Sayur Pecal Kegemaran Saya
Di bulan Ramadhan, memang rahmat Allah melimpah ruah dan ianya boleh dilihat dengan ramainya peniaga peniaga yang muncul di bazar Ramadhan, ramainya mereka yang hadir ke surau untuk bersolat terawih. Hari ini, rezeki saya murah kerana tiba tiba sahaja sahabat saya Rasimah menghulurkan rencah pecal seolah olah tahu yang pecal adalah makanan kegemaran saya. Dulu saya pernah membeli dan menyimpan home made stok pecal tapi sekarang memang agak susah sedikit untuk mencari rencah pecal yang sedap.
Balik dari pejabat, saya terus singgah di kedai runcit membeli tempe, sayur kangkung dan kacang panjang. Kebetulan di rumah ada stok terung, jadi saya celurkan sekali bersama sayur kacang panjang.
Sangat sedap dan secukup rasa rencah pecal ini dan menyediakannya pula sangat mudah, hanya perlu dimasukkan air dan kacau diatas dapur seketika. Hmm memang terbaeek lah, rencah pecal segera yang dijual oleh kakak ipar Rasimah. Saya meratah begitu sahaja, maklum saya hanya makan beberapa sudu nasi sahaja sekarang ini.
Kalau ada sesiapa yang ingin membuat tempahan, bolehlah menelefon Mak Tam di nombor telefon: 014-2531648. Terima kasih tidak terhingga kepada Rasimah yang akan bersara awal tidak lama lagi. Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan ketenangan hidup dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Kalau ada sesiapa yang ingin membuat tempahan, bolehlah menelefon Mak Tam di nombor telefon: 014-2531648. Terima kasih tidak terhingga kepada Rasimah yang akan bersara awal tidak lama lagi. Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan ketenangan hidup dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Hi Kak Azie! I love pecal and I used to eat it at the cafeteria when I was studying in UKM. It is very delicious and I can eat it just like that on its own. By the way, do you have a recipe for home made pecal?
BalasPadamAssalamualaikum sis...saya tgh mencari menu2 menarik utk berbuka ptg nti..terima kasih atas perkongsian. .jemput ke blog saya juga ye di www.allnutrition4life.blogspot.com
BalasPadammy feveret!! terutama ada tempe tu. sedapnyee..
BalasPadamQiss Me Mommy
terimakasih juga kerana mendoakan kesejahteraan saya...
BalasPadamHaritu ayu dpat rencah pecal dr indonesia. Saudara blik melancong. Sedap sgt kak pecal ni. Biasa kat kg mak buat homemade renchnya..
BalasPadamAda jual lagi ker kak?
BalasPadamOpen order KUAH PECAL SEGERA. Azie Kitchen pun dah cuba tau kuah pecal segera ni.
PadamCuma tambah air panas dah boleh makan dengan sayur sayur kegemaran anda atau makan dengan nasi impit😊
500gm - RM20
1kg - RM38
🚗COD area Changkat Jering, Simpang, Taiping dan Kamunting. Yang jauh nak postage pun boleh.
Yang berdekatan area Changkat Jering boleh SELFPICKUP dekat rumah.
Whatsapp 0134098159 untuk order.