Bika Ambon Medan Idaman Nellisa
Pertama kali diperkenalkan dengan Bika Ambon yang dibawa balik oleh Zs dari Medan menyebabkan saya terus terpikat dengan rasanya yang agak unik. Hmm sedap tapi entah di mana silapnya ia tak dapat disimpan lama. Ianya dah berkulat. Mungkinkah sebab saya tak menyimpannya di dalam freezer. Kata Zs, kuih patut disimpan di dalam freezer dan boleh dikukus bila hendak menikmatinya. Sejak itu hati mula teringat ingat untuk menikmati lagi keenakan kuih Bika Ambon. Kebetulan juga, Nelly pun sangat menyukainya dan telah lama dan telah banyak kali meminta saya membuat Bika Ambon. Kuih ini kalau di Malaysia dikenali sebagai kuih Bingka tapi di Indonesia Bingka dpanggil sebagai Bika. Tapi merujuk kepada jenis makanan yang sama.
Sejak itu, saya mula mencari cari resepi Bika Ambon. Memang banyak resepinya tapi saya mencari tested recipe, maklumlah bahan yang digunakan agak lumayan juga terutama jumlah kuning telur. Kalau semalam saya telah menyediakan Kuih Nona Manis di SINI yang sangat popular di Indonesia, hari ini saya menyediakan satu lagi kuih asli Indonesia terutama di Medan iaitu Bika Ambon. Kebiasaannya sesiapa yang ke Medan akan membeli Bika Ambon sebagai buah tangan untuk saudara mara dan kawan kawan di tanah air.
Bika Ambon yang saya sediakan ini tidak lah cantik sangat kejadian. Lubang lubang bak kek gula hangus pun tak menjadi dengan cantik pun. Bolehlah sekadar untuk dimakan sendiri. Oven saya memang tak ada api bawah sahaja, jadi saya bakar dengan menggunakan api atas dan bawah dan saya tutup bahagian atas dengan loyang. Masa itu, saya nampak pembakaran kuih macam seperti sedikit terbantut. Lupa pulak, penyediaan kuih ini sebenarnya disediakan oleh Juita semasa saya ke Tropicana Medical Centre untuk mendapatkan rawatan. Tugas saya hanya menyediakan loyang dan bab membakar sahaja.
Sebelum tengok resepi, saya ingin kongsikan sedikit bab Qorban yang saya petik dari rancangan Tanyalah Ustaz di TV Al Hijrah di mana dikatakan bahawa haiwan Qorban berdoa agar mereka terpilih untuk dijadikan haiwan sembelihan Qorban. Daging qorban adalah daging suci yang tidak sama dengan daging yang dibeli di pasar. Jadi bila makan daging qorban, makanlah dengan penuh keinsafan agar ianya dapat membersihkan darah daging kita. Nabi Muhamad SAW berpesan supaya hanya makan bahagian daging qorban yang baik baik sahaja. Manakala bahagian daging yang keras, berlemak dan tulang tulang direbus dan di minum kuahnya. Begitulah berhati hatinya Baginda Rasulullah terhadap kesihatan diri yang patut kita contohi.

Jom layan resepinya yang saya salin dan ubahsuai dari SINI....
Bika Ambon Medan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan A
1 sudu besar yis mauripan
1 sudu besar penuh all purpose flour - guna tepung gandum
8 sudu besar air kelapa - guna air biasa
Bahan B
300 - 350 gram gula pasir
800 ml santan pekat
5 helai daun limau purut - buang tulang
5 helai daun pandan
2 batang serai - ketuk
1/2 sudu kecil garam halus
Bahan C
14 biji kuning telur
200 gram tepung ubi kayu
1 sudu besar mentega - cairkan
1/2 sudu kecil pewarna kuning - opsyenal
Cara cara:
Masak santan, serai, daun limau purut, sedikit garam dan daun pandan sehingga mendidih, kemudian kecilkan api. Masukkan gula dan kacau sampai gula hancur, terus masak dengan api paling kecil kira-kira 20 minit agar harum daun-daunan meresap. Kacau sekali-sekali. Sejukkan dan keluarkan daun-daunan sebelum digunakan.
Larutkan yis dan tepung dengan air kelapa, biarkan selama 5 minit.
Pukul kuning telur dengan whisk sehingga ianya sebati. Masukkan telur dan mentega yang dicairkan serta pewarna ke dalam santan, kacau rata sehingga sebati.
Kemudian masukkan pula tepung ubi dan kacau rata sebelum dimasukkan adunan yis. Kacau rata. Tapis dan tutup bekas untuk diperap selama 2 1/2 hingga 3 jam. Saya simpan dalam microvave ketika adunan diperam.
Panaskan oven dengan suhu 200C. Alas loyang dengan kertas baking dan lumur dengan minyak. Panaskan loyang dalam oven selama 5 minit sebelum digunakan.
Kacau rata adunan dan tuang dalam loyang yang telah dipanaskan.
Bakar menggunakan api bawah sahaja dengan pintu sedikit terbuka dengan diselitkan lidi sate di pintu oven. Bakar selama kira-kira 35-45 minit atau sehingga permukaan atas kuih nampak setengah masak. Nota: Saya bakar selama 40 minit dan api atas selama 10 minit.

Kemudian hidupkan api atas pula dalam 5 minit dengan oven yang ditutup sepenuhnya. Bakar sehingga permukaan keperangan.
Keluarkan dari oven, biarkan sejuk sebentar sebelum dikeluarkan dari loyang.
Nota:
Mengikut apa yang saya baca, Bika Ambon hanya boleh tahan selama 3 hari jika tidak disimpan di dalam peti ais. Jika mahu tahan lebih lama, simpan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais.
Jangan simpan bersekali dengan bahan bahan yang berbau kuat seperti rempah ratus.

kuih tradisi indonesia ke ni,.tgk cam labu.. tp xde plak labu dlm resepi..
BalasPadamKak...ada rasa dan bau daun limau tu tak?
BalasPadam