Gulai Ikan Tongkol Untuk Nasi Dagang
Saya kongsikan di sini sedikit petikan tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Adli berkenaan kepentingan mempunyai ilmu dalam beramal. Dikongsikan bahawa Nabi Muhamad SAW sempat melalui 8 kali Ramadhan. Baginda hanya bangun bersolat malam 7 hari sebelum Ramadhan berakhir. Barang siapa bangun dan qiam bersama imam. Anda dapat pahala beribadah sepanjang malam.
Tak perlu bangun lagi pun tak apa. Itu sebab kena ada ilmu supaya tahu cara beribadah. Jangan sampai memenatkan badan sendiri. Apa apa solat yang dibuat sebelum tidur dikenali sebagai Qiam. Kalau selepas tidur, akan dipanggil tahajjud. Kelebihan melakukan Qiam bersama imam adalah anda dapat pahala beribadat sepanjang malam. Pahala qiam berjalan sepanjang malam walaupun kita sedang tidur. Jadi jangan sesekali balik meninggalkan solat terawih sebelum imam menamatkan solat witir pada malam tersebut. Rugi kerana tidak mendapat pahala beribadah sepanjang malam.
Saya paparkan sekali lagi resepi untuk menyediakan Gulai Ikan Tongkol yang dihidangkan bersama nasi dagang Terengganu untuk memudahkan rujukan di masa depan. Gulai ini memang perlu dimasak agak lama sehingga ianya benar benar pecah minyak. Jadi untuk mula mula, biarkan agak cair kerana setelah lama dimasak, ianya akan menjadi pekat. Jika pekat, ditambah lagi air dan ulang lagi memasak sehingga mencapai kepekatan yang disukai. Jika dibuat begini berulang ulang kali, kuahnya akan menjadi lebih sedap.
Tapi seperti biasalah anak anak tak berapa suka lauk ikan tongkol ni. Hanya saya yang menggemarinya. Jadi kalau hari hari biasa, saya memang tak bolehlah memasak lauk ni. Kalau makan nasi kerabu sekali pun, saya pasti mengambil lauk ini sebagai lauk nasi kerabu. Apa apa masakan yang menggunakan ikan tongkol rebus, memang menjadi kegemaran saya. Syaratnya ikan tongkol mesti direbus dan dibiarkan semalaman.

Gulai Ikan Tongkol
1 ekor ikan tongkol hitam (lebih kurang 1 kg)
1 kotak santan kotak - air secukupnya
3 sudu besar cili kering kisar - tambah jika suka pedas
1 pek rempah gulai cap bunga rose (bancuh dg sedikit air)
8 gram rempah masak cap bunga rose
2 keping asam keping
2 sudu besar gula melaka/gula atau secukup rasa
10 biji cili api
6 - 7 biji belimbing buluh
Garam secukup rasa
Bahan kisar:
Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 hiris lengkuas
Cara cara:
Cara cara:
Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 4 keping asam keping dan garam sehingga airnya tinggal separuh. Kalau rebus dan dibiarkan semalaman, lagi sedap.
Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai dan goreng lagi sehingga naik bau dan pecah minyak. Nota: Resepi asal Terengganu, santan dimasak sehingga pecah minyak sebelum dimasuk bahan kisar dan serbuk.

Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak. Masukkan ikan, asam, gula Melaka dan garam. Terus merenih sehingga pecah minyak dan agak pekat.
Masukkan cili padi dan belimbing buluh. Renihkan sebentar. Bolehlah angkat dan dihidangkan.
Masukkan cili padi dan belimbing buluh. Renihkan sebentar. Bolehlah angkat dan dihidangkan.
Gulai ni lebih enak jika dibuat lebih awal. Jika nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya. Keesokan harinya gulai nya nanti lebih enak dan wangi serta cantik naik minyak nya.
as salam azie, gulai ikan tongkol mmg menyancam lagi2 tengok cilipadi kat atas tu perhhhhh...
BalasPadamGulai ikan tongkol mmg sangat sedap. Kalau tak ada rempah cap bunga rose tu, saya gunakan rempah biasa...tapi rasanya kurang ummphh! :-)
BalasPadamIkan tongkol selalu saya goreng je.. lepas ni nak cube resepi akak la.. jom lawat blog saya :)
BalasPadamwww.jomsihat4u.com
Sedapnya kak.. terliur saya dibuatnya.. :)
BalasPadamsaya terfikir2 pasal gulai ni sebab baru first time beli ikan tongkol. Sekali muncul pulak resipinya.. Thanks alot for the receipe + tips2 nya sekali :)
BalasPadammana boleh dapat gulai cap rose tu kak?pernah cari kat psr ct khadijah
BalasPadamtp tkde pun
Terengganu
Padamnasi dagang mmg awesome
PadamSelain dari gulai cap rose ni...cap apa lg yg sesuai ya...
BalasPadamBila terbaca rempah cap bunga rose terus terbantut idea.Serbuk kari ikan takleh guna ker?
BalasPadamBaru je buat gulai utk nasik dagang hidangan raya. Punya la lama tunggu santan pecah minyak. Tp berbaloi sedapnya.
BalasPadamSedap, dh try.. Tq azie..
BalasPadamTq 4 sharing...saya memang suka ikan tongkol.
BalasPadamtq 4 sharing...
BalasPadamMmg best gulai ikan tongkol nie
BalasPadamKak azie nk share yeerr
Terimakasih bnyok dh kongsi resipy
Kak..lepas rebus, masak gulai masukkan air rebus skali ke??
BalasPadamSaya rebus hingga air tinggal separuh atau hampir kering. Saya tk guna air rebusan.
PadamMana nak dapat rempah gulai Kat puchong ye.. Teringin makan gulai tongkol 💋
BalasPadamSuka sangat nasi dagang ganu..
BalasPadam