Udang Goreng Butter dan Telur Masin Yang Terlajak Sedap
Saya mula menyukai lauk ini selepas menikmati semasa makan malam di Restoran Waneeda Kota Damansara. Walaupun, kami order Sotong Goreng Butter dan Telur Masin tapi rasanya adalah sama sahaja dari segi keenakannya. Berbezanya kalaj sotong, sotongnya perlu dicelup tepung dan digoreng. Memang sedap lauk ini, siap boleh menjilat jari sehingga licin di pinggan. Gambar hari ini hanya menggunakan handphone, jadi memang tak berapa cantiklah sikit. Hidangan lauk hari ini dimasak untuk hidangan saya berbuka puasa. Boleh klik di SINI untuk resepi Udang Goreng Butter tanpa Telur Masin. Bahan bahan dan cara caranya sama, cuma perlu ditambah telur masin sahaja untuk menjadikan Butter dan Telur Masin.
Hmm sebelum tengok resepi, saya nak kongsikan sedikit intipati kuliah maghrib oleh Ustaz Sharizan kerana rasanya dah lama saya tidak menulis intipati tazkirah buat renungan kita semua. Kuliah kali ini sangat terkesan di hati terutama doa yang dibaca di penghujung majlis membuatkan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir. Kuliahnya berkenaan matlamat hidup yang utama bukanlah mengejar pangkat, kedudukan dan harta. Sebaliknya untuk mencari hidayah Allah. Kita kena perbetulkan dulu matlamat hidup kita.
Macam mana nak cari hidayah Allah? Caranya ialah dengan bersungguh sungguh membuat amalan soleh seperti bangun untuk solat malam dll. Memang agak susah untuk bangun malam dengan rasa mengantuk dan letih. Memang penat bila mahu melakukan perkara baik. Dunia ini tempat berpenat penat, jadi kenalah sabar dengan kepenatan supaya di dalam kubur kita boleh berehat. Selain hidayah, kita hendaklah mencari keberkatan. Apa dia keberkatan? Ianya adalah menambah benda kebaikan dalam kehidupan kita. Yang susah rasa mudah, yang sempit rasa luas dan yang sedikit tetap rasa cukup. Itu sebab di dalam doa yang dibaca sebelum makan juga, kita memohon keberkatan. Cukup setakat ini dulu dan semoga di masa depan, saya mampu menghurai intipati kuliah dengan lebih baik lagi.
Jom kita semak resepi dulu....
Udang Goreng Butter dan Telur Masin
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
500 gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Minyak
3-5 sudu besar butter
6 ulas bawang putih - di cincang
15 biji cili padi ~ dihiris serong
4 tangkai daun kari
2 biji telur masin ~ direbus & hancur
2 sudu kecil gula
10 sudu besar susu cair/susu segar
1 sudu kecil tepung jagung
Cara cara:
Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.
Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).
Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi.
Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.
Selalu buat butter prawn sahaja, tiada telur masin. Mungkin boleh cuba resepi ini nanti
BalasPadamhttp://www.lovehutladyvitamin.com
salam kak azie..selama ni saya silent reader...tp tergerak lak nk komen coz terliur sgt ngn butter prawn nii..mcm simple jer cara msaknyee...(^_^)
BalasPadamT.kasih bnyk2 kak...
BalasPadamSedapnye...rasa nak try buat...thanks for the recipe...
BalasPadamsaya nk pkai resipi ni,tapi nk guna telur sotong boleh kan?any idea please..huhuhu
BalasPadamSedap juga tu
Padamsye dah cube....sedap..sye gune butter SCS...susu dutch lady low fat..tapi dang sye greng celup telur dan gaul dgn tepung jagung dulu...lebih ranguo...:-)
BalasPadamDah cuba tadi..mmg sedap
BalasPadamotw tgh buat
BalasPadamMasak untuk juadah berbuka puasa....nmpk nyummy
BalasPadamMemang sedap...thanks
BalasPadamwoh...nk terailah!
BalasPadamSy dh try.mmg sedap dgn mjadi.tq kak azie kongsi resepi ni..terrrbaikkk
BalasPadamSaya dah try.mmg sedap.tambah sekarang saya baru beli salted egg paste.lagi rajin lah nak mask resepi ni 😅.tak payah rebus telur masin bagai dah
BalasPadamNak buat hari ni.. Anak yg kecik suka sangat.... Salu makan kat luar je menu ni.. Hr ni nk try resepi Azie Kitchen... Nanti update sini lepas maaak
BalasPadamNak cuba hari ni... Nanti da siap nk update tq Azie Kitchen
BalasPadamMemang terbaikkk lah resepi yg akak bg niiii...tq Azie kitchen
BalasPadamRasa macam nak cuba jer
BalasPadamnk cuba esok;-)
BalasPadamSaya mmg suka resepi2 dari azie kitchen..semua sedap2
BalasPadamAssallamualaikum Azie.. Saya dah bertahun jadi pengikut setia Blog Azie Kitchen ni.. tak pernah tak menjadi masakan saya bila ikut resepi Azie... Thank you so much for teaching me all kinds of resepi ni.. suami kata tak payah makan kat kedai dah.. hehehehe..
BalasPadam