Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Badak Berendam

Badak Berendam


Sebelum ini memang tidak teringin langsung untuk menikmati kuih badak berendam. Tapi entah kenapa selepas ternampak kuih basopang yang dikongsi oleh suami Norida di fb, saya menjadi sangat teruja untuk mencuba. 

Tetapi selepas di google, saya mendapat tahu yang ianya sama dengan resepi Badak Berendam. Itulah yang menjadikan saya memilih untuk memasak kuih Badak Berendam kerana hubby orang Perak, kan? Hahaha tapi hubby bagi komen kerana saiz Badaknya sangat besar. Maklumlah saya tak pernah lak tengok kuih Badak Berendam ni, jadi tak tahu saiz nya. Lepas tu, baru tahu yang ianya dibuat saiz sebesar biji bola ping pong.


Badak Berendam


Saya tersenyum lebar bila hubby memuji kesedapan kuih Badak Berendam yang saya sediakan. Tapi saya mahu mencuba lagi bagi menghasilkan kuih yang lebih sempurna dari segi rupa, saiz dan rasanya. 

Saya melihat kuih Badak Berendam yang berwarna hijau daun pandan lagi cantik berendam di dalam kuah berlemak lemak masin ini. Saya juga ingin membaiki cara penyediaan inti kelapa mengikut resepi turun temurun yang saya pelajari dari satu blog.

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini...


Badak Berendam

Badak Berendam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan (dlm 20 biji)

Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
½ cawan perahan air daun pandan
½ sudu kecil garam

Cara cara:
Campurkan tepung pulut dan garam. Tuang air daun pandan sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan tidak melekat di tangan. 

Nota: jangan dituang air sekali gus. Jika terlembik, boleh tambah tepung pulut sedikit demi sedikit.


Bahan Inti:
2 cawan kelapa parut muda
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan
Gula pasir, jika suka

Cara cara:
Masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan dikacau atas api sehingga kering.

Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.


Bahan Kuah:
½ cawan santan
2 sudu besar tepung beras
½ sudu kecil garam
3 helai daun pandan
Sedikit gula - jika suka (opsyenal)

Cara-cara
Campur rata semua bahan bahan, lalu dikacau atas api hingga pekat dalam lebih kurang 10 minit. Tutup api dan ketepikan.


Cara Penyediaan:
Ambik sedikit doh dan dibulat bulatkan kemudian dileperkan. Letakkan inti kelapa di dalamnya dan dikelim rapat. Buat sehingga habis dan letak atas plastik supaya tidak melekat. 


Badak Berendam

Didihkan ½ periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian masukkan kuih yang telah dibuat ke dalamnya dan masak sehingga ianya timbul di permukaan. 


Badak Berendam

Angkat, tos dan terus dimasukkan ke dalam kuah. 


Badak Berendam

Badak Berendam


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

12 ulasan for "Badak Berendam"

  1. yer kak Azie...saiz tu besar sikit ler..kat sini (Ipoh), kuih nie byk dijual di pasar Ramadhan, org Perak nie suka kuih manis dan lemak2...

    BalasPadam
  2. mmg nmpk besar size badaknya.smlm br 1st time mkn n sedap.igt nk cuba la nti time cuti2 sbb suami suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama pun badak, kenalah saiz besar :-) :-) :-)

      Padam
  3. Favorite sgguh kuih ini.... Sy pn nk cuba buat..

    BalasPadam
  4. Doh tu sampai tak lekat kt tangan or masih melekat kt tgn kak? Sy confuse (bru blaja memasak 😣)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sampai tak melekat kata tangan. Cara buat doh onde-onde pun sama hanya lepas direbus letak atas kelapa parut(bahagian putih saja) dan golek-golek supaya seluruh kuih dibaluti kelapa. David keluarga saya untuk berbuka puasa

      Padam
    2. tak melekat di tangan

      Padam
  5. ky sedang membuat kuih badak berendam..tapi dari labu kuning.tanya cik google mencari cara buat kuahnya..dihantarnya ke blog azie.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hr ni nk buat
      Buat bekal sibongsu balik asrama
      Mudhn bjaya
      Ate..org Perak...mst le gemo sesangat

      Padam
  6. Tapi mana nak cari daun pandan??

    BalasPadam
  7. Kat farmasi ada jual.. Huhuhuhu

    BalasPadam
  8. Dgn 2 cup tepong di adun dgn 1½ cup air jadi sgt lembik...huhu

    BalasPadam