Aduhaaai Sedap Nyer Gulai Lemak Perut
Resepi Gulai Lemak Perut Lembu ini saya pelajari dari Sahor yang berniaga di Kolej Kediaman Ketiga semasa saya menuntut di Universiti Malaya. Boleh tengok entri yang saya masak sebelum ini di SINI. Lauk ini lah yang menjadi pilihan saya setiap kali membeli nasi lemak yang dijual sehingga pagi di musim peperiksaan. Entah kenapa saya merasakan gulai lemak saya hari ini teramat lah sedapnya. Serious sedap. Tak tipu nyer. Alahaai terpaksa menambah nasi dek kesedapan gulai ini. Tak cukup tu, meratah ratah lagi. Lagi pulak, perut lembu yang diproses sendiri lebih sedap dari perut yang dibeli di pasar pasar. Perut lembu ini adalah baki perut yang dikirim oleh kakak saya semasa qorban baru baru ini. Sebelum ini, saya sediakan Air Asam untuk dicicah dengan perut di SINI.
Rasanya macam dah lama saya tak menyelitkan perkongsian tazkirah yang saya hadiri. Kali ini nak kongsikan berkenaan bala yang disampaikan oleh Ustaz Shihabudin. Antaranya ialah orang yang mati muda sebelum sempat beramal. Mati adalah suatu yang wajib berlaku, tapi tidak dengan tua. Ada orang tak sempat tua, dah meninggal. Jadi jangan tunggu tua, baru mahu beramal. Kedua ialah orang tua yang fakir juga bala. Setelah tua, masih mempunyai masalah kewangan dsb. Akibatnya walaupun dah tua, masih perlu bekerja mencari nafkah. Masa yang sepatutnya dihabiskan dengan beramal telah terpaksa diguna untuk bekerja.
Ketiga, ialah mendapat hina sesudah mendapat kemuliaan. Juga adalah bala. Contoh mendapat cahaya mata adalah satu kemuliaan dan penghormatan serta kebanggaan tapi jika anak tidak dididik dengan akhlak dan agama yang betul, boleh membawa bala. Cth yang diberi adalah ibubapa yang terpaksa berhadapan dengan anak anak yang terlibat dalam kes jenayah, dadah dsb. Ibubapa mendapat hina dengan perbuatan anak anak yang tidak dididik dengan baik. Akhir sekali, hidup dalam fasik adalah bala. Sebagai contoh, ibubapa yang tidak menegur perbuatan anak anak atau suami tidak menegur isteri. Dikira perbuatan fasik ini sebabai bala. Ok cukup dulu setakat ini. Semoga ianya dapat memberi manafaat pada kita semua.
Jom layan resepinya yang saya letakkan sekali lagi di bawah ini...

Gulai Lemak Perut Lembu
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Perut lembu - potong
1 asam keping
2 helai daun limau purut
Garam
1 1/2 santan kotak - campur air secukupnya
Bahan kisar:
10 - 15 biji cili padi - ikut pedas disukai
2 tangkai cili merah - atau cili kisar supaya kuah berwarna merah
2 batang serai - ketuk
1/2 inci halia
2-3 hirisan lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara cara:
Kisar kesemua bahan kisar bersama santan. Jika mahu kuah berwarna sedikit kemerahan, tambahkan sedikit cili kisar atau cili merah.
Masukkan sedikit minyak dan panaskan sehingga betul betul panas dengan api perlahan. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga mendidih dan naik minyak.
Masukkan perut, garam, asam keping dan daun limau purut ke dalam bahan tumisan yang sedang mendidih. Kacau rata.
Masukkan baki santan dan masak sehingga kuah sesuai dengan kepekatan yang kita suka. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Yang menariknya tentang gulai perut ini yang tak pernah saya bubuh ialah daun limau purut... tq for sharing Azie, kalau ada perut bolehlah saya masak begini bubuh limau purut, tentu aromanya tambah menyelerakan!
BalasPadamkaknoor pun suka masak lemak macam ni tapi jarnag jugak bubuh limau purut, sesekali bila teringat limau purut dlm frezer baru lah bubuh, mmg wangi dan sedap kan Azie..
BalasPadamSalam Kak Azie...mohon izin share isi kandungan tazkirah ustaz Shihabudin di atas....sangat menarik untuk dibaca.
BalasPadamtazkirah yg sgt terkesan dihati sy..terima kasih AK atas selitan tazkirah tersebut..
BalasPadamkomen - sy suka perut ne, tp en suami xsuka..xpenah masak sendiri kat uma, mgkn akan cuba lain kali..
Perot tu perlu potong dulu or rebus lu....xpenah masak perut...tq
BalasPadam