Kuih Kaswi Pandan Sedap
Telah lama saya dok menelek nelek resepi kuih tradisional kkida ni yang dia pelajari dari Bonda Mertua. Kkida panggil kuih ini sebagai Kuih Talam Pandan tapi saya lebih suka memanggilnya sebagai Kuih Kaswi Pandan kerana rasanya memang seperti rasa Kuih Kaswi dan kedua, bila sebut Kuih Talam Pandan menyebabkan saya terkeliru dengan Kuih Talam Pandan yang mempunyai lapisan hijau dan putih di SINI.
Saya tertarik untuk mencuba selepas membaca komen kkida yang ianya sangat sedap. Masa tu saya mencari resepi kuih yang tidak menggunakan tepung gandum kerana masalah allergik. Dah lama pun menyalin resepi tapi asyik tertangguh sahaja untuk membuatnya.
Alhamdulillah kerana allergik saya telah pun hilang walaupun ada ketika, masih ada merah di atas kelopak mata. Syukur sangat kerana Allah masih memberi peluang untuk saya menikmati makanan kegemaran saya. Ya lah, bila tak boleh ambik tepung gandum, boleh dikatakan semua makanan pun tak boleh dimakan kerana semuanya menggunakan tepung gandum.
Kesimpulannya kuih ini memang sedap dan kalau kat tempat saya ala ala kuih kosui atau ada bau macam tepung hijau dalam kuih lompat tikam. Bezanya kuih lompat tikam tak diletak gula dan tepung gandum dan tidak dikukus. Apa apa pun, terima kasih kkida seorang blogger yang sangat saya segani atas resepi tradisional yang ada class tersendiri ini.

Kuih ini saya buat kerana rasa macam dah lama tak membuat kuih muih sejak kena berpantang dari memakan makanan yang mengandungi tepung gandum. Asalnya nak buat Kuih Lengat yang menggunakan gula merah dan tepung beras.
Resepi dan sukatan hampir sama dengan resepi ini. Tapi biasalah bila pertama kali membuatnya, pasti ada kesilapan sedikit sebanyak. Adunan pertama, saya dah tersilap letak 1/2 sudu kecil kapur, maka apalagi kuih jadi macam sedikit pahit ke apa ke rasanya. Adunan memang cantik bila dipotong. Tak puashati, bancuh lagi satu adunan.
Yang kedua ni, hanya guna air kapur sebanyak 1/2 sudu kecil. Tapi entah kenapalah pulak, kuihnya macam sedikit terlembik sehingga tak boleh hendak dipotong. Ish memang tak puashati. Rasanya lain kali, kena kurangkan air daun pandan ke ¾ cawan sahaja kot. Namun begitu, rasanya sedap dan secukup rasa jer kemanisannya. Kebetulan anak buah saya Rudy datang ke rumah hantar daging qorban dari Kelantan, jadi saya hidangkan kuih ini bersama teh O.
Kesimpulannya kuih ini memang sedap dan kalau kat tempat saya ala ala kuih kosui atau ada bau macam tepung hijau dalam kuih lompat tikam. Bezanya kuih lompat tikam tak diletak gula dan tepung gandum dan tidak dikukus. Apa apa pun, terima kasih kkida seorang blogger yang sangat saya segani atas resepi tradisional yang ada class tersendiri ini.
Jom kita tengok resepi yang mudah dan sedap ini.
Kuih Kaswi Pandan Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
⅔ cawan gula pasir
2 cawan air
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras
¾ cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan)*
Secubit garam
1 sudu kecil air kapur - guna ½ sudu kecil
Sedikit pewarna hijau
Cara cara:
Masak gula pasir dengan 2 cawan air sehingga gula larut serta mendidih. Ketepikan.
Dalam periuk lain, satukan semua bahan di atas kecuali air gula dan digaul rata. Setelah bergaul rata, baru dituangkan air gula dan kacau rata.
Masak atas api perlahan dan kacau sehingga hampir likat. Jangan pekat sangat. Masukkan dalam loyang atau bekas kaca dan kukus selama 20 minit. Saya kukus selama 25 minit.
Hidang dengan parutan kelapa parut muda putih digaul dengan sedikit garam.
Nota:
Resepi asal kkida guna 1 cawan jus pandan. Utk masa depan, saya mahu kurangkan ke ¾ cawan sahaja.
Resepi asal kkida guna 1 cawan jus pandan. Utk masa depan, saya mahu kurangkan ke ¾ cawan sahaja.
assalam k azie
BalasPadamsalah satu kuih kegemaran suami dan saya
lg sedapp ada rasa pandan kan
wangi
Kuih sy lgsg xmanis...sedey nyeeee....
BalasPadamassalamualaikum, saya aminah, bila saya rasa nak masak saya dah lebih suka jenguk resipi dlm internet drp buka buku resipi minta izin saya selalu mencuba resipi aziesemuga allah murahkan rezeki azie, amin
BalasPadamAs salam k.azie..sy da ikut resepi yg akk kasi..
BalasPadamKnp jd lembik ye..adehhh..mmg xde t'lebih air...huhuhu
Wslm lembik sedikit. Bila dipotong dan campak dalam kelapa, ok jer. Kalau keras, tak sedap dimakan
Padamkalo xde air kapur bole ke?
BalasPadamBtul2..lembik lg sdp dr keras..bkn lembik sgt pun..mcm lembut goyang2 gitu..sdp gilaa baq angg..kat kuala kgsar 3 biji 2rm laku makcik tu jual..lembut2 bgoyang2
BalasPadamsy share ye resepi sy bnyk juga kongsi resepi dr azie kitchen ni sy mnta halal ye resepinye sy suka ikut resepi azie kitchen kbnyknye mnjd smoga azie dmrhkn rezeki dn dprmdhkan sgalanye.
BalasPadamKalau x letak air kapur boleh... Menjadi x
BalasPadamkalau pkai tepung ubi kayu dan telur ok ke?
BalasPadamBoleh jer tapi tak jadi lah kuih kaswi
Padamboleh 3cawan tepung gamdum
Padam1cawan tepung ubi .
1/2 cawan tepung beras
boleh 3cawan tepung gamdum
Padam1cawan tepung ubi .
1/2 cawan tepung beras
2/3 cawan gula tu bersamaan berapa gm?
BalasPadam