Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Catatan Hari Wukuf dan Chicken Pie Untuk Rakan Sepejabat Nellisa


Chicken Pie


Kebelakangan ini saya banyak menulis berkenaan dengan ujian dan musibah kerana secara jujur, saya memang sedang berhadapan dengan situasi sukar yang memerlukan saya bersabar, berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Jadi saya banyak memetik intipati kuliah atau ilmu yang berkaitan dengan erti kita dijadikan di mukabumi ini sebagai hamba Allah. 

Hari ini sempena Hari Wukuf di Padang Arafah di tahun Haji Akbar, saya kongsikan message dari Ustaz Rasyid berkenaan erti kehidupan yang beliau tulis sewaktu singgah di Thailand semasa dalam perjalanan ke Kemboja dengan menaiki kereta. Kehidupan di dunia, hanyalah satu persinggahan, umpama seorang musafir yang berhenti berehat di bawah sepohon pokok kemudiannya meneruskan perjalanan semula. 

Dunia yang kita tak ketahui berapa lama lagi boleh kita tinggal. Mungkinkah lagi beberapa tahun? Beberapa hari? Beberapa jam atau beberapa minit atau beberapa saat lagi? Kita selalu merasakan yang mati adalah orang lain, bukan kita yang akan mati hari ini atau esok. Hala tuju kita semestinya syurga Allah kerana kehidupan di sana adalah kehidupan yang kekal. Namun apa yang telah kita lakukan untuk meraih syurga Allah?



Chicken Pie

Terlalu banyak dosa yang telah kita lakukan. Walaupun peringatan demi peringatan di beri, kita masih melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah. Begitu sukar untuk kita meninggalkan perkara-perkara jahiliyah. Terlalu banyak masa terbuang untuk perkara yang tidak berfaedah sedangkan masa yang ada ini terlalu singkat untuk mengejar kesemuanya. Nabi s.a.w. bersabda:
"Dunia adalah tanaman untuk hari Akhirat…"

Namun kerana tipu daya syaitan yang menghiasi kehidupan dunia dengan menjadikannya kekal dan indah pada pandangan manusia menyebabkan ramai di kalangan kita yang terperangkap hingga menjadikan dunia sebagai matlamat. Ramai yang mengabaikan Akhirat hinggalah tiba saat mereka dipanggil pulang mengadap Allah SWT barulah mereka tersedar dan insaf, sayangnya keinsafan pada masa itu telah kehilangan harganya.

Walau pun hidup di dunia singkat berbanding kehidupan akhirat, tetapi ianya sangat penting, kerana ia adalah penentu samaada kita bahagia atau sengsara di hari Akhirat nanti. Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Ada empat perkara yang apabila diberikan kepada seseorang sesungguhnya dia telah memperolehi kebaikan dunia dan akhirat…" Iaitu:

1. Hati yang sentiasa bersyukur…

2. Lidah yang sentiasa berzikir…

3. Tubuh yang sentiasa sabar dalam menanggung musibah; dan

4. Isteri yang tidak pernah khianat sama ada terhadap dirinya atau terhadap harta benda (suami)nya.

Untuk bahagia di hari Akhirat, kita mesti melakukan sebanyak-banyaknya kebaikan ketika hidup di dunia. Berusahalah menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah kerana kelak kita pasti bahagia di sana. Kita semua akan kembali kepada Allah, dan kitalah yang akan menentukan apa kesudahan kita. Jika dunia ini menjadi ladang amalan soleh dan solehah kita, maka kita akan bahagia selama lamanya di sana, tetapi jika sepanjang kehidupan kita dipenuhi dosa dan maksiat maka kita akan menyesal selama lamanya di sana. Atas kefahaman ini, saya rela disakiti buat sementara di dunia dari disakiti selama lamanya di akhirat.
 Saya juga mempunyai tiket untuk mendakwa mereka  yang menzalimi dan menganiayai saya di mahkamah Allah, jika saya mahu.

Sebelum berundur, saya ingin kongsikan sekali lagi resepi Chicken Pie yang disediakan oleh Nelly untuk dibawa ke pejabat. Bukan resepi yang utama tapi catatan berkenaan kisah di sebalik penyediaan kuih yang ingin saya kongsikan. Itulah sebabnya saya mengulang ulang resepi yang sama di dalam entri saya. Inilah kali pertama mereka menyediakan sendiri bahan bahan inti pie. Kebiasaannya sayalah yang akan menyediakannya. Dengan tunjuk ajar, akhir mereka berjaya menyediakan sendiri. Malahan menyiapkan semua sekali pie juga tanpa bantuan saya. Resepi dan cara cara menyediakannya ada juga di SINI. Saya banyak menerima pertanyaan untuk menempah pie ini. Bolehlah cuba kalau ada sesiapa ingin menyediakan pie ayam sendiri di rumah.




Chicken Pie

Chicken Pie Melbourne
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

Untuk inti pai (filling):
1 cawam isi ayam- hiris nipis
1 cawan cendawan butang- hiris nipis
1 tin sup cendawan butang Campbell
1 tin (kecil) kacang pis

1 biji bawang besar- potong dadu
1 biji kentang- dipotong dadu dan direbus
1 sb lada sulah
2 sb mentega/minyak zaitun
1 biji kuning telur (mengilatkan pastri)
Sedikit air (sekiranya terlalu pekat)

Untuk pastri :
100g tepung gandum
50g mentega
secubit garam
2 cmb air
Saya guna:
Kulit roti pratha jenama kawan

Cara cara:
Panaskan mentega. Goreng bawang besar hingga kekuningan. Masukkan isi ayam dan biarkan seketika.

Masukkan sup cendawan butang Campbell, ubi kentang, kacang pis, air dan lada sulah. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan ketepikan seketika.
Canai kulit pai dan letakkan ia sebagai lapisan bawah (base) dan cucuk sedikit dengan garfu. Bakar selama 5-6 minit.

Tuangkan isi pai yg dimasak tadi ke atas base pai.

Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan diatas isi pai sebagai lapisan atas.

Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 sk air utk mengilatkannya.
Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C.


Chicken Pie

Selamat mencuba...

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Catatan Hari Wukuf dan Chicken Pie Untuk Rakan Sepejabat Nellisa"

  1. As salam.

    Terima kasih atas sumbangan resipi2 akak. Saya ada juga cuba. Semoga Allah membalas kebaikan akak dengan berlipat kali ganda kebaikan. Semoga akak tabah & tenang :)

    "Kadangkala Allah sembunyikan matahari.
    Dia datangkan petir dan kilat
    Kita menangis dan tertanya -tanya..kemana hilangnya sinar..
    Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi..."

    BalasPadam
  2. Salam kak azie...sy najwa...sy sgt berminat dgn resepi chicken pie ini dan akan cuba nanti..cuma sy ingin bertanya mengenai kulit pie ini, kak azie guna roti pratha kawan yg mana? Yg bungkusan ungu atau kuning? Thank you :)

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian resepi ini.Tidak terfikir roti paratha dpt digantikan sbgai pastry .Ini memudahkan

    BalasPadam