Udang Goreng Cili Bertelur
Assalam kak..ni ade resepi chilli crab nnti akk try la ek.. Itulah yang ditulis oleh Azrah Zamri, pembaca blog Azie Kitchen kepada saya melalui inbox di facebook. Menurut Azrah, ianya adalah masakan faveret anak anak beliau. Telah lama saya menyalinnya tetapi belum berkesempatan mencuba. Bila hari ini tiba tiba teringat untuk mencuba resepi yang dikongsi oleh Azrah, ketam pulak tak ada. Puas mencari di beberapa kedai runcit sekitar KD namun tidak ada. Akhirnya saya menggunakan 6 ekor udang harimau yang bersaiz besar untuk menggantikan ketam.
Sebelum melihat resepi, saya ingin kongsikan sedikit perasaan teruja saya hari ini. Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan Allah rezeki yang seadanya, walaupun tidak kaya mewah namun cukup untuk kami menikmati kehidupan ini dengan selesa. Merasakan apa yang ada telah mencukupi, menyebabkan saya ingin sekali membantu anak anak yatim dan anak anak Tahfiz terutama dengan Ramadhan yang akan menjelang dalam beberapa hari sahaja lagi. Tidak semesti mereka yang berduit sahaja boleh membantu. Bantuan boleh diberi dalam pelbagai cara termasuk usaha dan tenaga.
Alhamdulillah, saya tidak putus putus mengucap syukur kerana hasrat saya dipermudahkan dengan sokongan kawan kawan yang telah sudi sama menyumbang bagi menjayakan cita cita saya. Terima Kasih Dato' Teh, Dato' Salehuddin, Datin Nursinah, Dr Sabariah, Dr Aziz, Tuan Shahrol, suami juga kedua dua puteri saya Dr Nana dan Nellisa yang sangat sangat prihatin dan mengambil berat dalam bab urusan sedekah dan wakaf. Mudah mudahan kita semua diberikan ganjaran pahala berterusan walaupun selepas kita tiada lagi di dunia ini. Bukan niat saya untuk menunjuk nunjuk dengan berkongsi di sini sebaliknya ialah untuk memberi semangat dan motivasi kepada pembaca semua. Pakej puasa orang orang beriman ialah antaranya memperbanyakkan bersedekah. Terdapat pelbagai cara untuk bersedekah. Jangan lupa, senyuman juga adalah satu sedekah.
Jom kita layan resepi pula. Terima kasih tidak terhingga kepada Azrah, saya sangat sangat terharu. Malahan hari ini, saya membaca kembali email yang dikirim Lin dari JB yang saya terima sewaktu saya berada di Mekah tahun lalu, membuatkan saya rasa sangat terharu dengan keikhlasan anda semua.
Udang Goreng Cili Bertelur
3-4 ekor ketam/udang - potong 2 kalau ketam
5 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sos tiram
Sos cili
Cuka
Minyak bijan
Garam
Gula
3 biji cili padi - potong
3 biji cili padi - potong
1 biji telur - pukul sedikit
Cara cara:
Cara cara:
Kisar halia, bawang besar dan bawang putih dan tumis bahan kisar bersama cili kisar sehingga cili benar benar masak dan garing. Saya hanya cincang halus sahaja bawang dan halia.
Masukkan semua bahan lain, kecuali telur. Bila dah secukup rasa, masukkan ketam atau udang. Tutup kuali supaya ketam cepat masak.
Bila ketam/udang dah masak, angkat keluar ketam/udang dari kuali dan diletak dalam pinggan. Saya tak keluarkan, terus tuang telur di atas udang.
Masukkan cili padi dan pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk dan kacau dengan garfu sebelum dituang ke dalam kuah sos. Kacau telur sehingga sebati. Tutup api.
Akhir sekali, siram kuah sos ke atas ketam atau udang yang telah dikeluarkan tadi.
Nota:
Saya tak keluarkan ketam/udang, tapi terus tuang telur dan gaul sehingga telur bersalut dengan ketam/udang.
Masukkan semua bahan lain, kecuali telur. Bila dah secukup rasa, masukkan ketam atau udang. Tutup kuali supaya ketam cepat masak.
Bila ketam/udang dah masak, angkat keluar ketam/udang dari kuali dan diletak dalam pinggan. Saya tak keluarkan, terus tuang telur di atas udang.
Masukkan cili padi dan pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk dan kacau dengan garfu sebelum dituang ke dalam kuah sos. Kacau telur sehingga sebati. Tutup api.
Akhir sekali, siram kuah sos ke atas ketam atau udang yang telah dikeluarkan tadi.
Nota:
Saya tak keluarkan ketam/udang, tapi terus tuang telur dan gaul sehingga telur bersalut dengan ketam/udang.
MENGGODA :D
BalasPadamsedapnya...
BalasPadamMENARIK RESEPI NI KAK..TQ
BalasPadamMenarik akan dicuba...hehehe :) tq
BalasPadamSedapnya...boleh cuba hari ni..
BalasPadamMandarin boleh cube nie
BalasPadamDh buat...sedap. Tq resepi.
BalasPadamHonestly saya dah cuba banyak resepi dari Azie kitchen dan resepi yg Azie bagi semua sedap... Saya xreti masak sebetulnya.. Moga Allah limpahkan lagi rezeki buat Azie yg sgt ikhlas Bg resepi..
BalasPadam