Semoga Rizky Cepat Sembuh
Hari Rabu yang lalu, saya dikejutkan dengan bunyi yang sangat kuat di ruang tamu dan saya menjenguk ke tingkap dan melihat Juita menuruni tangga tapi tiada kelibat dia keluar dari kawasan tangga. Merasakan ada sesuatu yang tidak kena menyebabkan saya keluar dari bilik dan mendapati Juita sedang memegang Rizky dalam keadaan panik. Saya juga menjadi sangat panik apabila melihat darah di leher Rizky. Kebetulan ketika itu juga, hubby balik dan mereka terus membawa Rizky ke klinik. Selepas diperiksa didapati lidah Rizky berdarah. Selepas diberi injection dan ubat Rizky balik ke rumah. Walaupun masih nampak tidak sihat tetapi Rizky kelihatan OK sehinggalah pagi hari minggu bila saya melihat banyak darah di lantai dan dinding. Oleh kerana badannya agak kotor, kami meletakkan dia di dalam cage untuk dimandi di sebelah petang.
Hari ini Juita membawa Rizky ke klinik lagi dan kali ini keadaannya bertambah teruk dan doktor mengesahkan Rizky terkena sawan sehingga menggigit lidah sendiri. Rizky terpaksa ditinggalkan di klinik selama beberapa hari untuk rawatan susulan. Jauh jauh di sudut hati saya dapat merasakan usia Rizky tidak panjang kerana ia tidak pernah sakit sejak tinggal dengan kami dari berumur 3 bulan. Rizky tinggal dengan kami sekembalinya kami dari mengerjakan Fardhu Haji bulan Februari 2007 sebagai hadiah harijadi Aween.
Rizky telah menjadi sebahagian dari keluarga kami dan kesayangan hubby dan anak anak. Jika saya keluar bilik, Rizky tak akan ikut dan akan tetap tunggu di depan pintu bilik sehingga hubby keluar, barulah ia akan ikut turun. Kadang kadang Rizky akan menunggu kami di tembok atas pagar, jika kami keluar makan malam. Rizky juga sangat setia menemani Juita belajar di bilik. Saya yang agak strict dengan Rizky kerana tak mahu dia melepak sebarangan tempat. Yang paling seronok bila melihat Rizky yang suka tidur terlentang. Menjaga Rizky sangat mudah, bulunya sentiasa kembang cantik.

Walaupun air mata mengalir namun saya redha akan apa sahaja ketentuan Allah. Saya hanya mampu berdoa yang terbaik buat Rizky semoga disembuhkan dan kembali ke pangkuan kami seperti sedia kala. Ameen.
kesiannya..kucing pun ada sawan eh..huhu..xpenah lgi jdi kat kucing2 timm..
BalasPadamsedihnya..saya dapat rasakan kesedihan kak azie..moga rizky sembuh seperti sediakala..amin..
BalasPadamTerima kasih kerana mengerti perasaan kami ketika ini
PadamHello Kakak, cubalah pet accupunture. Mungkin Rizky boleh sembuh sikit and merasa selesa walaupun ada penyakit sawan. Saya pernah cuba dah berkesan
BalasPadamDear sis. Can u email me on this. Need to know where can get the treatment. Really appreciate your advice.
PadamSemoga Rizky cepat sembuh dan cergas kembali.
BalasPadamHarap Kak Azie sekeluarga bersabar ya. :))
#sedihbilakucingsakit.