Singapore Mee Hoon Resepi Terbaik Chef Dinar Matahari
Dinar Matahari? Pasti ramai yang tertanya kat mana Dinar Matahari ini. Sebenarnya ia adalah tempat makan eksklusif di pejabat saya suatu masa dahulu. Hari ini saya ingin membuat sedikit coretan tentang kisah sahabat dan kawan. Siapa pun kita, ada masanya kita memerlukan seseorang yang dianggap sebagai sahabat yang kita percayai yang boleh mendengar keluhan dan luahan hati. Mengikut kata ustaz, ianya tidak salah asalkan ianya bukan berniat untuk menganiayai sesiapa, hanya sekadar melepas perasaan sebak di dada.
Seperti yang dikongsikan dalam kuliah yang pernah saya hadiri, sahabat tidak sama dengan kawan. Pasti sekali ianya sesuatu yang menyakitkan apabila diri dikhianati oleh seseorang yang dianggap sebagai sahabat. Tapi kesakitan itu akan berlalu seperti angin apabila kita mengingati janji Allah. Kenapa mesti berkeluh kesah sedang Allah yang Maha Mengetahui segalanya dalam hati dan kenapa saya mengambil sesuatu tindakan. Janji Allah juga pasti, untuk memberi balasan setimpal pada setiap kebaikan dan kejahatan yang dibuat umat manusia. Apa apa pun saya telahpun memberikan kemaafan dan mahu menyerahkannya pada Allah. Bak nasihat dari seorang sahabat lama supaya saya memperbanyakkan berzikir dan jangan pedulikan jenis manusia yang suka mengadu domba dan menghasut. Jangan tertipu daya dengan permainan dunia.
Sekarang kita beralih pada resepi pula. Tak ada faedahnya membuang masa memikirkan keadaan yang tidak memberi sebarang manafaat bila mata telah terpejam. Resepi ini telah berpuluh tahun saya perolehi dari seorang sahabat, Chef Jamil yang saya panggil sebagai Chef di Dinar Matahari ketika itu. Waktu itu, hidangan istimewa ini hanya dihidangkan di Dinar Matahari, tempat makan eksklusif di mana staf perlu menyertai keahliannya. Pernah beberapa kali, saya mencubanya. Sebelum Chef berhenti dari situ, dia telah bermurah hati menyalin resepinya untuk saya. Kemudiannya saya menyalin pula di dalam buku resepi saya. Hari ini, saya kongsikan pula dengan ikhlas hati saya dengan pembaca semua.
Seperti yang dikongsikan dalam kuliah yang pernah saya hadiri, sahabat tidak sama dengan kawan. Pasti sekali ianya sesuatu yang menyakitkan apabila diri dikhianati oleh seseorang yang dianggap sebagai sahabat. Tapi kesakitan itu akan berlalu seperti angin apabila kita mengingati janji Allah. Kenapa mesti berkeluh kesah sedang Allah yang Maha Mengetahui segalanya dalam hati dan kenapa saya mengambil sesuatu tindakan. Janji Allah juga pasti, untuk memberi balasan setimpal pada setiap kebaikan dan kejahatan yang dibuat umat manusia. Apa apa pun saya telahpun memberikan kemaafan dan mahu menyerahkannya pada Allah. Bak nasihat dari seorang sahabat lama supaya saya memperbanyakkan berzikir dan jangan pedulikan jenis manusia yang suka mengadu domba dan menghasut. Jangan tertipu daya dengan permainan dunia.
Jom kalau ada yang nak tengok resepinya. Bahan bahannya tidak diberi sukatan tetapi saya main agak agak berdasarkan apa yang rasa sedap pada selera kita lah. Memang sedap Singapore Mee Hoon ini. Tapi saya dah terlebih merendam menjadikan mee hoon nya sedikit hancur. Jadi jangan ikut macam saya tau....
Singapore Mee Hoon
Oleh: Azie Kitchen
Bahan Diracik:
Kubis
Karot
Cendawan Telinga Kera
Bawang besar
Bahan Sos:
Kicap cair
Ajino moto/serbuk perasa
Gula
Garam
Garam
Lea & perrin
Sayur Hiasan:
Taugeh
Daun kuchai
2-3 biji cili merah - hiasan
Bawang goreng - hiasan
Daun ketumbar - hiasan
Bahan Lain:
5 - 6 ulas bawang putih - tumbuk kasar
1 sudu besar cili kisar
Ayam/udang
1-2 biji telur
1-2 biji telur
Mee hoon - rendam dan celur
Cara cara:
Panas minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih dan cili kisar. Kacau sehingga cili benar benar masak.
Masukkan ayam atau udang. Kacau sehingga masak, kemudian masukkan pula mee hoon yang telah dicelur tadi. Kacau rata lagi.
Masukkan pula sayur racik, bahan sos, taugeh, dan daun kucai. Ketepikan mee hoon, masukkan sedikit minyak, pecahkan telur dan digaul rata.
Akhir sekali, masukkan bahan perasa dan bahan hiasan. Sesuaikan rasa. Sedia untuk dihidangkan.
salam Azie, meleleh tengok bihun singapore tu, lama dah tak buat bihun putih tu ada cili jeruk mmg perrhhh lah
BalasPadamSelain cili jeruk, blh juga makan dengan cili padi diricik dan letak kicap.
PadamHye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)
BalasPadamHi Kak Azie!
BalasPadamAboi-amboi meehoon singapore dia! Mengancam. Tapi bukan ke meehoon singapore warna putih and taruk lada hitam kak?
I ada buat beberapa minggu lepas, niat hati nak lah masuk dalam blog sekali dia putus beribu kak oiii.. Sakit hati kite tau! I pakai meehoon cap bintang rupanya kak ton sebelah rumah I kata meehoon cap itu memang tak bagus.
Agaknya brand apa ye yang elok and tak putus? Rasa dah marvelous cuma meehoonnya putus beribu. Malu I nak masuk blog haha.
Ops, btw I silent reader Kak Azie since years. Baca dari mula-mula Kak Azie buat blog. Cerita pasal Kak Azie pindah rumah... Pasal anak Kak Azie yang doctor tu.. Pasal Kak Azie ajak kawan-kawan datang makan kat rumah and etc. :)
Salam kenal Kak Azie.
salam akak azie.. saya nur =)
BalasPadamsaya sgt teruja masuk blog akk... saya bnyk amek resepi dari blog akk, btw tmbh la gi resepi k.. saya tgh belajar western lak.. hope akk dpt share bnyk lagi western resepi at yr blog ok... =)
salam kak azie...terima kasih berkongsi ilmu...masakan yang mudah n sedap..saya banyak be;ajar masak dari resepi kak azie
BalasPadamwaaa..senang je nk masak..boleh la try lepas ni
BalasPadamminenotur.blogspot.com
As salam k.azie, menu bekal anak-anak ke sekolah pagi ini...suka sangat meehoon singapore kak azie ni,tq berkongsi resepi.
BalasPadamSalam kak azie nak ty lea &perrin tu ape boleh bg tahu tak
BalasPadamSalam.... Resipi dr mak sy lain sikit pula... X pakai cili kisar... Ganti dengan serbuk lada...masukkan tomato potong dadu dan masukkan sikit cuka. ..telur pulak buat hiasan. .. Mmg sedap.. .
BalasPadamWslm. Blh share detail? Saya nak belajar.
Padam