Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Ketam


Sup Ketam


Sebelum kita melihat Sup Ketam yang ingin saya kongsikan di bawah ini, saya ingin menulis sebaris dua buat penulis yang meninggalkan komen di blog saya. Saya tak tahu apa motifnya Faizzul Farhan yang saya percaya seorang Melayu beragama Islam meninggalkan komen "b..." di blog saya. Serius saya sangat tersinggung. Apa apa pun, saya memaafkan anda dan semoga Allah memberikan hidayah pada anda. Nasihat saya supaya anda memanafaatkan kehidupan di dunia ini dengan perkara baik yang memberi faedah di akhirat kelak. Bukan dengan menyakiti orang lain yang tidak langsung mengenali siapa anda. Sekarang baru saya faham mengapa seorang demi seorang blogger mula private accessibility ke blog masing masing. Mungkin perlu untuk saya fikir fikirkan....



Sup Ketam

Berbalik pada Sup Ketam ini, ianya disediakan khas untuk sahabat baik kami, Datin Nursinah yang tidak berapa sihat sejak beberapa minggu yang lalu. Setelah mengetahuinya, saya meminta hubby membeli ketam untuk dibuat sup dan dihantar ke DEMC di mana beliau dimasukkan ke hospital. Hmm ramai sungguh orang di hospital sehingga berjam jam terpaksa menunggu bilik kosong. Apa apa pun, Alhamdulillah kerana beliau kini telah kembali sihat.

Berbalik kepada resepi sup ketam, saya mendapati terdapat banyak cara menyediakannya, antaranya ialah menggunakan rempah penumis dan ada juga menggunakan rempah sup bunjut. Tetapi saya tidak menggunakannya kerana mahu mengekalkan keaslian kuah sup yang manis bila menggunakan makanan laut yang segar. Saya juga menggunakan minyak jagung supaya kuah sup kekal sebagai kuah yang berkhasiat.



Sup Ketam

Saya membaca artikel dalam google dan mendapat Ketam sangat berkhasiat. Ketam mengandungi sejenis protein yang dapat membantu membina semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini adalah kerana pesakit demam denggi akan mengalami penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus denggi. Kalau denggi berdarah, platelet akan turun sehingga ke tahap paling minima dan menyebabkan darah mencair yang boleh membawa maut, jika tidak cepat dirawat. Sup ketam yang diminum antara 500ml hingga 1 liter akan meningkatkan platelet darah dalam tempoh 5-8 jam sekali gus meningkatkan imunisasi badan menentang virus. Walaupun tiada kajian saintifik, tapi apa salahnya kita mencuba pengalaman yang telah terbukti dapat membantu menyembuhkan demam denggi kan.

Tetapi mengikut kata Nana, cara merawat demam denggi di hospital hanya dengan memasukkan air ke dalam badan pesakit. Jumlah air akan dipantau bergantung kepada berat badan pesakit. Tahap kritikal bagi pesakit demam denggi ialah dalam masa 48 jam setelah suhu badan turun di bawah paras 38 degree.  Di peringkat ini, hati pesakit akan membengkak kerana kehilangan air yang banyak di dalam darah menyebabkan darah menjadi lebih pekat. Air bersama sedikit kandungan garam perlu dimasukkan ke dalam badan pesakit untuk menggantikan kehilangan air ini.

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini....



Sup Ketam

Sup Ketam

Bahan bahan:
3 ekor ketam - potong 4
i biji ubi kentang - potong dadu
Garam
Minyak jagung

Bahan tumbuk:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
15 biji lada putih

Bahan tabur:
Daun sup
Bawang goreng

Cara cara:
Tumbuk kasar semua bahan tumbuk. Panaskan sedikit minyak jagung. Tumis bahan tumbuk sehingga garing. 





Masukkan air dan ubi kentang. Setelah ubi agak empuk, masukkan ketam. Renih dengan api perlahan supaya isi ketam mesra dengan kuah.






Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa. Sebelum dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng.





Nota:
Boleh juga jika tak mahu dimasukkan kentang 



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

63 ulasan for "Sup Ketam "

  1. Toksah layan sangatlah Azie org macam tu.... Ooo saya kalau buat sup ketam letak sikiiiiit je garam dan masukkan serai yang di titik sedikit. Bila menghidang pulak saya tak taburkan bawang dan daun sup tu... sebab saya tak mahu hilang rasa ketam tu... Ini ikut apa yang telah di ajar oleh arwak mak saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooh memang tak pernah lagi buat sup ketam.

      Padam
    2. salam k.zie,, sgt sdp,,, trima kasih,, sy campur blake ngan serai,,, haha,,, tq sgt,,,

      Padam
  2. Nampak sedap. Orang kata pesakit demam denggi bagus makan.

    Terima kasih atas sharing resepi.
    Salam perkenalan.

    http://www.anakkuwiraku.com/2009/07/cara-banyakkan-susubila-dah-kaji-baru.html

    BalasPadam
  3. Assalam K.Azie...sedapnya sup ketam....

    BalasPadam
  4. Tb2 rsa nk bli ketam plk..tq kerana beri idea nk msk apa Ari ni..;)

    BalasPadam
  5. Salam Kak Azie. Suke sgt bace blog akak. Tqsm byk share resipi yg sedap2. Byk belajar tips & masak dr blog akak. Really appreciate that. Teruskn menulis resipi lagi ye kak!

    BalasPadam
  6. Sabar lah Azie dengan kerenah orang. Anggaplah ini ujian dari yang Allah. Allah maha adil.

    BalasPadam
  7. hmm... sedap, saya dah cuba. terima kasih atas kongsi resepinya k azie. i am from indonesia dan saya penggemar blok akak...

    BalasPadam
  8. salam hm kalau guna minyak biasa takpa kan ?

    BalasPadam
  9. Salam Kak Azie...sabarnya dengan karenah org yang macam tu...jangan la privatekan blog nie...buat x tau je...sedap nie sup ketam....saya pun biasa buat macam nie tapi saya tambahkan serai masa menumis tu...

    BalasPadam
  10. Sakam Kak Azie....sabar ya, buat x tau je lah ngan orang macam tu....janganlah privatekan blog nie abb hari-hari saya ikuti blog kak Azie...terima kasih share resepi sup letam tu ya..

    BalasPadam
  11. as salam kak azie... kak ni keje kat audit negara ke? sy mcm biasa tengok...tp lupa kat mana....tp mmg mcm familiar....

    suka bc blog akak...ada resepi...ada jugak kata2 nasihat....:-D

    BalasPadam
  12. Just ignore , do what you hv to do, ok. Abg Nik banyak bookmark yr resepi kerana senang nak Ikut your way of cooking instruction, very simple & straight to the point. Nanti nak cuba masak sup ketam in , pasti sedap

    BalasPadam
  13. Assalam, jgn layan org yg sakit jiwa mcm tu, mohon jgn di privatekn blog ni sbb sy suka dgn cara penulisan Azie bnyk resipi Azie yg telah sy cuba.

    BalasPadam
  14. sayang saya x makan ketam sebab allergic...tapi saya akan masak untuk anak2...tq

    BalasPadam
  15. Azie.....sedapnya....selain dari sup ketam....air 100 plus juga boleh digunakan untuk orang yang suspect denggi. Untuk sup ketam, Sue selalu tambahkan sedikit lada sula (tumbuk sendiri lagi best dari yang serbuk). Sue j6ga dah guna resepi Azie untuk roti naik pahang, terbaik...

    BalasPadam
  16. kak azie...tolong jgn private kan blog akk ni.....
    saya budak baru nak belajar masak....sy peminat blogk.azie...senang n mudah nak ikut.suka tgok pic masak...semua cantik2...

    BalasPadam
  17. kak azie..xyah la privatekn blog akak..I love to read your blog and sy da cuba few recipes from ur blog and it work!!! so pls..pls..pls...ignore je org tu ye kak...

    BalasPadam
  18. kak azie..sy suka baca blog akak..and sy da try few recipes from here dan mmg menjadi kak..so minta tolong kak azie xyah la privatekn blog akak ye..thanks..

    BalasPadam
  19. Kerana sup ketam..ku beli juga minyak jagung..huhuhu...xsabar nak rasa sendiri bikin punya...doakan demam sy kebah..anyway, thanks 4 d resepi

    BalasPadam
  20. terima kasih akak...sbb sy perlukan sangat tnjuk ajr dr blog akak niey,sbb esk sy nk mulakan experiment buat sup ketam..hehe... mesti sedap! ^^,

    BalasPadam
  21. Hmmm....sup ketam, akan ku masak esok

    BalasPadam
  22. http://amirahmdesa.blogspot.com/2014/06/menu-semalam-dan-hari-ini.html

    Memang sedap. Sup manis dengan isi ketam. Saya pernah makan sup ketam dan jagung manis. Bolehlah sis cuba. Nanti saya follow resepi sis. Hi hi hi.

    BalasPadam
  23. Azie, pedulikan komen org tersebut krn org yg keladak hatinya mmg begitu. Look at the brighter side, blog Azie telah memberi byk manfaat kpd ratusan atau perhaps ribuan org lain termasuk sy sendiri. Jd, setakat komen dia yg satu tu ignore kan saja. Setakat ini semua resepi Azie yg sy telah cuba semuanya menjadi. Dari sorg yg x lh pandai mana memasak, skrg anak2 sy keep on asking me utk masakkan mrk mcm2. Thx to u.

    Sy nk masakkan sup ketam ikut resrpi Azie utk seorg sahabat yg doc suspect ada demam denggi. So, pls don't private ur blog ya. Semoga Allah memberikan kesihatan yg baik kpd Azie supaya boleh terus share resepi2 dan artikel2 Azie yg bermanfaat kpd masyarakat umum. (kunina)

    BalasPadam
  24. 29tahun hidup, hari ni bru nk rasa sup ketam :-D

    BalasPadam
  25. Tahniah kak azie, resipi dalam blog ni semuanya sedap dan menjadi bila dicuba, sangat bagus dijadikan panduan..dengan adanya blog ni, masakan saya sentiasa dipuji suami...

    BalasPadam
  26. Sy slalu try resepi dr blog akak..tahniah kak.semua yg sy msak mnjadi..

    BalasPadam
  27. Tima kasih share resipi...teringin nk buat sup ketam...belum pernah buat sebelum nie...

    BalasPadam
  28. Blog pertama yg disinggah bila otak kosong takda idea nak masak apa.... dah macam2 menu yg dicuba... semuanya Alhamdulillah tak menghampakan...hari ni nak try buat sup ketam plak... tq Azie...

    BalasPadam
  29. jap lagi nak cubalah sbb yg ni lain sikit tambah lada putih. biasa saya tak oernah letak, mesti try ni:)

    http://permatacintaku.blogspot.com

    BalasPadam
  30. Saya dah cuba baru sebentar tadi. Tapi sebab takde lada putih saya letak juga lada hitam. Mabeles! Thanks for sharing:)
    Jemput baca:)

    http://permatacintaku.blogspot.com/2014/09/resepi-sup-ketam-lada-hitam.html

    BalasPadam
  31. Boleh ke sy gantikan sup biasa dgn sup ketam utk mkn bihun sup ye ?

    BalasPadam
  32. Hari ini pertama kali saya buat sup ketam. Hehe.. harap jadilah... ketam pun suruh orang pasar siangkan..

    http://sweetmom83.blogspot.com

    BalasPadam
  33. sdg mencuba ^^ utk en suami yg denggi

    BalasPadam
  34. Tq sis..baru mencuba..menjadi juga..Alhamdulillah. .buat untuk anak saudara yg dmam..mesti singgah blog akak kalau nak cari resepi

    BalasPadam
  35. Mesti masuk rumah ni untuk cari resepi. Terima kasih sebab jujur. Allah jua membalasnya.

    BalasPadam
  36. Kak Zie..

    terima kasih atas resepi sup ketam..mmmppp tak sabar nak tunggu buka puasa petang ni untk merasasi sup ketam..

    BalasPadam
  37. assalamualaikum puan azie..
    setiap kali mencari resepi saya pasti akan cari di blog puan. saya lebih percaya resepi puan menjadi berbanding sy mencari di kongsi resepi @ myresepi :)
    byk dh sy cuba dan semua sy dan anak2 suka
    terima kasih atas perkongsian puan.
    saya doakan puan sentiasa dimurahkan rezeki :)

    BalasPadam
  38. saya nk cuba resepi ni esok..tgk gambar pun dh nmpak sedap tu :)

    BalasPadam
  39. As salam..mu hubby kena demam denggi..so saya msk blog kak azie sb nknmsk sul ketam.. senang dan semua resepi mmg menjadi..tq kak

    BalasPadam
  40. salam kak azie ..
    abaikan sahaja mereka2 yg tiada nilai hormat pada orang lain ..
    anggap je serangga perosak yg datang nak sebok ..

    saya suka baca blog kak azie .. best ..
    jemput la semua follow blog saya pula ye ..

    https://shaeshoppe.blogspot.my

    BalasPadam
  41. Saya suka tegok n cuba resepi2 kak azie....klu ikut resepi kak azie semua nya mjdi and sedap2.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Mmg menjadi dan sedap kan. Blm ada lg yg saya tak suka setakat hr ini.

      Padam
  42. sy suka tgk resepi2 kt blog k.azie.. hri ni teringin nk mkn sup ketam sbb semua kt umah ni selsema... sy nk cuba resepi ni... tq..mohon share

    BalasPadam
  43. assalamualaikum kak azie.. klu minyak jagung di tukar olive oil boleh kah?

    BalasPadam
  44. Salam perkenalan kak. Mintak halal ye saya dah lama masak2 pakai resepi dari blog akak ni cuma sekarang ni rasa nak bertegur sapa. Paling saya suke resepi butterprawn. :-)

    BalasPadam
  45. Assalam azie. Pertamanya terima kasih kerana wujudkn blog ini. Sy mmg da cuba byk resepi drpd blog azie ni sbb semenya amat simple dan mmg sedapppppp. Teruskan berkarya ye sbb setiap kali saya nk mencuba resepi baru mesti akan singgah di blog azie ni dulu. 😙👍👍👍

    BalasPadam
  46. Salam kak azie. Demam saya semakin pulih setelah menjamu menu sup ketam yang Kak Azie kongsikan. Good sharing =)
    -helmi-

    BalasPadam
  47. mcm best je..dan2 lpaq..hihi

    BalasPadam
  48. kak azie ayu nk cuba juga nanti

    BalasPadam
  49. Kalau nk cari resepi mmg blog kk azie saya buka dulu..banyak resepi sya dh try..semua sedap..saya xda mak dri kecik..so xda langsung ilmu masakan saya dpt dri seorang ibu..blog kk azie byk bgi sya ilmu..sya doakan kk azie sntiasa sihat walafiat dan murah rezeki..japgi nk bt sup ketam utk abh yg demam tetiba..hehe..

    BalasPadam
  50. Assalamualaikum. Saya ada lot menjual Ketam nipah segar di Pasar Harian Selayang. Dibuka Sabtu/Ahad. Ada saiz M, L & XL. Khidmat penghantaran disediakan dengan caj minimum. Untuk booking boleh hubungi @ whatsapp
    0182963889 /
    01139873889

    BalasPadam
  51. Asalamualaikum wbt...k azie mohon share resepi sup ketam..nk try la..terima kasih ya.

    BalasPadam
  52. Terima kasih berkongsi resepi ini kak azie.
    Anak teringin makan ketam.
    Resepi ini sesuai sebab semuakhasiat masuk dalam kuah. Sedap hirup!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih kr follow saya juga. Sup spt ini plain tapi sedap kerana rasa manis dari ketam

      Padam
  53. Having read this I thought it was really informative.
    I appreciate you taking the time and energy to put this article together.
    I once again find myself spending a lot of time both reading
    and leaving comments. But so what, it was still worthwhile!

    BalasPadam
  54. Anak demam suspect denggi, hubby dah belikn ketam. Aoa lagi, sup ketam kita mlm ni. TQ Azie.

    BalasPadam
  55. Faizul farhan nak buat sup ketam tp jadi sup babu...sekian

    BalasPadam