Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Cina Yang Sedap



Nasi Goreng Cina Yang Sedap

  
Saya menyediakan nasi goreng ini dah agak malam. Walaupun gambarnya tidak nampak menawan tapi rasa nasi gorengnya memang sedap. Saya melihat cara penyediaan nasi goreng ini dalam youtube seorang selebriti. Terpesona dengan kepetahannya bercerita sambil menggoreng nasi menyebabkan saya melihatnya sehingga selesai. Sebenarnya bahan yang digunakan hampir sama sahaja dengan bahan yang biasa kita gunakan. Cuma tekniknya yang mungkin sedikit berbeza seperti telur digoreng garing sebelum dimasukkan nasi. Sebelum ini saya biarkan separuh masak, dan terus masukkan nasi supaya telur bersalut dengan nasi goreng.

Kalau ada yang nak mencuba bolehlah tengok resepi di bawah. Seperti biasa lah memasak ni, tak perlu sukatan bahan yang tepat. Semua boleh main agak agak, kalau rasa tak cukup, boleh jer campak lagi. Lagi banyak rencah yang digunakan, lagi lah sedap. Jom kita tengok resepinya di bawah ini....




Nasi Goreng Cina Yang Sedap

Nasi Goreng Mentega
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
1 - 2 sudu besar mentega
Minyak masak
Minyak bijan
3 - 4 ulas bawang putih - tumbuk
4 ulas bawang merah - hiris
Isi ayam - potong kecil
Udang secukupnya
1 sudu besar lada sulah - tumbuk
2 biji telur

Bahan Sayuran:
Karot - potong dadu
Cili padi - hiris
Sayur kubis - hiris panjang
Daun bawang - hiris halus

Cara cara:
Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga bergaul rata.

Panaskan minyak dan minyak bijan, tumis bawang putih, diikuti dengan bawang merah. Kemudian masukkan ayam dan karot. Masukkan sedikit air untuk menghentikan bawang dari terus masak.

Masukkan pula udang, cili padi dan  lada sulah. Ketepikan semua bahan, tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul betul masak. Jika nampak kering boleh tambah minyak.





Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan nasi yang telah digaul dengan mentega tadi. Kacau rata lagi. 

Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau rata dan biarkan sayur agak lembut, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.



Nasi Goreng Cina Yang Sedap



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

34 ulasan for "Nasi Goreng Cina Yang Sedap"

  1. Sedapnya Kak Azie..mcm nk msk nasi goreng je utk berbuka nnti :-)

    BalasPadam
  2. Kena try ni kak..sedap nmpak gayanye..

    BalasPadam
  3. Erm tekniknya lain...seperti gaul nasi dengan mentega tu tak pernah buat...nanti boleh cuba esok untuk breakfast!

    BalasPadam
  4. Sedapnya...nanti nak kena cuba ni

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah... Sedap!! Saya da try td.

    BalasPadam
  6. Serious sedap!!!! Dah buat td.....habis licin!!!!! Bau fuh semerbak!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betoi sangat sedap... saya pon dah try...

      Padam
  7. Yes!! Ada bhn dlm peti..boleh try pagi esok....tq k.azie

    BalasPadam
  8. terimakasih infonnya sangat bermanfaat :)

    BalasPadam
  9. Thnks k.azie..br lpas try..memg sdap..

    BalasPadam
  10. Menarik sekali.. nasi gaul dengan mentega...

    BalasPadam
  11. dh try mmg sedap... tq kak azie... terbaek laa..

    BalasPadam
  12. Ianya sngt sedapppp.. mm dap😂 Thnk kak zie

    BalasPadam
  13. sangat sedap..tengok saja dah cukup menyelerakan..tq.

    BalasPadam
  14. In shaa Allah nk cuba utk sajian mkn mlm ni ...

    BalasPadam
  15. sedapnye nk try jap lg

    BalasPadam
  16. mmmmm maca sedap je gaul dgn mentega dulu..

    BalasPadam
  17. Akak, terima kasih sbb share resepi yg sedap2 disini. sy berniaga sambilan diofis dgn google resepi akak je. alhamdulillah.. sedap.ramai yg puji.pelanggan pun puas ati.terima kasih yea kak

    BalasPadam
  18. Dah cuba.. memang sedap.. terima kasih kak Azie.. minta halal resipi nya ya 😍

    BalasPadam
  19. Habis tu mana resipi nasi goreng cina sedap nya?

    BalasPadam
  20. minyak bijan ganti minyak zaitun... blh tk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh juga. Tapi rasa minyak bijan lagi sedap

      Padam
  21. Nampak menyelerakan...nak buat untuk berbukalah...tapi ikut bahan2 yg ada kat dapur...tk sis

    Jemput ke blog saya

    http://www.mamavitashoppe.wordpress.com

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah..sis azie dah try tadi resepi ni..cuma nasi tak pakai mentega pakai planta...anak2 suke...sedap
    ..tk ye share resepi...:)

    BalasPadam
  23. terima kasih sudi share resepinya kak azie =)

    BalasPadam
  24. simple je bahan-bahan dia. campak-capak je, tahnks kak azie

    BalasPadam
  25. Baru nk cuba masak KT anak guna resepi ni..

    BalasPadam
  26. Ermm nak tanya, minyak bijan tu bnyk mana ye?:))

    BalasPadam
  27. Sedappp gais..saya byk kali dah buat..

    BalasPadam