Ikan Kerapu Stim Ala Thai
Ikan Kerapu ini adalah ikan yang saya beli semasa kunjungan ke Kota Kinabalu minggu lepas. Saya banyak membeli ikan kerapu yang terdapat berbagai spesis kerapu di sana termasuklah Ikan Kerapu Bara yang berwarna merah. Saya menyediakan ikan kukus ala Thai untuk hidangan tengahari anak anak sehari sebelum menjelang puasa di bulan Ramadhan.
Sebaik sahaja siap memasak, kami terus ke Sg Buloh bersama jiran kami Dato Khalil dan isteri untuk mengunjungi rumah anak anak Yatim di sana. Ini adalah kunjungan pertama saya ke rumah yang terdapat ramai anak anak yatim yang masih kecil sedari umur 3 tahun. Masih teringat seorang anak kecil datang menghampiri saya untuk mengambil gambar bersama. Sesunguhnya mereka juga seperti anak anak kecil lain yang memerlukan belaian ibubapa untuk bermanja.
Sebaik sahaja siap memasak, kami terus ke Sg Buloh bersama jiran kami Dato Khalil dan isteri untuk mengunjungi rumah anak anak Yatim di sana. Ini adalah kunjungan pertama saya ke rumah yang terdapat ramai anak anak yatim yang masih kecil sedari umur 3 tahun. Masih teringat seorang anak kecil datang menghampiri saya untuk mengambil gambar bersama. Sesunguhnya mereka juga seperti anak anak kecil lain yang memerlukan belaian ibubapa untuk bermanja.
Inilah kali pertama saya dapat mengusap rambut mereka. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran Baginda bersabda: berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.” Menyapu atau mengosok kepala anak yatim adalah sebagai tanda kasih sayang kepada mereka. Anak yatim ialah anak yang kematian bapanya sebelum dia baligh. Anak yatim kehilangan tempat bergantung kerana kehilangan bapa yang mencari rezeki atau pendapatan untuk menyara hidup mereka. Disunatkan mengusap kepala anak yatim dimulai dari bahagian belakang hingga ke hadapan kepala. Dalam hadis disebut “sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana sayang, maka Allah mencatat baginya dengan setiap rambut yang tersentuh tangannya satu kebaikan, serta dengan setiap rambut itu akan menghapus satu dosa darinya dan menaikkan satu darjat.
Saya menyediakan masak stim selepas teringatkan ikan masak stim yang dimakan semasa berbuka puasa di Restoran Muhibbah tahun lalu yang sangat sedap. Saya boleh meratah begitu sahaja. Jom kita tengok resepi ikan kukus yang sangat sedap ini, lebih lebih lagi menggunakan ikan kerapu segar...
Ikan Siakap Masak Stim Ala Thai
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - belah depan
2 batang serai - ketuk
1 biji bawang besar - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
8 biji cili padi - ketuk
2 inci halia muda - hiris panjang
1 kiub pati ikan bilis
3 biji limau kasturi/nipis - hiris dan juga perah jus
5 helai daun limau purut - buang urat & hiris kasar
2-3 biji bawang putih jeruk - buang kulit
1/2 batang saderi - hiris nipis
Bahan Sos:
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair
3-4 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Bahan Lain:
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Garam
Gula/serbuk perasa
Bahan Tabur
Daun ketumbar, daun bawang - hiris
1 biji cili merah - hiris
Cara cara:
Panaskan air dalam pengukus sehingga mendidih. Masukkan semua bahan hiris dan bahan sos ke dalam pinggan pengukus. Letakkan bahan hiris sebahagian di bawah ikan.
Kukus dalam 5-10 minit atau sehingga ikan masak. Masukkan air bancuhan tepung dan garam serta gula. Rasakan dulu masinnya, sebelum ditambah garam.
Kukus lagi dalam 1 minit. Tutup api dan tabur cili merah dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan.
Kukus lagi dalam 1 minit. Tutup api dan tabur cili merah dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan.
adooooiyai telan air liur saja kerja kalo nyinggah sini..
BalasPadammasak stim paling senang kan kak.. kalo CT tengah nak diet nasi seminggu ke selalunya masak singgang and stim saja.. CT suka letak bunga kantan. makan tak reti tapi kalo stim ke sup ke suka rasa bunga kantan.
Saya pun suka juga bunga kantan. Kalau ada stok, letak juga.
PadamThanks admin for the share. I dh try dh recepi u. Menjadi and sedap. I suke. hehe. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.
Padam>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<
Resepi kak azizi memang terbaik la...
PadamTerima kasih akak sebab share resipi yang sedap ni, insyaAllah nak cuba juga nanti.
BalasPadamSedapnya tengok masakan yang dipaparkan dalam blog ini..lagi-lagi masakan Kelantan. Blog ni menarik kerana banyak resepi dari Kelantan.Boleh dibuat rujukan bila nak merasai masakan Kelantan. Good Luck
BalasPadamHaluuuuuuu. .......
BalasPadamBila nk buka resyoren kak...kita x thn nk serbu nih
Thanks for sharing.. Kak Azie.
BalasPadamSebenarnya dah lama saya nak belajar masak tapi tak sempat nak pergi kedai buku. Since dah ada blog akak yang macam koleksi chef ni. Jadi saya minta Izin untuk belajar beberapa resepi di blog Kak Azie ini. Semoga akak izin dan halalkan ye. Hanya Allah saje yang dapat membalas budi baik akak. In Sha Allah. Amin.
resipi kak azie kitchen memg terbaik..biasanya kalo nak masak mesti ikut resepi kak azie..harap nti watlah satu blog atw website semua resipi atw buku resipi ke?!
BalasPadamAssalam kak.. trima kasih kongsi resepi.. memandangkan bahan pakai je yang kt umah ni saya pon main2 campak ape yang ada tapi baes on resepi akak jugak.. harap2 sedapla jugak rasa nya... selamat berpuasa kak
BalasPadamMemang ohsem, mabeles, sedap... emmmm!!!! Xtw nak ckp ape lg dah... resepi akan sy guna bila nk wat msk stim lain kali... sy guna ikan talapia merah
BalasPadamMenu utama hari....InsyaAllah. stim kerapu
BalasPadamMacam sedap..boleh try nih..
BalasPadamsedapnyeee..menyalin resepi pon dah telan liur!
BalasPadamAssalamualaikum.. Kak saya nak tanya. Kalo tak ade sos ikan boleh ganti dgn ape ye?
BalasPadamResepi ini menggunakan ikan kerapu atau ikan siakap? Mengapa jenis ikan tiba-tiba bertukar dan tak sama seperti yang tertera di tajuk?
BalasPadamBoleh shj guna ikan siakap atau kerapu. Bawal pun boleh juga
PadamKlau xde daun saderi n bawang putih jeruk bole ke? sbb xde ��
BalasPadamBoleh. Tapi lebih ummp kalau ada
BalasPadamSalam... Saya dah try. Anak2 dan suami suka. Saya asingkan cili padi. Tak masak sekali hehehe. Tq kak!
BalasPadamTerima kasih kak
BalasPadamDah cuba..sedap..suami dan anak pn suka..
Assalam Pn. Azie.
BalasPadamTiba2 teringin nak makan ikan masak stim. So searched google. Jumpa blog puan. Salin resepi dulu. Entah bila nak buat sebab kena lengkapkan bahan2 dulu.
Terima kasih. Maklumat dan gambar cukup jelas. Tahniah.
Terima kasih..nak buat menu buka puasa arini...
BalasPadamTerima kasih puan, saya dah cuba resipi ni semalam.. sedap sangat walau xda stok ikan bilis, serai dan daun limau purut..alhamdulillah
BalasPadamDah cuba sedap sgt! Tq pn
BalasPadamTerima kasih puan, saya dah cuba resipi ni semalam.. sedap sangat walau xda stok ikan bilis, serai dan daun limau purut..alhamdulillah
BalasPadamBtl la terliur tgk
BalasPadamAssalamualaikum ....dah cuba baru aje masak sedap sgt resepi akal ni kebetulan suami gi mancung bawak balik ikan apa2 entah saya masok kan aje kerapu ada ikan grout ada ( kalau org kg panggil ikan balik mangkuk sbb keras) tapi bila dah stim best gilaa terima kasih kak saya xada cili api so saya tukar dgn black paper n saya xada limau kasturi cuma ada lemon so masok kan lemon aje hasil nya tetap mabeles tq
BalasPadam