Sambal Tumis Udang Dengan Petai dan Belimbing Buluh
Sebaik turun dari bilik saya terus ke dapur untuk memasak. Sehari sebelumnya Nana telah menghantar mesej ke whatsApp Nur Qaseh meminta saya memasak Masak Lemak Udang Harimau yang hubby bawa balik dari Tawau. WhatsApp Nur Qaseh adalah tempat di mana kami berkongsi berita atau apa sahaja di kalangan kami. Oleh kerana hari ini, semua anak anak ada di rumah kecuali Boy, jadi hidangan yang disediakan juga agak banyak. Selain sambal Tumis Udang, saya juga sediakan Masak Lemak Udang, Ikan Nyok Nyok goreng, Ikan Bilis Goreng Bawang dan juga Rendang Ayam Nogori.
Sambil makan Nana memberitahu seorang Doktor Specialist di hospital menanyakan kalau betul blog Azie Kitchen kepunyaan mama Nana. Hahaha saya tergelak melihat Nana mengajuk reaksi dia ketika itu. Memang Nana jenis yang tak suka menumpang publisiti orang lain. Banyak majalah yang mahu memuatkan cerita Nana dari beliau masih pelajar perubatan sehingga sekarang setelah bekerja, namun semua ditolak walaupun saya mendesak. Katanya dia mahu dilihat sebagai seorang yang berjaya di atas usaha dan titik peluh sendiri.
Di dalam sambal tumis hari ini, saya memasukkan juga beberapa biji belimbing buluh yang diberi oleh Dr Ibtisan, antara jiran dan sahabat yang sangat akrab dengan kami. Memang tidak dinafikan lagi, Dr Ibtisan dan suaminya Dr Roslan sangat suka bercucuk tanam. Sempat Dr Ibtisan memberitahu projek terbaharu mereka adalah laman herba. Tapi hari itu, memang tak sempat menjenguk kerana mahu cepat sampai di rumah.
Jom kita tengok resepinya dulu....
Di dalam sambal tumis hari ini, saya memasukkan juga beberapa biji belimbing buluh yang diberi oleh Dr Ibtisan, antara jiran dan sahabat yang sangat akrab dengan kami. Memang tidak dinafikan lagi, Dr Ibtisan dan suaminya Dr Roslan sangat suka bercucuk tanam. Sempat Dr Ibtisan memberitahu projek terbaharu mereka adalah laman herba. Tapi hari itu, memang tak sempat menjenguk kerana mahu cepat sampai di rumah.
Jom kita tengok resepinya dulu....
Sambal Tumis Udang Dengan Petai dan Belimbing Buluh
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Udang
Cili kisar
1 bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Air asam jawa
Petai
Belimbing buluh
Garam
Gula
Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng udang seketika, angkat dan ketepikan. Kisar semua bawang bawang. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang yang dikisar dan cili kisar sehingga cili betul betul masak.
Setelah garing, masukkan gula. Masukkan belimbing dan petai, diikuti dengan udang.
Kemudian masukkan air asam jawa dan garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah angkat dan dihidangkan dengan nasi putih panas panas.
yummy :)
BalasPadamwah!!!!teringat masakan mak kt kg!!akak!!sdp niiii..tq kak share!!!http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.vitaminterbaikdunia.blogspot.com%2F2014%2F03%2Ftahukah-kita-apa-itu-disleksia.html&h=AAQEgRtuo
BalasPadamsalam Azie, akak baru buat sambal udang tapi tk letak petai sbb anak2 memilieh sangat tak nak bau petai, sabo je lah mama nya, tapi akak mmg suka petaiiii, sedapp
BalasPadamBestnye...Musim petai ke skrg ni d smnanjung? D sabah x nmpak petai pun lg...
BalasPadamnk trylh..mcm sedap plak..
BalasPadam