JJCM ke Johor Bahru
Kunjungan saya ke Johor Bahru kali ini adalah atas dasar tugas, namun saya mengajak anak anak ikut serta walaupun mereka pada mulanya tidak mahu mengikut, tapi akhirnya akur selepas hubby memujuk. Saya merasakan berat sekali untuk meninggalkan mereka di rumah di saat mereka masih bercuti sekolah. Anak anak saya memang tidak mahu bercuti di dalam Malaysia kerana mungkin merasakan tiada apa apa yang istimewa agaknya. Begitu juga Boy yang masih bercuti panjang selepas menamatkan pengajian diploma. Kalau telah mula program ijazah, mungkin masa seperti ini, akan sukar ditemui lagi di masa depan.
Oleh kerana kami sampai di JB telah agak petang, saya mengajak hubby mencari goreng pisang Mawar yang sangat femes sebelum check in di hotel. Memang sangat sedap pisang goreng yang rangup dan isinya yang lembut dan manis kerana menggunakan pisang nipah yang telah masak. Saya diberitahu oleh pekerja di situ yang anak Tun M baru sahaja meninggalkan gerai mereka. Makan goreng pisang panas rangup dan manis menyebabkan saya terlupa kepanasan di gerai yang berbahang dengan dapur menggoreng pisang. Memang ramai sekali pelanggan sedang menjamu selera dan siap ada lagi persembahan pemuzik jalanan yang menghiburkan mereka yang sedang menjamu selera.

Memang sangat sedap goreng pisang ini yang dimakan panas panas di gerai, apalagi dicicah dengan kicap yang manis dan pedas pedas. Kami tidak bernasib baik kerana tiada pisang raja digoreng kerana ianya belum cukup masak. Walaupun begitu, pisang nipah pun dah cukup sedap buat saya yang memang menggemari pisang nipah. Malahan dah lama saya mencari benih pokok pisang nipah untuk ditanam, sehingga kini belum diperolehi lagi.
Sebelah malam, kami mencari mee rebus tulang di Restoran ZZ Sup Tulang bagi menikmati Mee Rebus tulang pula. Kami tersesat jalan juga walaupun pernah beberapa kali berkunjung ke sini lama dahulu. Bila dah makan mee rebus malam malam, selera pun dah hilang menjadikan mee yang dimakan pun dah tak sedap. Sejujurnya saya hanya menjamah beberapa sudu sahaja mee, sekadar menghilangkan keinginan untuk menikmati mee rebus tulang.
Selain itu, saya mahu kongsikan pula tentang sarapan saya pada hari kedua di JB iaitu di gerai Fatimah Nasi Campur di Hutan Bandar bersebelahan dengan Jabatan Landskap. Memang ramai orang sedang bersarapan. Melihatkan makanan yang dijual, semuanya best best belaka. Ada nasi lemak, ada lontong berkuah, ada lontong kering, bakso dan pelbagai kuih muih yang memang membuatkan saya boleh lupa pantang larang makan. Ini lah kali pertama, saya makan lontong kering yang dimasukkan pelbagai lauk pilihan kita seperti ada kari daging, rendang ayam, sambal sotong dsb. Saya hanya mengambil paru goreng bercili, tempe goreng, dan tempe goreng bersama kacang panjang serta begedil sahaja. Bukan apa, tapi takut melihat lauk pauk yang mewah di dalam pinggan. Saya sebenarnya tidak suka makan nasi yang bergaul dan bercampur macam nasi kandar. Saya lebih berselera makan nasi dengan lauk yang dihidang berasingan.
Akhir sekali, saya nak ceritakan pula berkenaan Nasi Beriani Gam Kambing JDT di Restoran Abah di Bandar Baru Uda, berdekatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Memang sedap lauk kambing yang ditimbus sekali dengan nasi beriyani dan dihidangkan dengan telur pindang, papadom, acar timun serta kuah dalca. Saya hanya mengambil 4 sudu besar nasi dan meratah lauk. Walaupun hati rasa bersalah, tapi sebab keenakannya saya makan juga.
Dalam perjalanan balik ke pejabat, saya singgah pula makan durian dari Muar. Walaupun belum musim, durian yang dijual di situ sangat sedap. Hajat hati hanya hendak makan 2 ulas sahaja tapi sebab semua anak anak tak mahu makan, terpaksalah saya dan hubby menghabiskan. Hmmm tambah tambahlah rasa bersalah setelah makan. Sebelah malam, langsung tak dapat tidur kerana angin.
Malam terakhir di JB, kami ke Senibong Seafood Village yang menjual pelbagai lauk pauk berasaskan makanan laut. Terdapat banyak gerai di sana tapi anak anak memilih 6th Corner kerana ianya adalah gerai yang dipilih oleh TV3 dalam program JJCM baru baru ini. Makanan lautnya sangat segar, tinggal pilih sahaja yang mana berkenan di hati.
Harga nya pun agak reasonable kerana lauk yang kami pilih agak banyak iaitu ikan bersaiz besar dimasak 3 rasa, ketam masak cili, sotong goreng tepung dan udang goreng butter yang juga bersaiz agak besar. Memang sedap masakan di sini dan berbaloi mengunjunginya.
Setakat inilah dahulu entri berkenaan perjalanan serta JJCM kami di JB kali ini. Sekiranya ada yang mahu mencari tempat makan yang sedap jika berkunjung ke sana, bolehlah merujuk tempat tempat yang saya kongsikan di atas. Seperti juga anak anak, saya sendiri tidak lagi suka untuk bercuti. Kalau ada cuti umum atau hari kelepasan sekali pun, ianya akan dihabiskan di rumah bersama anak anak sahaja. Bagi saya KL mempunyai segalanya yang saya perlukan, kecuali Kota Bharu di mana Bonda dan adik beradik saya ada di sana. Tidak ada rasa keterujaan untuk ke mana mana pun sebenarnya kalau bukan kerana tugasan. JB? Hmm entah bila kami akan ke sini lagi....

telan aaair liur berbakol ni kaak oooi..
BalasPadamdapnya pisang goreng tuh.. and briyani ooonomnom..
mmg bab makan ni saya pantang dngr..
Area mana ye kak pisang goreng mawar tu?
BalasPadamBersebelahan dengan Hotel Thistle. Mulai dari pukul 2 - 7 petang sahaja
PadamJB syurga makan...
BalasPadamHi Kak,
BalasPadamGoreng Pisang Mawar di mana tempatnya? Saya orang Johor, tapi tak pernah perasan ada goreng pisang mawar.
Sally
Ia terletak berdekatan hotel Thistle mengadap jalan besar yang ada padang di seberang jalan. Gerai ini menjadi tumpuan ramai orang orang kenamaan termasuk kerabat di raja Johor sendiri. Di sebelah padang, ada KFC. Saya pun terpusing pusing juga mencari, ada banyak payung payung berwarna putih sebaris dengan Thistle Hotel (dulu Hyatt Hotel)
Padamsaya org JB... mee rebus tulang di restoren ZZ sup tulang memang terbaikk... selain itu kite buley duduk bersila dan santai2 kt dlm pondok yg sediakan...
BalasPadamAssalamualaikum kak azie..saya org johor tp x pnh mkn grg psg mawar tu..mgancam tgk nya..nnti nk p cari lah..salam perkenalan kak..
BalasPadamKak Azie, anak pokok pisang nipah ni banyak kat rumah saya. suami saya bawa daripada kelantan. saya duk kulai ni pun tak tau goreng pisang mawar
BalasPadamBlh lah pos anak benih kat kami.
Padamkak, rupanya pisang sebatu, bukan nipah. buah hampir sama dengan nipah.
Padamwaa waa waa yana pun tak tahu pisang goreng mawar tu kak. selalu je lalu situ.. nampak ramaiii orang.. tapi tak tahu lak ade gerai goreng pisang...
BalasPadamInginkan bekam selepas penat badan?
BalasPadamLike FB Bekam & Sauna Famili
dekat Jb memang banyak tempat makan yg sedap2..klu nak try durian goreng bole call saya 0197113492..saya ada jual durian goreng frozen..satu pack ada 12 pcs..siap dgn tepung sekali..
BalasPadamDi mawar goreng pisang raja paling feveret... Seumur hidup sy kena beratur panjang beli goreng pisang di mawar laaa.... Hehehe
BalasPadamPEh kena baratur panjang ke....? Mmg special la cm tu... like3...
PadamTQ kak bagi info... Lalu je tapi tak pernah nampak... baca komen akak kat atas ni baru tahu... Thanks sharing... nanti kita ronda-ronda... hihi... Pukul 6 agak2 ade lagi tak ek... huhu....
BalasPadamSelamat Datang ke Joho
BalasPadamI'am Johorean