Kek Buah Kukus Lembap dan Sangat Sedap
Entah kenapa hari ini tiba tiba jer terasa nak membuat Kek Buah Kukus lebih lebih lagi memikirkan mixed fruits yang dibeli sudah hampir tarikh luput. Balik dari klinik di USJ kerana serangan gastrik, terus ajak Boy singgah di Bake With Yen yang baru dibuka di seksyen 8.
Seperti yang saya tulis dalam entri Kek Buah Campuran Kak Leen di SINI, saya amat menggemari Kek Buah Kukus yang di buat oleh kakak ipar saya, Norazleen yang saya panggil Kak Leen terutama di musim perayaan. Kalau tak silap resepi dipelajari dari kelas masakan. Saya memang suka Kek Buah Kukus yang dibuatnya kerana secukup rasa jer kemanisannya serta moist.
Ketika beraya ke rumah Kak Leen beberapa tahun dulu, saya berkesempatan membelek belek buku resepi beliau, apalagi saya terus menyalin resepi Kek Buah yang menjadi kegemaran saya ini. Kek ini bersaiz agak besar dan masa mengukusnya adalah minimum 4 jam tetapi kalau hendak betul betul sedap, bolehlah dikukus sehingga 6 jam. Saya hanya mengukus selama 5 1/2 jam sahaja.
Seperti yang saya tulis dalam entri Kek Buah Campuran Kak Leen di SINI, saya amat menggemari Kek Buah Kukus yang di buat oleh kakak ipar saya, Norazleen yang saya panggil Kak Leen terutama di musim perayaan. Kalau tak silap resepi dipelajari dari kelas masakan. Saya memang suka Kek Buah Kukus yang dibuatnya kerana secukup rasa jer kemanisannya serta moist.
Ketika beraya ke rumah Kak Leen beberapa tahun dulu, saya berkesempatan membelek belek buku resepi beliau, apalagi saya terus menyalin resepi Kek Buah yang menjadi kegemaran saya ini. Kek ini bersaiz agak besar dan masa mengukusnya adalah minimum 4 jam tetapi kalau hendak betul betul sedap, bolehlah dikukus sehingga 6 jam. Saya hanya mengukus selama 5 1/2 jam sahaja.
Saya pernah membuat Kek Buah Kukus di SINI tapi saya rasa ianya terlalu lembab dan agak manis. Kalau diperhatikan resepi Kak Leen ni sama sahaja dengan resepi yang saya gunakan di atas. Yang berbeza hanyalah sukatan mentega, gula dan telur yang digunakan sahaja. Resepi kek Buah Kukus saya yang kedua di SINI, pun juga sedap. Kalau diperhatikan resepi antara kek dengan kek yang lain tak banyak berbeza. Selain Kek Buah Kukus, saya juga mencuba resepi Kek Buah versi Bakar dari Kak Leen, boleh dirujuk di SINI. Resepi Kek Buah Versi Bakar ini adalah salah satu dari "a keeper recipe" untuk penyediaan kek Buah saya di masa akan datang. Hahaha saya suka Kek Buah yang ringkas dan cepat disiapkan, berbanding dengan dikukus yang mengambil masa yang lama.
Kek Buah Kak Leen versi Kukus kali ini sangat lembab, sedap dan tahan lama walaupun hanya dibiarkan di atas meja. Semasa adunan gula sedang disejukkan, saya merasa sedikit air gulanya, memang sangat sedap dengan rasa karamel. Jika suka manis, bolehlah menggunakan gula sebanyak 700 gram. Saya sangat berpuashati kerana akhirnya berjaya menghasilkan Kek Buah yang menepati citarasa saya yang setanding dengan Kek Buah yang dibeli di The Coffee Bean suatu ketika dulu.
Jom layan resepi dulu....
Oleh: Azie Kitchen
Loyang saiz: 10"
Bahan bahan:
500 gm butter
6 biji telur - guna 3 gred A & 4 gred B
2 kotak mix fruit - 1/2 kg/500gm
2 sk vanilla
2 sk esen ros - tak letak
Bahan Ayak:
600 gm tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
1/2 sk cream of tartar
1 sk serbuk buah pala - opsyenal, tak letak
Gula Hangus:
4 cawan gula pasir/800 gm - guna 600 gm
1/2 cawan air sejuk
Cara cara:
Panaskan gula pasir di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga gula cair dan berwarna perang. Tuangkan air dan kacau seketika sebelum dimasukkan butter. Terus masak sehingga cair.
Masukkan pula mixed fruits dan masak sehingga mendidih dan tutup api. Ketepikan dan sejukkan sebentar sehingga agak suam.
Masukkan pula mixed fruits dan masak sehingga mendidih dan tutup api. Ketepikan dan sejukkan sebentar sehingga agak suam.
Masukkan semua bahan ayak ke dalam adunan buah tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Masukkan esen vanila dan esen rose. Jangan terlebih kacau takut buah mendap.
Masukkan adunan ke dalam bekas saiz 10-12" dan kukus selama 4 - 6 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Lagi lama dikukus lebih lembab dan tahan lama. Kukus dengan api yang sederhana pada 3 jam yang pertama dan selepas itu dikecilkan api. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.
Bungkus tutup pengukus dengan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan butter.
Bila kek masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek sejuk di dalam pengukus untuk mengelakkan buah mendap. Bila sejuk, bolehlah dikeluarkan dari loyang dan potong telah benar benar sejuk. Lagi baik jika dibiarkan semalaman di atas meja sebelum dipotong.
Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari.
Cukup sekadar whisk dan jangan gunakan mixer, kerana jika terlalu dipukul adunan akan menghasilkan kek yang agak kering. Sebaiknya menggunakan campuran buah-buahan yang dibeli dari Phoon Huat atau Bake with Yen, kerana buah-buahannya lebih lembab dan warnanya pun menarik.
Selepas dikukus, kek mesti dibungkus dengan aluminium foil. Sebelum dibungkus cucuk-cucukkan kek dengan lidi penyucuk sate dan tuangkan 1 sudu kecil jus oren sunquick atau epal atas lubang untuk melembabkan kek. Simpan dalam tupperware dan bolehlah dipotong untuk dimakan selepas seminggu. Jangan masuk fridge. Makin lama kek makin sedap dan berkilat. Pastikan tangan dan pisau yang digunakan semasa memotong adalah kering. Kek boleh disimpan selama 6 bulan - 1 tahun. Terima kasih pada Datin Naini Drahman atas petua ini.
Boleh juga dibungkus dengan plastic cling dan aluminium foil dan simpan dalam freezer. Bila hendak menghidangkan, keluarkan 3 jam lebih awal dan biarkan ia lembut kemudian potong dan hidangkan.
Boleh juga dibungkus dengan plastic cling dan aluminium foil dan simpan dalam freezer. Bila hendak menghidangkan, keluarkan 3 jam lebih awal dan biarkan ia lembut kemudian potong dan hidangkan.
kek buah kukus jugak kegemaran sy & hb.
BalasPadamlen kali nak try yg ni pulak
waduh kakazie..tgk potongan kek tu pun saya dh kecur liur ni!
BalasPadamHi, it is so yummy =) Thanks for the post.
BalasPadamsmall kitchen appliances, kitchen appliances online, best kitchen appliances
Nk cuba la weekend ni.. hr tu slh resepi.. buah mendap
BalasPadamAssalamualaikum..terima kasih kak azie atas perkongsian..Baru tengok dah nampak sedap..Ini alamat blog saya. http://kekbuahbakar.blogspot.com/ . Jemputlah ziarah..Boleh kita bertukar-tukar pandangan dan pendapat. =)
BalasPadamSy sedang mencuba ni. Doakan semoga menjadi😊 tqvm for the recipe
BalasPadamSalam.. akak terima kasih resepi best. First time buat terus jadi. Ayah saya pun suka.. Terima kasih sebab jujur dan ikhlas dalam berkongsi. Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah. amin... ^_^
BalasPadamSalam Azie...
BalasPadamI dah try buat ikut resepi di atas...cuma.... mixed fruits i x masukkan skali dlm gula hangus..instead i gaulkan/masukkan dlm tepung dan ikut step selanjutnya....
*Telor i whisk hingga berbuih...
Result: kek tak berapa moist n tak jgk kering sgt....tak seperti yg i harapkan..
Question: Apa yg menyebabkan kek kering?
Saya mengikut setiap step resipi kek kukus dan tips yang puan berikan 100% dan hasilnya kek menjadi, sedap dan lembab. Pertama kali saya buat kek kukus untuk Kenduri Majlis Kesyukuran. Tetamu memuji dan ada yang minta 'tapau'. Terima kasih kepada puan yang berhati mulia, menurunkan ilmu dengan ikhlas. Saya telah lama mencari resipi bagi Kek Kukus dan saya terpaut dengan resipi yang puan berikan. Moga Allah memberkati puan sekeluarga, InsyaAllah. Amin.
BalasPadamsedapnya.InsyaAllah akan buat dlm masa terdekat :)
BalasPadamjemput singgah ye kawan2 ke www.sahabatsihatanda.wordpress.com
Dah cuba...mmg sedap lembut jer..lembab..
BalasPadamNk try...mcm sedappp...x sabar nk carik bhn...
BalasPadamSalam kak...dah try..menjadi gak..rasanya mcm pahit skit n masa di leraikan dari try banyak minyak di permukaan bawah..memang macam tu ke...
BalasPadamDah try smalam....nyum nyummm puas hati..sy buat separuh adunan sbb konon tkut x jadi hihihi
BalasPadamSalam puan! Ive tried it and mmg sedap mA! My husband, mom and aunties and uncles loved it too! Thanks a lot for sharing!
BalasPadamsalam puan azie! nak tanya, ive cooked this twice and yes both times mmg sedan mA! tp why eh the top part tu ada parts yg very soft like yellowish while the rest cooked all till brown? and when i simpan dlm aluminium foil in a tupperware bila bukak after one or 2 days that part will have fungus grow on it. errk.. how do i avoid this soft part eh? and make it all brown on top? please help!
BalasPadamKena wap air tu. Tutup bekas dengan penutup atau foil.
PadamAda buat stock tak? Sy nak beli...call sy boleh 0193204007
BalasPadamSalam puan.. kalau saya gunakan adunan n sukatan seperti diatas.. tetapi saya bahagikan dalm loyang2 yg lebih kecil.. berapa lama saya perlu kukus kek ni.. atau cara nak pastikan kek dah masak.. TQ sis :)
BalasPadamBila dah tak melekit di lidi atau tester, tandanya dah masak. Kalau kukus lagi lama, lagi tahan di simpan lama.
PadamAssalam kak azie , loyang x perlu di lenser dgn majerin dan letak kertas minyak ke??
BalasPadamBoleh lenser atau spray
Padammohon copy resepi, tqvm
BalasPadamSarah Nilda
mohon syer resepi ye puan.. tq so much..
BalasPadam👍gonna use this recipe.. the kek looks delicious n moist. And the color also cantik.
BalasPadamkak kita minta resepi ni ye. nampak terlalu sedap keknya. terima kasih ye kak
BalasPadamSy sedang mengukus ni..hrp2 menjadi la mcm kt gmbr tu..thanks share resepi.
BalasPadamTerima kasih diatas perkongsian resepi kek buah lembap...ibu saya sudah pun mencuba dan sangat2 sedap.
BalasPadamSata dh buat...mmg sedaaappp sangat.tq for sharing
BalasPadamTerima kasih krn berkongsi resepi yg sedap kak azie :)
BalasPadamSalam..minta halal resepi ye..sy suka ambl resepi dr blog Akak.hr ni nk cuba kek buah lak..tq kak share resepi
BalasPadamminta izin kongsi resepinya yer...termasuk resepi2 yg lain juga...tqvm
BalasPadamAssalammualaikum..mohon share resepi ni
BalasPadamNmpak sedap jer,mntak izin copy resepi ye,tqvm
PadamAssalamualaikum Kak azie. Saya nak Tanya, cream of tar2 ni untuk APA yer? Kalau saya tak letak jadi tak kek buah saya? Tkasih
BalasPadamWalm. Fungsi utk melembutkan. Boleh dptkannga dj kedai bakeri.
PadamDah lama cari resepi yg sedap.. Halal ye resepinya.. Mmg saya akan cuba!
BalasPadamTq resepi sis...halalkn ilmu yg dikongsi..ingt nk post pic kat sini x blh lak..
BalasPadamSalam Kak Azie, saya dah cuba buat kek buah ikut resepi kak azie.. Ini kali ke 4 saya buat.. Harap2 kali ini moist.. Pertama kali saya buat menjadi, even tak letak cream of tar tar... Tapi kali kedua and ketiga saya buat separuh adunan jer.. Smua saya bahagikan dua bahan bahannya (serta kurangkan 50gm gula sbb suami ckp yg pertama kali buat agak manis).. Tetapi kek tidak selembab yg pertama kali saya buat.. Dan agak kering.. Kenapa yer.. Adakah di sebabkan oleh gula? Atau bila kita buat separuh sukatannya lain..
BalasPadamDan lagi satu, kalau nk nampak warna kek kelihatan gelap, kita masak gula sampai gelap yer?
Thank You so much kak Azie..
Assalam..Kak Azie.saya Zie.Nak tanye kak Azie...telur tu pukul sekejap kan .maksudnye sampai berbuih saje ke?tq
BalasPadamSalam k.azie. nk tnya,boleh kek kek kukus ni dikukus 2 layer pengukus serentak? Sy risau layer kat atas tak brp masak plak.
BalasPadamTq k.azie
K.azie ni kencing kuat lah...saya dah try da resepi ni..pahit...x sedap..mcm rasa taik anjing...buat malu je dgn kawan2 saya yg datang melihat serta menjadi tukang rasa setelah dipaksa menjadi perasa...membazir duit aku je beli bahan2 semua...ko ganti balik duit aku kak azie...
BalasPadamPahit sebab awak dah hanguskan gula tu sampai jd arang..itu yg rasa pahit
PadamMemang ada orang macam si Abdul Hadi ni. Bila sendiri buat silap, salahkan orang, salahkan resepi. Saya pun pernah buat masakan tak menjadi. Tapi tak pernah pulak saya menyalahkan orang. Apa lagi nak minta ganti rugi. Macam lah dia beli dan bayar resepi pada saya.
Padamjangan salahkan resepi.mungkin salah kita sendiri.tak teliti satu satu arahan.Zie sendiri first time buat jadi.Bila buat yg kedua kering pulak.Kenapa ye kak zie.Adakah sebab zie guna whisk semasa gaul tepung.Zie tak guna senduk kayu.Maceh kak azie.
PadamSalam kak..sy mohon untuk buat jual guna resepi akk.
BalasPadamTqvm Azie. Cuma kak 1/2 adunan ja
BalasPadamAssalamualaikum. Boleh ke kalau sy pakai resepi ni tapi sy bakar guna kaedah waterbath tu?
BalasPadamKek ini perlu dibakar dalam masa yg lama menggunakan api kukusan yg kuat. Berapa kali utk kita menambah air dalam oven? Nasihat saya kukus secara konvensional
PadamAlhamdulillah dan terima kasih..semalam baru buat ..terus jadi..terima kasih ye resepinya...
BalasPadamMula2 buat sebab kawan rekemen. Memang menjadi. I rendam mixed fruit in orange juice smalamam. Tambah kacang macadamia, memang menjadi. Sekarang, setiap 2 weeks before any perayaan, I memang dah buah kek ni.Thanks Azie for recipe.
BalasPadamSaya belajar masak melalui resepi cik Azie..semua yg cik Azie turunkn semua menjadi..terbaik cik azie.
BalasPadamPn. Azie, resepi puan ini sangat bagus. Terima kasih banyak-banyak. Jika guna PC Noxxa macamana nak set time dan mode utk kukus fruit cake receipe puan ini?
BalasPadamAssalammualaikum Kak azie. Sejak terjumpa resepi ni tahun 2015, pertama Kali buat memang menjadi..semua orang cakap sedap..lepas tu saya teruskan buat cuma waktu perayaan je lah hehe bila orang tanya resepi saya gtau ambil dekat blog ni..terima kasih resepi tersebut ;)
BalasPadamAssalam kak azie..minta izin share resipi ye.minta dihalalkn,mudahan2 menjadi.amin
BalasPadamAssalamualaikum.. Sy dah cuba resipi.. Terbaik.. Penggunaan 600g sugar mmg dah cun rasa dia.. Rupanya guna essence rose lg naik bau dia.. Anak2 mmg tunggu je depan steamer tu
BalasPadamAssalamualaikum kak.. mohon halalkn ye resepi sy nk try buat harini hihi
BalasPadamSaya dah buat.menjadi dan sedap. Terima kasih share resepi
BalasPadamsaya ambil perkongsian dari cikpuan punya website dan para pengomen semua sahaja lain2 tiada terima kasih.
BalasPadamdah buat semalam.. jadi.. sedap sangat.. terima kasih kak azie utk resepi ❤️
BalasPadamMohon shared resepi,mintak halal..sy dh cuba..jd,dr xsuka mkn kek buah,jd suka plk hee.
BalasPadamSy dh cuba,jd..sdp.. dulu xsuke kek nie, dh try sdp.. mintak halal resepi. Terima ksh shared resepi
BalasPadamSalam kak azie.. Saya suka guna resepi dari blog kak azie.. Byk dah sy try alhamdullilah semua menjadi.. Ingat arini nak try kek buah ni pulak.. Halalkan resepi yang kak azie bagi ni ye.. Saya banyak buat jual.. Semoga kak azie dimurahkan rezeki & diberi kesihatan yang berpanjangan..
BalasPadamSemoga puan dimurahkan rezeki. Aameen
PadamAssalamualaikum Puan. Saya tak pernah cuba cara masak buah untuk kek kukus yg biasa saya buat. Hari ini terketuk hati ini nak guna kaedah Puan. Sekarang kelihatan elok, sedang di kukus. Semoga segalanya di permudahkan Nya. Saya akan report balik setelah ianya masak. Tkaseh
BalasPadamPuan.
Alhamdulillah JADIIIIII. Yes....thnks thnks sooo much.
BalasPadamguna butter brand apa ya kak?
BalasPadam