Sup Ikan Merah
Entah kenapa sejak kebelakangan ini, saya menjadi seorang yang sangat sentimental, sangat sedih, sayu dan hiba. Segala perasaan muram bercampur baur. Tiba tiba saya menjadi malu akan perbuatan saya sendiri. Saya merasa segan dengan apa yang dibuat selama ini. Dalam masa yang sama, saya ingin sentiasa meredhakan apa sahaja yang saya alami dan ingin meletakkan semuanya pada percaturan Allah. Sudah semestinya sebagai manusia kita tidak akan berpuas hati dengan apa yang ada di dunia ini. Jadi saya memperbanyakkan membaca buku buku dan mendengar kuliah agama untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan supaya saya lebih bersedia. Bersedia menempuhi apa sahaja ketentuan Allah. Itulah sebenarnya antara sebab sebab saya tidak ada mood untuk menulis blog seperti masa lalu. Sekadar menulis ala kadar sahaja.
Berbalik kepada resepi pula, saya belajar resepi ini dari sahabat saya Dr Sabariah semasa mengunjungi rumah mereka ketika itu di UiTM Segamat. Saya melihat beliau menyediakan sup ini sambil bersembang sembang di dapur. Nampak mudah dan ringkas tetapi hasilnya sangat sedap. Jadi kalau tak ada idea, dan jemu untuk memasak lemak sahaja, bolehlah mencuba resepi sup ikan merah ini pula.
Jom kita layan resepi mudah dan sedap ini dulu....
Sup Ikan Merah
Ikan merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Lada hitam biji - tumbuk
Cara cara:
Cara cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih serta halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya.
Taburkan daun sup dan bawang goreng. Bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba...
Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya.
Taburkan daun sup dan bawang goreng. Bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba...
Kalau kita tak suka dengan perbuatan orang, diamkanlah. Itu yang sebaiknya. Jangan membalas balik dengan perkataan tak elok di dalam blog sambil memaafkan. Itu contradictive. Beribu orang membacanya. Nanti susah pula kita nak minta maaf dengannya. Baca juga buku ustaz Pahrol. Bahasanya indah dan pemikirannya hampir sama kerana jarak umur yang dekat. Sentiasa lah memperbaiki diri.
BalasPadamBlog ini acalah mengenai kehidupan saya. Jadi dalam kehidupan kita akan menempuh pelbagai isu dan ujian. Saya setuju dg apa yang ditulis, sepatutnya diam dan bersabar. Apa apa pun, sama sama lah memperbaiki diri.
Padamsimple dan sedap.dah lama tak makan.huhu
BalasPadamYa Allah sedapnye sup ikan merah, bapak saya suka sangat makan sup kepala terutama ikan merah..
BalasPadamsedapnya..sup ikan merah
BalasPadamAssalam, Kak Azie,kalau kak azie nak buku Ustaz Pahrol saya ada sebuah, bertajuk Di Mana Dia Di hatiku. Saya dah habis baca.
BalasPadamsedapnya..hari nie sy buat utk anak umur setahun...dia mmg suka
BalasPadamsedapnya
BalasPadamlama tak buat sup gini..tu yang google resipi jumpa blog u dear.. nak try esok! :)
BalasPadamNk masak skg juga..hehe
BalasPadamBaru bkk sbb dh lama x buat sup ni...mesti sedap
BalasPadamTq dear
Nak cuba blk nnt. Harap2 Anak yg umo setahun suka sup ikan merah nie.
BalasPadamwww.mamaashraf.blogspot.com
dah buat dah guna resepi ni. sedapp. thanks k.azie
BalasPadamsalam,
BalasPadamia sesuai untuk orang yg berkolestrol tinggi x? minyak perlu banyak atau macam mana? sebab saya nak masak untuk mak saya.
jgn la lemah semangat utk menulis blog k.azie. ilmu yg bermanfaat tetap mendapat pahala dariNya. saya suka baca blog k.azie bila mencari resepi. hari ni nk masak sup ikan merah utk lunch. mesti jenguk blog k.azie punya lah. terbaikk
BalasPadamMule2 baca entry akak sesuai dgn mood saye ni... nak masaklah sup ikan merah sbb akak mcm mamahami je...huhu sup ikan merah.....yeahhhh
BalasPadamOk..nak cuba maaak resepi ni utk menu berbuka..simple sgt.tq ya!=)
BalasPadamainaez.blogspot.com
Ok hari ni sup ikan merah. Resepi azie simple dan sedap. Thanks a lot
BalasPadamSetuju ..resipi simple dan sedap.bnyk resipi k.azie yg sy dh try.mmg terbaik
BalasPadamDah cuba..sedapp.saye student makan simple2 mcm ni la best
BalasPadamTrima ksih share rspi. Ari ni nk msak sup ikan la plak..moga2 sedap la ye.. hehe..
BalasPadamMizzyati♡
Nak try hari ni. Terima kasih share.
BalasPadamAlhamdulillah sedap Resepi ni.
BalasPadamK. Azie. Tq share resepi ni.
BalasPadamKak azie tq selalu sy masak guna resepi kak azie.. semoga Allah balas hasa baik kak azie.. i luv u kak
BalasPadamTerima kasih Puan Azie kerana berkongsi resepi. Jazakallahu khairan kasiran.
BalasPadamsalam ucapan trima kasih dr Pelajar di United states, sye xde idea masak ikan ape harini ahah
BalasPadamWslm Izman. Semoga cemerlang dalam apa jua yang diceburi
PadamKuantiti bahan2 tak bagitau , orang noob mcm sya ada masalah skit la
BalasPadamMemasak bukan spt buat kuih muih. Kalau suka, boleh lebih atau kurang. Kalau suka pedas, lebihkan lada hitam dan sebaliknya. Itulah yg dipanggil secukup rasa
PadamTerbaiklah tq kak saya nakncuba harinie
BalasPadamAzie punya resepi mmg menjadi rujukan akak...semuanya sedap...mekasih zie mintak halal dunia akhirat yea...
BalasPadamBiasanya masakan kita drp hati..bila hati tgh sedih, tak sihat masakan yg dekat dgn kita ialah sup..sup ayam dan sup ikan...saya pun sdg x sihat..elok makan sup ikan ni panas2..thanks share resepi ini..
BalasPadamank nk kuar hosp arini..da smgu dmm..tgh google resipi nk masak utk anak..jmp blog kak azie..blk nk masak sup ni..
BalasPadamThanks for sharing this recipe! I've tried this and the n9 rendang ayam. Memang sedap sangat!
BalasPadamAkak salah seorg blogger yg sy always follow dlm bidang masakan.. Nama kt pun lebih krng.. Hope sy hebat mcm akk dlm bidang masakan.. Amiinn..
BalasPadamKak Azie.. anda ibarat cikgu masakan sy di alam maya.. blog Kak Azie sentiasa menjadi rujukan saya.. Alhamdulillah suami sy sentiasa puji masakan2 saya.. tq so much Kak Azie krn sudi share ilmu memasak
BalasPadamAlhamdulillah sis. Tumpang gembira mendengarnya. Keep in touch ya
PadamSemua resepi lauk Paul, nasi,kuih,kek,puding kak zie ni I try,semua jd n sedap2 sokmo.thnks for give a new life for us.
BalasPadamKita nak share bole x dear.Sungguh menyelerakan..Terimakasih Azie kitchen
BalasPadamDalam diam azza selalu ambil resepi azie,terutama ayam masak merah,azza xpndai masak tp tgk resepi alhamdulilah jadi..hehehe.
BalasPadamThanks dear
azzaazyra.blogspot.com
Trigt masa kecil2 dlu mak dan ayah saya bergilir2 masak sup ikan merah nie, masing ada identiti yg tersendiri.saya dan adik beradik saya sgt menggemari sup ikan merah nie, mesti licin terbaik ~*
BalasPadamPn Nad☺
sy buat u mertua sy hariini.. tq sbb share resii..semoga puan sekuarga sentiasa diberkati dan dirahmati
BalasPadamSaya mmg mengikuti blog azie sejak awal lg.. semua tips dan resepi masakan penuh dgn rasa kasih sayang.
BalasPadamBy the way . Arini juadah berbuka saya dan keluarga mmg sup kepala ikan merah...meletops...
Tiap kali nak masak dh xtahu nk apa apa mesti terus ke blog sis.suka cuba perbgai resepi dri sis.alhamdulilah semua sdap2,tq sis kngsi ilmu masakkan
BalasPadamKak....hani nak resepi sup belut boleh??? Nak yg kaw punya, yg guna perencah sup adabi...
BalasPadam