Hari Jadi Yang Sangat Bermakna
Hari jadi tahun ini adalah sangat signifikan dalam hidup saya. Bukan sahaja ianya telah menambah umur saya ke satu tahun lagi seperti tahun tahun yang lalu tapi juga perubahan dari segi nombor di hadapannya. Yang pasti ianya adalah tahun yang membawa banyak perubahan dalam hidup saya sendiri. Cara saya melihat kehidupan juga telah banyak berubah. Saya dapat merasakannya dengan begitu ketara. Semoga Allah akan terus memberikan taufik dan hidayah nya kepada saya. Juga semoga hari hari mendatang akan memberi lebih kebaikan berbanding hari ini dan hari sebelumnya.
Kek red velvet untuk hari jadi saya kali ini disediakan oleh anakanda bongsu saya, Juita. Beliau telah seorang diri menyediakannya walaupun tiba di rumah agak lewat kerana menpunyai akitiviti ko kurikulum. Malahan ketika dia masuk ke bilik untuk mengucapkan hari jadi kepada saya, saya telah pun dibuai mimpi indah. Terima kasih, Baby. Mama love you so much...
Kek red velvet untuk hari jadi saya kali ini disediakan oleh anakanda bongsu saya, Juita. Beliau telah seorang diri menyediakannya walaupun tiba di rumah agak lewat kerana menpunyai akitiviti ko kurikulum. Malahan ketika dia masuk ke bilik untuk mengucapkan hari jadi kepada saya, saya telah pun dibuai mimpi indah. Terima kasih, Baby. Mama love you so much...
Ini adalah antara kuih muih yang disediakan oleh sahabat sahabat baik saya untuk majlis ringkas pada hari ini. Saya sangat sangat terharu kerana di sebalik kesibukan masing masing, mereka tidak lupa untuk meraikan hari jadi saya. Terima kasih yang tidak terhingga.
Ini adalah antara detik detik yang menyeronokkan di pejabat apabila berpeluang untuk berada dalam majlis makan makan. Masing masing memang sporting untuk bergambar sebagai kenangan.
Tidak lupa ribuan terima kasih kepada Kelab Jabatan yang telah memberikan kad ucapan serta kepada adinda saya, Roslina Hitam yang telah memberikan brooch yang sangat cantik.
Terima kasih semua yang telah mengucapkan selamat hari lahir pada saya. Doakan semoga kita semua dipanjangkan umur untuk terus melakukan amalan soleh.....
Happy BIrthday Kak Azie, semoga sentiasa diberkati Allah Swt...
BalasPadamAmeen. Terima kasih atas ucapan dan doa
Padamsalam...saya juga ingin mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran utk kak Azie, moga sentiasa bahagia dan dirahmati Ilahi..
BalasPadamWslm Nani, terima kasih atas ucapan dan doa
PadamHappy birthday kak Azie
BalasPadamThanks
PadamAlhamdulillah.... hidup ini sangat cantik... diberi oleh-Nya peluang untuk kita nikmati hari ulang tahun yang sangat bermakna dalam hidup! Selamat ulang tahun Azie... moga Allah sentiasa murahkan rezeki kesihatan, ketenangan dan kebahagian hidup.
BalasPadamAmeen. Thank you, Amie. Off late, i am a bit lonely. Apa apa pun, I am so grateful with my life
PadamHappy Birthday, Kak Azie! Age is just a number right? Stay young and cheerful! Love all the food at your party especially your daughter's cake. Such a talented girl!
BalasPadamVery true age is just a number. Yup my doter is very talented. Thank you so much for birthday wish}
PadamAssalamualaikum...kak azie ni ex-upm ke? Macam nak kenal
BalasPadamHappy Birthday Kak
Shikin
Shikin, saya dari UM
PadamHb2u.. Semoga ceria selalu..
BalasPadamTerima kasih
PadamHappy birthday Azie, semuga diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki disamping yang tersayang.... liza masih cam dulu jugak, kecik jer. satu dept di ckl dulu...
BalasPadamTerima kasih. Ohh Kak Rose dari CKL ya.
PadamSelamat Hari Lahir Azie, moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki....kita seangkatan nampaknye ye...:)
BalasPadamKkida,
PadamKita suka melihat entri percutian kkida tapi sekarang dah tak boleh masuk. Sedih..
Hepi besday kak!! By the way, saya suka baju akak..beli kat mn kain tu?
BalasPadamTerima kasih. Kain tu dibeli di Euro Moda sahaja.
PadamSelamat hari lahir Azie. makin usia meningkat makin bererti rasanya hidup ini kan? Masa juga semakin singkat. semuga diberkati dihari2 yang mendatang.
BalasPadamTerima kasih Ita. Bila usia meningkat, terasa macam tiada masa utk mengejar banyak perkara yang tertinggal. Sentiasa memohon supaya dipanjangkan umur untuk membuat amalan soleh. Mereka yang telah mati juga menyesal dan memohon dari Allah supaya dikembalikan ke dunia untuk membuat amalan soleh.
PadamHappy birthday to Kak Azie,
BalasPadamsemuga dipanjangkan usia dimurahkan rezeki..dikurniakan kesihatan
yang baik dan berbahagia disamping orang2 yang tercinta didunia & akhirat insyaallah..:)
you look young walaupun angka depan dan berubah..hehe
Selamat Hari Jadi Azie. Nampaknya kita seangkatan. Saya pun tahun ni angka depan berubah. Semuga diberi ketenangan hati, keluarga yang bahagian.
BalasPadamSorry hari tu x sempat nak celebrate.....hmmm....
BalasPadamTapi nasib baik lina ambik nasi lemak n kek...sedap
Slmt hari jadi..