Sambutan Hari Jadi Di Restoran Serai Empire Gallery Mall
Entri kali ini masih lagi berkisar tentang hari jadi saya. Selain meraikan bersama rakan sepejabat, bersama anak anak, kami juga meraikannya sekali lagi bersama sahabat sahabat yang telah diadakan di Restoran Serai di Empire Gallery Mall, Subang Jaya. Hubby menjemput Dato' Salehuddin dan Haji Kamaruddin bersama keluarga masing masing untuk bersama sama meraikan hari yang istimewa ini. Dr Aziz pula tidak dapat bersama kerana mempunyai urusan di outstation. Saya percaya hari istimewa seperti ini akan lebih meriah jika dapat diraikan bersama sahabat yang juga istimewa dalam hidup kami. Mereka adalah teman rapat sejak lebih 30 tahun dari zaman universiti lagi.
Pemilihan Restoran Serai dibuat selepas mengambilkira cadangan Dato Saleh. Saya sebenarnya belum pernah ke sini walaupun banyak kali terbaca mengenainya. Terkejut juga melihat a long queue di hadapan pintu masuk restoran ini. Nasib baik kami tiba lebih awal untuk membuat tempahan dan bersolat Maghrib di Empire. Jika tidak, pastinya agak sukar untuk mendapat tempat bagi memuatkan bilangan yang ramai.
Nelly dan Nana telah menghadiahkan sebiji kek fondant yang sangat istimewa kerana ianya berhiaskan replika handbag Chanel yang merupakan handbag yang paling saya minati. Inilah kali pertama saya menerima kek fondant. Terima kasih Kakak dan Adik atas hadiah kek yang comel ini...
Makanan di sini memang sedap sedap semuanya. Selain Serai Platter, saya juga telah dihidangkan dengan Salmon. Haaa birthday girl mendapat 2 pinggan sekali gus, gara gara terlupa cancel order menu pertama. Selepas makan makan, diadakan acara memotong kek harijadi. Hmmm malu malu saya bila dinyanyikan dengan lagu hari jadi yang juga disertai pelayan restoran.
Terima kasih tidak terhingga pada hubby, anak anak dan sahabat sahabat yang telah sudi hadir di majlis yang tidak seberapa ini. Terima kasih atas hadiah dari Dato Saleh dan Haji Kamaruddin. Sebenarnya kehadiran anda semua sudah lebih dari memadai...
Terima kasih tidak terhingga pada hubby, anak anak dan sahabat sahabat yang telah sudi hadir di majlis yang tidak seberapa ini. Terima kasih atas hadiah dari Dato Saleh dan Haji Kamaruddin. Sebenarnya kehadiran anda semua sudah lebih dari memadai...
Assalam..
BalasPadamSanah Helwah akak... wlupun x mengenali akak..saya doakan akak sihat2, panjang umur & bahagia dunia akhirat..amin..
hepi besday kak azie..semoga dikurniakan kesihatan yg baik dn syurga di sana nanti..amin
BalasPadamAssalam, Selamat Hari Lahir semoga d beri kesihatan yg berpanjangan, bahagia d dunia & akhirat, Amin...
BalasPadamHappy Born Day..wish u being the happiest woman in this world...
BalasPadam