Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Siakap Masak Sambal Sedap


Ikan Siakap Masak Sambal Sedap


Resepi ini saya pelajari dari Gerai kegemaran saya di Jalan Kelawei yang mesti saya kunjungi setiap kali ke Pulau Pinang. Bayangkan lebih dari 20 tahun kami menjadi pelanggan di gerai makan ini dari hanya gerai kecil di bawah pokok sekarang sudah menjadi kedai makan yang lebih selesa. Kebiasaannya setiap kali ke sini, kami memesan ikan bawal atau ikan terubuk. Memang sangat sedap. Lebih sedap kalau diletakkan sedikit daun pudina dan ditabur bawang besar semasa menghidang seperti mana hidangan di gerai berkenaan. Tapi saya tak letak daun pudina kerana tak ada stok dan bawang pulak, tak letak kerana terlupa. Hahaha maklum memasak dalam keadaan kelam kabut dengan baju pejabat dan bekejar sebab belum solat Asar. Apa apa pun memang puashati sangat sangat kerana rasanya dah hampir menyamai rasa masakan di gerai berkenaan.


Ikan Siakap Masak Sambal Sedap

Untuk membuat sambal, saya dipesan supaya meletak bawang yang banyak dan minyak pula sedikit sahaja supaya sambalnya pekat dan tidak berminyak. Saya juga tak meletak belacan kerana takut ianya akan membuatkan alahan saya menjadi jadi pulak. Namun begitu rasanya sangat sedap juga walaupun tanpa belacan. Yang sebenar benarnya penyediaan sambal ini sama jer dengan sambal tumis biasa, cuma ianya kurang berminyak dan diletakkan daun limau purut yang dihiris halus. 

Apa kata anda mencuba resepi ini yang menpunyai rasa tersendiri walaupun bahan bahan yang digunakan adalah sama dengan bahan sambal tumis. Klik di SINI untuk melihat entri saya sebelum ini untuk resepi yang sama. Jom kita tengok resepi di bawah ini. 


Ikan Siakap Masak Sambal Sedap

Ikan Siakap Goreng Sambal

Bahan bahan:
1 ekor ikan Siakap - lumur garam kunyit dan goreng
10 ulas bawang merah - banyak
4 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar 
Belacan - tak letak
Air asam jawa - guna asam keping
Garam
Gula
Daun limau purut - hiris halus
Daun pudina

Cara cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan belacan yang dikisar. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga cili benar benar garing dan terbit minyak.

Masukkan gula dan kacau sehingga sambal berwarna kemerahan sebelum dimasukkan garam dan sedikit air (tak perlu jika guna air asam jawa) serta asam keping. Akhir sekali, masukkan daun limau purut. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Tuangkan sambal ke atas ikan yang telah digoreng. Letakkan daun pudina sebagai hiasan. Jika suka, taburkan bawang besar hiris di atasnya. 


Ikan Siakap Masak Sambal Sedap



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Ikan Siakap Masak Sambal Sedap"