Biskut Coklat Chips
Biskut ini disediakan Juita semasa saya berada di Mekah mengerjakan umrah pada akhir Ramadhan lalu. Memang Juita sangat berkebolehan bukan sahaja pandai memasak lauk dan kuih muih tapi juga biskut. Saya bangga kerana semua anak dara saya sangat handal dalam bab memasak berbanding dengan saya sendiri ketika berada pada umur mereka.
Saya sebenarnya tidak tahu pun, biskut ada disediakan sendiri di rumah kami apabila melihat banyak balang biskut yang terhidang di atas meja sewaktu sampai di rumah. Masa tu, tak pulak bertanya sehingga lah Juita memberitahu yang biskut biskut tersebut bukan dibeli sebaliknya dibuat sendiri.
Jom kita tengok resepi yang Juita gunakan untuk menyediakan biskut yang sedap ini....
Biskut Coklat Chips
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Bahan bahan:
250 gm mentega
70 gm gula halus
80 gm gula perang
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur
60 gm kacang badam/walnut - dipanggang sebentar
40 gm oat - boleh ganti dgn badam/walnut
250 gm coklat chips
Bahan Ayak:
300 gm tepung
10 gm serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk penaik - ayak bersama
1/2 sudu kecil serbuk soda@soda bikarbonat
50 gm susu tepung
(Kesemua bahan ayak ni disatukan, gaul-gaulkan bahan ni terlebih dahulu barulah ayak)
Cara cara:
1) Pukul mentega, gula, gula perang dan esen vanilla hingga sebati.
2) Masukkan telur dan telur kuning, pukul lagi hingga sebati.
3) Masukkan campuran tepung yang telah di ayak perlahan-lahan sambil di pukul.
4) Campurkan kekacang, oat dan cip coklat, lalu dimasukkan ke dalam adunan.
5) Gaulkan hingga sebati dan rata.
6) Sudukan adunan atau letakkan sedikit adunan di atas dulang yang telah di lengserkan dgn mentega.
7) Bakar di dalam oven/ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah Celcius selama 20 minit...
assalam azie, macam sedap biskut ni lagi bnyk kacang lagi best ni
BalasPadamEmmm....mesti cuba ni
BalasPadamTq...kak atas perkongsian
.
untung anak-anak Azie minat & pandai memasak mcm ibu nyer juga..
BalasPadamSalam kak azie,
BalasPadamSdp ni...nk cubala.
Satu adunan biskut ni, boleh dpt brp biji biskut?
Saya dah beberapa kali buat biskut ni.mudah n sedappppp.tp saya kurangkn sket koko n gula sbb coklat cip tu agak manis.tp ikut suka masing2la kan ^^
BalasPadamsedap
BalasPadamSalam kak azie...sy buat biskut ni dan bawa ke ofis..kawan2 minta sy buat dan jual...sempat la buat dan jual dlm 25 botol...order hari raya....ha..ha..ha..tq kak azie...
BalasPadamAs salam azie, terima kasih kerana sudi berkongsi resepi. Boleh saya tahu berapa keping cookies boleh dapat untuk adunan ni?
BalasPadamKalau susu tepung xde pkai aper yer
BalasPadamAssalamualaikum. Saya nak tanya 1 biji telur dengan 1 biji kuning telur maksudnya ada 2 biji telur ke?
BalasPadamYa perlu ada 2 biji telur tapi telur putih hanya guna dari 1 biji telur sahaja
Padamsalam. kak azie.. takde jual ker?? nak beli please..
BalasPadamSalam kak azie, lps dh sudah bake biskut ni mmg dia akn jadi lembut dulu ke? And then slps tu ,kasi dia sejuk dulu baru dia akn mengeras.mcm tu ke? Sblm ni sy buat biskut,asyik xmenjadi sbb sy bakar biskut tu smpai keras,last2 jdi hangit. Please reply 🙏 TQ -ZUHAYRA-
BalasPadamWslm. Ya akan lembut dulu. Bila sejuk akan jadi ranggup
PadamAssalam sis Azie...sekadar inginkan kepastian tepung tu tepung gandum eh? Ehehee..maaflah, agak was2 maklumlaa 1st tyme nk buat biskut...mohon tunjuk ajar yaa sis...tQ
BalasPadam-RiemaHoney-
Wslm. Ya tepung gandum
Padamsusu tepung yg mana kena guna kak
BalasPadamMana mana pun boleh. Guna susu Dugro pun boleh.
Padam