Gulai Lemak Cili Padi Tempoyak Ikan Baung
Gulai lemak cili padi tempoyak ini dimasak oleh Cik gu Asiah, kakak saya menggunakan ikan baung liar yang dibawa balik oleh abang ipar yang sekarang menjadi guru besar di sebuah sekolah di Gua Musang. Cara memasaknya lebih kurang sama dengan masak lemak cili padi Nogori, cuma dimasukkan tempoyak. Pesan kakak, kalau menggunakan ikan laut, bolehlah dimasukkan beberapa biji bawang merah. Kalau mahu tengok, masakan tempoyak ikan sungai kakak saya yang tidak menggunakan santan, boleh klik di SINI. Kakak saya memang pandai memasak sejak dahulu lagi. Apa sahaja yang disediakan, memang sedap dan kena pada selera saya.
Saya memang kalau balik kampung, akan duduk di rumah kakak dan kalau pun tinggal di chalet, kami akan tetap singgah makan. Dapur rumah mereka memang sangat meriah, sentiasa ada orang didapur, di meja makan atau di ruang keluarga, jadi memasak menjadi lebih seronok. Sambil masak boleh bersembang sembang juga. Jadi kalau lain kali mahu membuat dapur mesti diambilkira ruang keluarga supaya setiap kali kita memasak, ada ahli keluarga bersama sama menemani.

Jom semak resepi dulu
Gulai Lemak Cili Padi Tempoyak Ikan Baung
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 ekor ikan baung
5 tangkai cili padi - ikut suka pedas
1 inci kunyit hidup
Asam keping
Garam
2-3 sudu besar tempoyak
Santan secukupnya
Cara cara:
Tumbuk cili padi dan kunyit hidup. Masakkan santan dan bahan kisar sehingga rata dan masukkan ikan baung. Sentiasa dikacau.
Setelah mendidih, masukkan tempoyak yang dibancuh dengan sedikit air. Masukkan juga garam.
Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
nampak macam sedapppp je teringinlah nak buat tunggu ada waktu terluang mesti nak try
BalasPadamSalam...akak nk tanya, kalau masak lemak cili padi seafood bole ltk tempoyak tk...
BalasPadamWslm. Kalau nak rasa tempoyak, bubuhlah tempoyak kalau nak masak lemak biasa, jangan bubuh tempoyak
Padammemang sedap kak...mak mertua lynn selalu masak gulai tempoyak nie dengan ikan patin...tapi lynn x pandai masak...hahahaha...
BalasPadamSaya memang suka makan gulai tempoyak, tetapi jarang letak santan. Gulai tempoyak memang best :)
BalasPadamhttp://www.lovehutladyvitamin.com
sedapnya!..kuah tu nampak pekat. Mesti berminyak muncung makan ni kan?
BalasPadamSatan?
BalasPadamTak sedap la bila ada satan