau sehingga menjadi "sering", iaitu istilah orang belah Pantai Timur untuk menggambarkan kuih yang telah benar benar kering sehingganya ianya meletup letup kecil di permukaan kuih. Tunggukan entri Asyura Kelantan di dalam entri akan datang.
Setelah makan semasa masih panas panas, saya terus menyukai rasanya. Apalagi di makan dengan bawang goreng jenama Ustazah yang memang garing ranggup. Memang sedap sangat sangat lah. Lagi pulak, kami pun dah lapar kerana belum makan tengahari. Asyura Kelantan pula lambat lagi untuk masak. Insya Allah lain kali, bolehlah mengacau Asyura Utara ini sendiri di rumah kerana ianya tidak seremeh asyura Kelantan. Resepi dari Dati Seri ini saya olahkan sedikit bahasa dan gayanya supaya lebih mudah diikuti. Apakata anda mencubanya sendiri di rumah. Memang sedap dan yang penting berkhasiat. Masih terasa keranggupan sayuran dan kekacang sewaktu menggigitnya....

Dengan bahan bahan diatas saya dapat menyediakan 100 bekas kecil dan 10 bekas besar.
Dengan bahan bahan diatas saya dapat menyediakan 100 bekas kecil dan 10 bekas besar. Harga membeli barangan semua adalah RM700.00. Bahan bahan yg digunakan adalah berkualiti, segar dan sedikit mahal seperti kacang badam, buah teen,buah kurma keras dan lain lainnya.
Jom kita semak resepi dan cara cara penyediaannya seperti di bawah.....
Asyura Manis Utara
Bahan bahan:
7 kg tepung beras
10 kg santan
1.5 kg gula pasir
3 ketul gula kabung
12 keping gula Melaka
1 bungkus kecil gula batu
15 batang jagung mentah - ambik isi
4 ketul ubi keledek putih
4 ketul ubi keledek merah - potong dadu, rebus dan jangan buang air
1 biji ubi sengkuang - potong dadu
1.5 kg kacang hijau - rebus dan jangan buang air
Segenggam daun pandan
Segenggam daun pandan
1 kotak Habatus sauda biji
2 bekas kacang campuran - gajus, badam dan - potong kecil
2 bekas buah campuran buah teen, kurma, kismis manis - potong kecil
1 balang besar bawang Goreng Ustazah
1 senduk garam halus
1 botol minyak zaitun
Pisang emas setengah masak - jika suka
20 liter air
Cara cara:
Gula kabung, gula melaka dan gula batu dimasak dan di cairkan terlebih dahulu.
Ubi keledek putih dan merah itu dibuangkan kulitnya, di potong dadu kecil dan direbus 10 minit. Jangan dibuang air rebusannya.
Kacang hijau direbus dalam masa 30 minit. Jangan dibuang air rebusannya.
Kekacang, buah teen, buah kurma dan lain lainnya di potong kecil kecil dan disatukan di dalam satu bekas. Jagung diasingkan dari batangnya dan tidak perlu direbus.
Jika suka, tepung beras ditapis terlebih dahulu dan digoreng 30 minit untuk mendapatkan tepung yang masak, wangi dan berkualiti. Kemudian masukkan tepung ke dalam bekas dan masukkan air sejuk dan kacau hingga ianya pekat.
Panaskan kuali besar atau kawah dengan memasukkan air sebanyak 20 liter sehingga air mendidih. Guna air suling atau tapisan yang bersih. Bukan air yang dimasak atau air paip.
Setelah air mendidih masukkan santan ke dalam kawah. Kacau hingga sebati dan ianya mendidih.
Setelah santannya mendidih, masukkan tepung beras yang dicampurkan dengan air ke dalam santan. Kacau tanpa berhenti hingga tepung beras yang berbiji itu hilang dan masukkan daun pandan.
Setelah itu dimasukkan gula pasir, gula Melaka, gula kabung dan gula batu yang sudah dimasak dan dicairkan.
Dikacau hingga ianya pekat terus dimasukkan jagung yang telah diasing bijinya, masukkan ke dalam kawah dalam keadaan mentah kerana kita inginkan kemanisan jagung dan kewangiannya itu kekal di dalam tepung.
Setelah itu dimasukkan kacang hijau, ubi keledek bersama air rebusannya. kemanisan air ubi dan kacang akan membuat kita merasa keasliannya.
Dimasukkan biji habatussauda, masukkan garam secukup rasa. Setelah itu dikacau sehingga ianya hampir masak sebelum dimasukkan kacang badam, gajus, buah buahan teen, kurma dan lain lainnya tadi.
Sesuaikan rasa, apakah garam gula sudah mencukupi dan semua ubi keledek, jagung, kacang hijau dan lain lain masak atau lembut. Setelah ianya masak baru dimasukkan ubi sengkuang yang di potong dadu.
Setelah masuk ubi sengkuang dalam 10 minit terus dimasukkan minyak zaitun sebotol dan bolehlah di angkat sedikit demi sedikit dan dimasukkan ke dalam bekas kecil yang dilapik daun pisang.
Ditaburkan bawang goreng ustazah di atasnya. Jangan terus tutup bekas. Biarkan seketika sehingga asyura sejuk baru ditutup tudungnya.
Sekian selamat mencuba.
Salam Kak Azie,
BalasPadamDi mana boleh beli bawang goreng ustazah tuh ya? nampak berkenan pulak :) thanks
nampak asyura terus mengidam...
BalasPadamSedapnya. Mewah dengan bahan bahan. Dah agak lama tak merasa bubur asyura. Saya suka cara utara dan juga cara pantai timur.
BalasPadamemmm, tgk pun sudah tahu rasa kesedapannya...
BalasPadam